 |
Konsep Takaful
Takaful ialah konsep bantuan bersama yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan Tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.
Nikmati kehidupan dengan minda yang tenang.
Telah menjadi lumrah kehidupan bahawa perkara yang tidak diduga mungkin berlaku. Ini semua mungkin telah ditakdirkan. Kita kadangkala diuji Yang Maha Esa supaya kita lebih menghargai segala yang dikurniakanNya. Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Keupayaan fizikal mahupun sumber pendapatan boleh hilang dalam sekelip mata apabila ditimpa kemalangan. Oleh itu, minda yang tenang dalam menghadapi segala dugaan yang mendatang adalah amat penting untuk menikmati kehidupan yang tenteram. PruBSN Pelindung memastikan anda tabah menghadapi cabaran kehidupan, tanpa menjejaskan ketenteraman minda anda.
|
|
1. Ciri-Ciri PruBSN Pelindung |
|

|
PruBSN Pelindung ialah sebuah Pelan Kemalangan Peribadi yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah yang memperkenalkan mod caruman secara bulanan. |

|
PruBSN Pelindung terbuka kepada sesiapa yang berusia 18 hingga 65 tahun. |

|
3.1 |
Kematian Akibat Kemalangan (KAK) & Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK)

Kami akan membayar jumlah perlindungan yang dinyatakan dalam jadual manfaat mengikut skala manfaat sekiranya Orang Yang Dilindungi meninggal dunia atau mengalami kehilangan upaya penuh dan kekal akibat kemalangan. |
|
3.2 |
Jadual Manfaat
| Jumlah Perlindungan (RM) |
| Pelan |
Kematian Akibat
Kemalangan &
Hilang Upaya
Penuh dan Kekal
(KAK & HUPK)
|
Perbelanjaan
Perubatan
(PP)
|
Khairat
Kematian
|
Perbelanjaan
Penghantaran
Jenazah
|
| A |
35,000 |
350 |
2,000 |
5,000 |
| B |
60,000 |
600 |
2,000 |
5,000 |
| C |
100,000 |
1,000 |
2,000 |
5,000 |
|
|
|
|
|
|
Nota:
- Manfaat untuk anak-anak:
a. KAK / HUPK ialah 20% daripada jumlah manfaat Peserta dan 100% daripada manfaat lain.
b. Anak berusia 12 bulan hingga 18 tahun yang tidak bekerja (tidak kira bilangan anak).
- Manfaat bagi pasangan ialah 100% daripada jumlah perlindungan Peserta.
|
|
3.3 |
Perbelanjaan Perubatan |
| |
Kami akan membayar, atas dasar pembayaran ganti, perbelanjaan sebenar perubatan dan pembedahan yang tidak melebihi jumlah yang dinyatakan pada Jadual apabila anda memerlukan rawatan perubatan daripada pengamal perubatan berdaftar dalam tempoh 12 bulan kalendar selepas tarikh kemalangan (dengan syarat perbelanjaan pertama ditanggung dalam tempoh 26 minggu selepas tarikh kemalangan). |
3.4 |
Khairat Kematian |
| |
Kami akan membayar sebanyak RM2,000 sekiranya berlaku kematian akibat daripada kemalangan.
|
3.5 |
Perbelanjaan Penghantaran Jenazah |
| |
Kami akan membayar sebanyak RM5,000 maksimum bagi perbelanjaan penghantaran pulang jenazah Orang Yang Dilindungi ke Malaysia sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan.
|
3.6 |
Manfaat Tambahan |
| |
• |
Kehilangan akibat kemalangan (selepas satu tahun)
|
| |
• |
Pendedahan kepada unsur-unsur alam |
| |
• |
Bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, banjir, petir, angin ribut dan tanah runtuh |
| |
• |
Pembunuhan dan serangan tanpa provokasi |
| |
• |
Mati lemas akibat kemalangan |
| |
• |
Keracunan makanan atau minuman secara tidak sengaja |
| |
• |
Gigitan binatang atau serangga tanpa provokasi dan secara tidak sengaja |
3.7 |
Pengecualian Utama |
| |
• |
Risiko perang
|
| |
• |
Risiko senjata nuklear |
| |
• |
Menaiki pesawat sebagai juruterbang atau anak kapal |
| |
• |
Menaiki helikopter |
| |
• |
Kecacatan atau gangguan fizikal atau mental sedia ada |
| |
• |
Melahirkan anak, keguguran atau risiko kehamilan |
| |
• |
Tidak siuman, bunuh diri atau cubaan membunuh diri |
| |
• |
Melakukan atau cuba melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang |
| |
• |
Penyertaan dalam sebarang sukan profesional |
| |
|
Risiko keganasan |

