Soalan Lazim

Di sini kami menjawab beberapa pertanyaan yang mungkin anda fikirkan.

Umum

Takaful ditakrifkan sebagai persetujuan bersama antara pihak-pihak di mana mereka bersetuju untuk memberi bantuan material kepada satu sama lain atau kumpulan, dalam waktu musibah. Perjanjian itu juga menetapkan bahawa setiap pihak hendaklah terlebih dahulu bersetuju mengenai bentuk sumbangan yang akan digunakan kemudian di atas dasar faedah bersama. Skim Takaful memenuhi semangat perundingan Islam (Syariah) yang merupakan gabungan konsep kerjasama, perlindungan dan tanggungjawab yang mereka laksanakan bersama.

Tidak. Takaful disediakan untuk semua kaum, agama, dan individu yang berminat untuk melabur demi keselamatan dan perlindungan orang yang tersayang.

Takaful adalah berdasarkan konsep kerjasama di mana peserta bersetuju untuk membantu antara satu sama lain dalam masa yang diperlukan bersama. Sebahagian daripada caruman yang dibayar oleh setiap peserta disimpan sebagai Dana Tabarru (risiko dana) dan wang caruman dalam dana itu akan digunakan bagi membayar tuntutan yang dibuat oleh peserta lain. Ini yang dimaksudkan dengan konsep ‘membantu antara satu sama lain’. Dalam kes ini, pengendali Takaful bertindak sebagai Pengurus dana dan bukan pemilik dana. Sebarang lebihan dalam dana risiko akan diagihkan kembali kepada peserta yang layak.

Polisi insurans adalah produk yang dijual oleh syarikat insurans yang mana wang itu dikumpulkan dalam dana risiko yang dimiliki oleh syarikat insurans dan tuntutan dibayar daripada dana ini. Pemegang polisi pelan insurans tidak berkongsi wang caruman untuk membantu pemegang polisi lain yang memerlukan. Pemegang polisi insurans mengambil pelan dengan syarikat insurans untuk melindungi dirinya, orang yang tersayang atau harta benda sahaja.

PruBSN adalah usahasama antara dua entiti kewangan yang kukuh dan stabil iaitu Prudential plc (UK) dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Usahasama secara rasmi diluluskan oleh Bank Negara Malaysia pada 8 Ogos 2006.

Jenama kami adalah aset yang paling penting bagi membolehkan kami merekrut individu-individu berbakat untuk menyertai entiti kami selain menyediakan platform yang mewujudkan imej positif dengan orang ramai. Kami memandang serius imej jenama kerana ia bukan sekadar kecemerlangan produk, tetapi ukuran kualiti yang merentasi semua amalan kami.

SMILE adalah falsafah PruBSN apabila berhadapan dengan pelanggan.

  • Kepantasan (Speed) - Kami harus membuat kerja dengan pantas dan cekap.
  • Tanggungjawab (Make it Happen) – Kami harus memastikan perkara diselesaikan dengan penuh tanggungjawab.
  • Tulus (Integrity) – Kami harus menepati janji.
  • Ceria (Lively) – Kami harus memberikan rangsangan antara satu sama lain dan mewujudkan suasana yang positif.
  • Bermatlamat (Extra Mile) – Kami harus menunjukkan prestasi diluar jangkauan pelanggan.

Kini kami mempunyai 8 cawangan PruBSN di seluruh negara. Dapatkan maklumat selanjutnya di sini.

Ditubuhkan pada 6 Ogos 2015, PruBSN Prihatin merupakan badan amal PruBSN yang bukan berasaskan keuntungan. Badan ini bertujuan menguruskan dua program utamanya iaitu Tanggungjawab Sosial & Zakat Korporat yang dikenali masing-masing sebagai A-Book, A-Child, A-Week (ABACAW) dan Endowmen Dana Zakat & Kebajikan.

Kedua-dua program ini menyediakan bantuan kewangan dan barangan untuk keperluan asas, keterusan pendidikan dan membantu mereka yang menghidap penyakit kritikal dan yang berdepan bencana alam untuk meneruskan kehidupan mereka semula. 

Sila hubungi +603 20537188 atau kirimkan e-mel anda ke customer@prubsn.com.my untuk sebarang pertanyaan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai cara membuat aduan di sini.

Kami mencadangkan anda hubungi wakil Khidmat Pelanggan kami dan mereka boleh melantik seorang ejen PruBSN Takaful untuk memberi penerangan lanjut kepada anda mengenai rangkaian produk terbaik kami untuk memenuhi keperluan anda.

Anda boleh mendaftar untuk pelan Takaful dengan berkunjung ke mana-mana cawangan PruBSN atau Prudential Assurance Malaysia Berhad di seluruh Malaysia dan wakil Khidmat Pelanggan kami akan mencadangkan anda seorang ejen untuk memberi khidmat susulan.

Anda perlu mengenal pasti keperluan perlindungan, pelaburan serta kehendak kewangan anda. Anda boleh menghubungi wakil Khidmat Pelanggan kami di +603 20537188 yang boleh menjawab pertanyaan anda. Selain itu, wakil Khidmat Pelanggan kami juga boleh mengaturkan ejen kami untuk berhubung dengan anda dan menentukan keperluan perlindungan asas mahupun manfaat pilihan tambahan, dan akhirnya menentukan jumlah sumbangan yang bersesuaian dengan anda.

Pelan berkaitan pelaburan adalah pelan yang menggabungkan simpanan/pelaburan dan perlindungan dalam satu pelan. Caruman yang anda bayar bukan sahaja untuk keperluan perlindungan tetapi juga akan dilaburkan dalam dana pelaburan yang mematuhi Syariah untuk memperluas portfolio pelaburan anda.

Pelanggan boleh memilih dari mana-mana dana Takafulink berikut yang diluluskan Syariah untuk memenuhi keperluan pelaburan dan toleransi risiko anda.

 

Nama Dana

Objektif Dana

Takafulink Dana Bond

Menyediakan pengumpulan modal sederhana hingga jangka panjang dengan melabur dalam Sekuriti Hutang Swasta Islam dan Kemudahan Pembiayaan Islam.

Takafulink Dana Urus

Merupakan dana yang diuruskan secara aktif untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka sederhana hingga panjang, dan ini dicapai dengan melabur dalam perkongsian yang diluluskan Syariah dan Sekuriti Hutang Swasta Islam serta Kemudahan Pembiayaan Islam melalui Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Bon dan dalam mana-mana dana Takafulink yang lain yang mungkin disediakan di masa hadapan.

Takafulink Dana Ekuiti

Dana yang memaksimumkan pulangan dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam saham-saham berkualiti tinggi yang diluluskan Syariah seperti tersenarai di Bursa Malaysia.

Takafulink Dana Ekuiti Dinasti

Menyediakan peningkatan modal jangka panjang dengan melabur dalam pelaburan patuh Syariah dengan pendedahan kepada rantau Greater China.

 

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, hubungi wakil Khidmat Pelanggan kami di +603 20537188 untuk menghubungkan anda dengan ejen-ejen kami.

Anda boleh mendapatkan maklumat umum melalui saluran-saluran di bawah:

  1. Hubungi wakil khidmat pelanggan kami di +603 20537188.
  2. Hantarkan e-mel kepada kami di customer@prubsn.com.my.
  3. Kunjungi cawangan kami yang terdekat.
  4. Layari laman web kami di www.prubsn.com.my dan anda boleh mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan produk di sini.

     

Anda boleh membayar sumbangan anda melalui pilihan yang berikut:

  • Wang tunai/ Cek di mana-mana cawangan PruBSN atau PAMB
  • Kad Kredit/ Kad Debit
  • Auto Debit
  • Perbankan Online

Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Jika anda ingin perlindungan Takaful anda berterusan walaupun anda berhenti membuat sumbangan kepada pelan, penting untuk anda memberikan kami persetujuan untuk memotong Tabarru’, caj perkhidmatan dan caj pengurusan risiko untuk manfaat opsyenal (jika ada) dan manfaat tambahan (jika ada) dari akaun anda. Tanpa kebenaran ini manfaat  opsyenal dan/atau sebarang manfaat tambahan yang telah anda pilih akan terhenti walaupun terdapat unit yang mencukupi di dalam akaun masing-masing. Pelan Takaful adalah sebuah komitmen jangka panjang dan anda perlu membayar sumbangan anda secara berterusan untuk memastikan kesinambungan perlindungan anda.