|
Satu ciri unik takaful ialah perkongsian lebihan bersih daripada operasi takaful. Anda layak mendapat 100% lebihan (jika ada) selagi anda tidak membuat tuntutan sepanjang tempoh takaful. Lebihan akan diberikan kepada anda dalam bentuk rebat apabila tahun kewangan berakhir. Kadar rebat akan ditentukan oleh PruBSN secara adil dan saksama.
|
|
5. Perkongsian Keuntungan Pelaburan |
|

|
Pada akhir tiap tahun kewangan, jika terdapat keuntungan pelaburan, ianya akan dikongsi bersama diantara PruBSN dan Peserta dengan nisbah 30%:70%
|

|
Sumbangan yang anda buat kepada PruBSN Pelindung bergantung kepada pelan yang anda pilih. Selain sumbangan, anda perlu membayar duti setem semasa berjumlah RM10 untuk Sijil.
|

|
Sila hubungi kami jika anda masih belum menerima Sijil selepas satu bulan anda membuat sumbangan. |

|
Peserta (atau wakil Peserta yang sah di sisi undang-undang sekiranya Peserta Meninggal Dunia) mesti memberikan notis bertulis kepada kami dalam tempoh empat belas (14) hari selepas berlakunya kemalangan yang mungkin menimbulkan tuntutan dan mengambil tindakan berdasarkan nasihat perubatan atau pembedahan yang sewajarnya.
Sekiranya Orang Yang Dilindungi meninggal dunia, kami layak membuat pemeriksaan bedah siasat dengan perbelanjaan pihak menuntut dan notis hendaklah, sekiranya boleh, diberikan kepada kami tentang sebarang bedah siasat yang dilakukan sebelum pengebumian dijalankan.
Kematian Orang Yang Dilindungi hendaklah disahkan menerusi Sijil Kematian Rasmi, atau sekiranya Orang Yang Dilindungi didapati hilang berikutan kemalangan, kehilangannya hendaklah dibuktikan secara bertulis atau menerusi hasil penemuan rasmi Pihak Berkuasa berkenaan yang mengandaikan kematiannya.
Nota:
Sijil akan ditamatkan serta-merta selepas:
1) Caruman tidak berjaya didebit selama 2 bulan; atau
2) pembayaran manfaat kematian; atau
3) pembayaran kehilangan upaya penuh dan kekal (100% jumlah dilindungi); atau
4) penerimaan arahan daripada Peserta untuk menamatkan Sijil ini; atau
5) pemberian notis pembatalan 14 hari melalui pos berdaftar A.R. oleh PruBSN.
Bagaimana untuk membuat aduan dan tuntutan takaful?

Penting:
Risalah ini hanya memberikan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai terma
dan syarat, sila rujuk dokumen Sijilanda.
|
| For more information / enquiries: |
| Please contact our Customer Services |
| Address |
: |
Level 8A, Menara Prudential, No. 10, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur . |
| Tel |
: |
603-2053 7188 |
| Fax |
: |
603-2072 6188 |
| E-mail |
: |
customer@prubsn.com.my |
| Or |
|
|
| Click Here |
|
|
Important: This brochure is a brief description only. For exact details of terms and conditions, please refer to your certificate document.
|
|
|
|