Pembayaran boleh dibuat melalui saluran khusus seperti tertera di bawah:

  • Wang Tunai/ Cek di mana-mana cawangan PruBSN & PAMB
  • Kaunter Bank Simpanan Nasional & ATM
  • Peti di cawangan Prudential (untuk menjatuhkan cek, tidak sah bagi tambah nilai caruman tunggal)
  • Auto Debit Kad Kredit
  • Auto Debit Akaun Bank
  • Perbankan Online

Sila nyatakan maklumat berikut pada belakang cek:

  • Nombor sijil
  • Pecahan jumlah sumbangan bagi setiap sijil untuk pembayaran lebih daripada satu
  • Penerima: Prudential BSN Takaful Berhad

Jika anda memutuskan untuk membeli pelan Takaful, Penyata Caruman Takaful Keluarga (Family Takaful Contribution Statement, FTCS) akan membolehkan anda layak memperoleh pelepasan cukai individu sehingga RM6,000 setahun. Kami akan mengeluarkan FTCS setiap tahun pada bulan Mac. Penyata ini menunjukkan semua sumbangan yang dibuat pada tahun sebelumnya untuk tujuan pengisytiharan anda kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Hubungi ejen anda atau wakil Khidmat Pelanggan kami untuk mendapatkan butiran borang dan dokumen yang diperlukan seperti di bawah:

  • Borang Tuntutan
  • Senarai semakan tuntutan
  • Bil asal yang terperinci
  • Resit asal
  • Laporan perubatan atau ringkasan pelepasan
  • Sijil perubatan (jika ada)

Lengkapkan borang dengan tepat dan pastikan kesemua dokumen yang relevan disediakan.

Dapatkan laporan perubatan daripada doktor perubatan anda (jika ada).

Hantarkan borang beserta lampiran dokumen yang telah dilengkapkan kepada ejen anda atau ke mana-mana cawangan PruBSN atau Prudential Assurance Malaysia Berhad.

Maklumat di atas bertujuan sebagai panduan am sahaja. Maklumat lanjut mengenai ini boleh didapati di bahagian ‘Langkah Membuat Tuntutan’ di laman web kami.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lebih terperinci, sila hubungi ejen anda atau hubungi  Pusat Khidmat Pelanggan kami di +603 20537188 atau e-mel ke customer@prubsn.com.my.

Anda dinasihatkan untuk menghubungi dengan serta-merta Pusat Khidmat Pelanggan kami di +603 20537188.

Sila maklumkan kepada ejen anda atau kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi  Pusat  Khidmat Pelanggan kami di +603 20537188 untuk bantuan selanjutnya. Penting untuk anda memaklumkan kepada kami sebarang perubahan alamat surat menyurat dan butiran nombor panggilan agar kami dapat berhubung dengan anda untuk sebarang makluman penting.

Anda perlu mengemukakan Akuan Berkanun untuk Kehilangan Dokumen Sijil dan membayar RM30 sebagai caj pentadbiran pengeluaran semula. Akuan Berkanun mesti dicap dengan nilai RM10 di Pejabat Stamping dan ditandatangani oleh Jaksa Pendamai, Notari Awam atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mentadbir sumpah ikrar atau affidavit. Anda boleh mendapatkan borang Akuan Berkanun daripada ejen perkhidmatan anda atau dengan mengunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di +603 20537188.

Perkongsian Lebihan

Sebagai peserta pelan takaful kami, sumbangan anda dimasukkan ke dalam akaun pelaburan peserta yang mana sebahagian daripada jumlah sumbangan akan ditolak dan dikumpulkan ke dalam Dana Tabarru' (atau Derma) untuk tujuan bantuan di kalangan para peserta. Agihan Lebihan yang terhasil adalah lebihan di dalam Dana Tabarru' selepas menolak kesemua tuntutan berbayar dan rizab. Sebaliknya, agihan Lebihan tidak akan dibuat sekiranya tiada lebihan dalam dana selepas menolak kesemua tuntutan berbayar dan rizab.

Pendapatan pelaburan yang diperoleh daripada Dana Tabarru' akan turut menyumbang di dalam agihan kepada para peserta. Bergantung kepada tarikh sijil anda dikeluarkan, sijil-sijil yang dikeluarkan sebelum 5 September 2011 akan menerima pendapatan pelaburan secara berasingan daripada lebihan yang dinyatakan di atas. Sijil-sijil yang dikeluarkan pada atau selepas 5 September 2011 akan menerima pendapatan pelaburan bersama-sama agihan Lebihan yang dinyatakan di atas. Perbezaan ini adalah akibat daripada perubahan undang-undang.

Agihan Lebihan (jika ada) akan dikongsi sama rata antara anda dan PruBSN. Pendapatan Pelaburan akan dikongsi berdasarkan kepada kadar yang ditentukan di dalam dokumen sijil di antara anda dan PruBSN. Agihan Lebihan dan Pendapatan Pelaburan yang diisytiharkan kepada peserta adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah PruBSN.

Anda layak menerima agihan Lebihan (jika ada) pada setiap tahun dengan syarat sijil anda masih berkuatkuasa pada 31 Disember tahun kewangan yang berkenaan.

Bahagian agihan Lebihan anda adalah bergantung kepada jumlah Tabarru' yang anda sumbangkan. Walau bagaimanapun, sebarang tuntutan sepanjang tahun kewangan berkenaan akan secara langsung mengurangkan agihan Lebihan daripada dana. Oleh itu, bahagian agihan Lebihan anda akan dikurangkan/dihapuskan sekiranya bayaran tuntutan dibuat kepada anda pada tahun kewangan berkenaan.

Jika jumlah keseluruhan tuntutan yang dibayar atau berbayar kepada anda tidak melebihi jumlah Tabarru' yang dibayar pada tahun kewangan berkenaan, anda layak menerima agihan Lebihan.

The Surplus (if any) will be distributed after approval by the PruBSN Shariah Committee and Board of Directors.

For in-force certificates, the distributable Surplus will be paid into the participant's investment account. The distributable Surplus to all eligible certificates is disclosed in the following year's Annual Financial Statement to the certificate holders.

Certificate that is terminated prior to payment date will receive the distributable Surplus through the appropriate payment channels to the last known address/bank details if the distributable Surplus amount is more than RM10. Distributable Surplus less than RM10 will be paid to charitable organisation(s) managed by PruBSN's charity arm, PruBSN Prihatin, and subject to approval by PruBSN Shariah Committee.

Lebihan (jika ada) akan diagihkan selepas kelulusan diperoleh daripada Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah PruBSN.

Bagi sijil-sijil yang berkuatkuasa, agihan Lebihan akan dibayar kepada akaun pelaburan peserta. Maklumat agihan Lebihan kepada semua sijil yang layak akan dinyatakan di dalam Penyata Kewangan Tahunan pada tahun berikutnya kepada pemegang sijil.

Sijil yang telah ditamatkan sebelum tarikh bayaran dibuat akan menerima agihan Lebihan melalui saluran pembayaran yang ke alamat/butiran bank terakhir yang diketahui sekiranya jumlah agihan Lebihan melebihi RM10. Agihan Lebihan kurang daripada RM10 akan disalurkan kepada badan kebajikan yang diuruskan oleh badan amal PruBSN iaitu PruBSN Prihatin, dan tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Syariah PruBSN.

E-Kredit

  1. E-Kredit PruBSN adalah satu kemudahan pembayaran kredit daripada PruBSN terus ke dalam akaun bank pelanggan.
  2. Kemudahan E-Kredit ini direka khusus kepada pelanggan yang mempunyai sijil dengan PruBSN untuk menerima pembayaran tuntutan samada penerima serahan, penuntut dan penama.
  3. Pada waktu ini, kemudahan ini hanya boleh didapati untuk bayaran setinggi RM3,000 dan ke bawah.
  4. Kami akan menilai semula skop berkaitan kemudahan ini dari semasa ke semasa.
  1. Anda boleh daftar untuk kemudahan E-Kredit ini apabila:

    • Sewaktu anda memfailkan tuntutan dengan melengkapkan seksyen E-Kredit pada borang tuntutan dengan menyatakan nama penuh anda dan maklumat akaun bank anda dengan tepat.
    • Anda mendaftar sijil Takaful Keluarga anda dengan kami, dengan memberi maklumat akaun bank di seksyen E-Kredit pada borang cadangan.

  2. Sila pastikan anda baca dan fahami terma dan syarat kemudahan E-Kredit ini. Dengan mendaftar untuk kemudahan ini, anda dianggap bersetuju dengan terma dan syarat kemudahan ini.

Tiada sebarang pra-syarat untuk mendaftar untuk kemudahan E-Kredit ini.

Ya. Anda akan diberitahu menerusi SMS/e-mel sebaik wang dikreditkan ke dalam akaun bank anda. Sila pastikan nombor hubungan anda dan alamat e-mel dikemaskinikan dengan pihak kami.

Anda boleh kemas kini maklumat akaun bank anda dengan mengisi seksyen E-Kredit dalam borang tuntutan apabila memfailkan tuntutan.

E-Kredit adalah satu cara yang mudah untuk anda menerima bayaran tuntutan dengan kaedah yang paling selamat.

Buat masa sekarang, tiada sebarang caj dikenakan untuk kemudahan E-Kredit ini.

PruBSN berhak untuk mengeluarkan bayaran dengan cek jika perkara di bawah berlaku:

  1. Maklumat yang diberikan dalam borang cadangan atau tuntutan tidak lengkap/tidak sah/salah,
  2. Bayaran dibuat kepada Penerima bersama (cth: pentadbir bersama atau pelaksana bersama), dan/atau
  3. Kegagalan pemindahan ke bank benefisiari mungkin disebabkan perkara berikut walaupun senarai ini idak lengkap:. Nombor akaun bank tidak sah/tidak lengkap, akaun anda mungkin ditutup atau tidakaktif, nombor pengenalan yang tidak sepadan, atau anda mungkin bukan pemegang akaun yang utama.

Anda hanya perlu memohon sekali sahaja untuk kemudahan ini. Maklumat perbankan yang anda berikan kepada kami sewaktu anda memfailkan tuntutan atau sewaktu anda mendaftar bagi sijil baru akan digunakan untuk tuntutan masa hadapan yang memenuhi kriteria untuk E-Kredit untuk sijil yang sama. Walau bagaimanapun kami menggalakkan anda untuk memberikan kami maklumat terkini akaun bank anda sewaktu memfailkan tuntutan anda.

Anda boleh menghubungi wakil Khidmat Pelanggan kami di talian +603 20537188 atau hantarkan e-mel ke customer@prubsn.com.my.

GST

NOTA PENTING :

  1. Soalan-soalan Lazim ini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa berdasarkan kemaskini yang diberikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
  2. Hanya untuk kegunaan dalaman sahaja untuk menerangkan kepada peserta-peserta takaful. Pengedaran kepada pihak luar adalah tidak dibenarkan.

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah cukai penggunaan berasaskan konsep tambah nilai. Berbeza dengan cukai jualan atau cukai perkhidmatan sekarang yang mana cukai adalah satu peringkat, GST adalah cukai pelbagai peringkat. GST dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian bekalan termasuk pengimportan barangan dan perkhidmatan.

(Sumber: Laman Web Rasmi Cukai Barang dan Perkhidmatan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia)

Ya. GST akan menggantikan sistem cukai jualan dan perkhidmatan semasa.

GST akan berkuatkuasa bermula 1 April 2015.

GST dikenakan pada kadar 6.00%.

Ya. GST dikenakan pada asas transaksi (waktu pembekalan). Oleh itu semua peserta sama ada sijil yang sedia ada atau perniagaan baru selepas 1 April 2015 akan terlibat.

Ya. Kami akan memberikan kepada anda salinan elektronik invois cukai anda atas permintaan anda. Kami tidak menjana invois cukai secara automatik atau tanpa permintaan. Anda perlu membuat permintaan untuk invois cukai anda . Invois cukai akan dihantar melalui e-mel ke alamat e-mel yang anda maklumkan.

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) - Produk Takaful Keluarga / Hayat

Tidak. Bukan semua produk adalah tertakluk kepada GST. Hanya produk yang diklasifikasikan sebagai bukan hayat dikenakan cukai GST. Produk dianggap bukan hayat jika manfaatnya memenuhi salah satu daripada kriteria berikut:

  1. Manfaat kemalangan diri
  2. Manfaat Perubatan (hospital dan pembedahan)
  3. Manfaat penyakit kritikal - tertakluk sekiranya tidak bersama manfaat kematian/HUKM
Jenis ManfaatSenarai Produk
Kemalangan Diri
  • Accidental Death and Disablement
  • Accidental Medical Reimbursement
Perubatanl
  • Annual Limit Waiver
  • Baby Care
  • HealthEnrich
  • Hospital Benefit
  • Major Medical Cover 2
  • Major Medical Cover 1
  • Medic Essential
  • Medical Cover
  • Takaful Health
  • Takaful Health2
  • Takaful Puteri
  • Takaful Puteri Plus
  • TH Auto Upgrade
  • TH Auto Upgrade
  • TH Retirement
Penyakit Ktitikal
  • Contributor*
  • Crisis Cover Income
  • Crisis Shield
  • Takaful Saver Contributor*
  • Ummah Saver Contributor*
  • Vital Care
  • Weekly Indemnity
TPD Tidak berkenaan


* Ini tertakluk kepada sijil yang berkuatkuasa sebelum September 2011.

GST dikenakan sebagai potongan tambahan kepada potongan Tabarru yang kami tolak dari Akaun Unit Perlindungan/Peserta (PUA), Akaun Khas Individu (ISA), atau Akaun Unit Pelaburan (IUA). GST tidak dikenakan sebagai amaun tambahan kepada sumbangan anda.

Contoh:

Sebelum 1 April 2015
Potongan Tabarru' = RM32
Jumlah potongan = RM32
Selepas 1 April 2015  
Potongan Tabarru' = RM32
Potongan GST = RM32 * 6.00%
  = RM1.92
Jumlah potongan

= RM32 + RM1.92

= RM33.92

GST juga menjejaskan:

  1. Caj perkhidmatan
  2. Caj penambahan
  3. Caj penukaran dana
  4. Caj sijil

GST adalah amaun tambahan daripada caj yang tersebut.

Adalah terlalu awal untuk menentukan jika GST akan memberi kesan kepada jumlah sumbangan anda pada ketika ini. Jika keperluan untuk menyemak semula kadar sumbangan anda tiba pada masa akan datang, kami akan memberi anda notis terlebih dahulu seperti yang ditetapkan di dalam Dokumen Sijil anda .

Kami menggalakkan anda untuk membuat penambahan untuk sijil anda bagi memastikan ia dapat bertahan daripada potongan tambahan GST. Hanya digunapakai bagi pelan-pelan berkaitan pelaburan.

Amaun penambahan sumbangan (saver) yang digalakkan adalah 6.00% daripada sumbangan perlindungan yang dibayar.

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) - Produk Takaful Am

Ya. Semua produk Takaful Am tertakluk kepada GST.

Ya. Untuk produk Takaful Am, caj GST yang akan dikenakan adalah berdasarkan kepada bayaran tambahan atas jumlah sumbangan semasa anda.

Berdasarkan kepada kadar semasa GST 6%, terdapat penambahan kira-kira 6% kepada jumlah sumbangan anda.

Contoh:

Sebelum 1 April 2015
Sumbangan Bulanan = RM100
Jumlah Sumbangan = RM100
Selepas 1 April 2015  
Sumbangan Bulanan = RM100
Amaun GST = RM100 * 6.00%
  = RM6
Jumlah Sumbangan

= RM100 + RM6

= RM106

GST memerlukan pengagihan sumbangan untuk mengambil kira GST semasa peralihan. Walau bagaimanapun, sebarang yuran atau caj tidak perlu dibahagikan.

Sila rujuk gambar rajah yang menunjukkan bagaimana pembahagian dilakukan dan bagaimana anda akan dicaj.

gstimg

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) - Sijil Keyman

dak. Cukai perkhidmatan tidak lagi digunapakai selepas 1 April 2015. Kami akan mengeluarkan jumlah cukai perkhidmatan daripada sumbangan anda.

Cara yang digunapakai untuk sijil Keyman adalah sama seperti sijil individu . Anda boleh merujuk kepada bahagian Produk Takaful Keluarga / Hayat.

Tidak. Jumlah sumbangan anda akan berkurangan.

Contoh:

Sebelum 1 April 2015
Jumlah Sumbangan = RM100
Amaun Cukai Perkhidmatan = RM5.66
Sumbangan Asas = RM94.34
Selepas 1 April 2015  
Jumlah Sumbangan =  RM94.34
Amaun Cukai Perkhidmatan =
Sumbangan Asas = RM94.34

Untuk sijil Keyman yang sedia ada, kami akan menghantar surat pemberitahuan yang mana ia akan menyatakan jumlah sumbangan yang disemak semula bagi bayaran sumbangan baru anda yang seterusnya.

Tidak. Cukai perkhidmatan telah dikenakan berdasarkan jumlah bayaran sebelum 1 April 2015. Kami tidak boleh menuntut semula cukai perkhidmatan yang telah dibayar . Oleh itu, anda tidak boleh meminta sebarang bayaran balik..

Kad Debit

 

Merujuk kepada mandat oleh Bank Negara Malaysia (BNM), kesemua kad debit mestilah siap ditukarkan kepada kad debit PIN & PAY yang baru berkuatkuasa dari 1 Januari 2017.

Bagi memastikan pembayaran/potongan sumbangan dan perkhidmatan kad debit diteruskan, berikut adalah tindakan yang perlu diambil oleh para pelanggan kami:

  • Menukar kad debit sedia ada kepada kad debit PIN & PAY yang baru dari bank pengeluar kad masing-masing.
  • Buat pilihan dan maklumkan kepada bank untuk “Opt-in” untuk memberikan persetujuan kepada pihak bank pengeluar kad bagi meneruskan perkhidmatan kad debit.
  • Meningkatkan had transaksi seperti yang dinasihatkan oleh pihak bank pengeluar kad debit masing-masing.
  • Isi borang Borang Pendaftaran Perkhidmatan Kad Kredit dengan nombor kad debit yang baru untuk meneruskan potongan sumbangan.

Sila baca maklumat penuh di Soalan Lazim di bawah.

Kad debit PIN & PAY adalah kad PIN yang membolehkan anda untuk membuat pembelian dan pembayaran secara elektronik. Pelaksanaan kad debit PIN & PAY adalah inisiatif industri seperti yang dimandatkan oleh BNM bagi menggantikan kad tandatangan dengan kad PIN (Nombor Pengenalan Peribadi/Personal Identification Number).

PIN adalah kod-digit bersekuriti yang sama ada diberikan atau dipilih oleh ahli-ahli kad untuk membuktikan mereka adalah pemilik sah kad debit.

Kad debit PIN & PAY adalah inisiatif industri yang dimandatkan oleh BNM. Pelaksanaan ini dimestikan untuk kesemua pengguna kad debit. Kad debit sedia ada tidak memenuhi keperluan teknikal untuk menyokong fasiliti PIN iaitu satu teknologi yang membolehkan anda membuat transaksi elektronik dengan lebih yakin dan selamat.

Anda mesti mengaktifkan kad anda mengikut arahan yang disertakan bersama kad debit baru anda. Jika anda telah mendaftar telefon bimbit anda dengan pihak bank, anda akan menerima satu nombor PIN sementara melalui SMS. Kemudian, anda perlu menukar nombor PIN sementara tersebut kepada nombor PIN peribadi anda.

Kad debit sedia ada anda akan dibatalkan 90 hari selepas kad debit PIN & PAY anda dikeluarkan (ini mungkin berbeza mengikut bank). Sila aktifkan dan gunakan kad debit PIN & PAY anda setelah anda menerimanya untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan. Sila maklum bahawa bermula 1 Januari 2017, semua kad debit lama akan diberhentikan.

Kebanyakan bank sudah pun memulakan proses pertukaran kad debit kepada kad debit PIN & PAY.

Opt-in merujuk kepada kebenaran yang diberikan oleh pemegang kad kepada bank mereka yang berkenaan untuk meneruskan perkhidmatan transaksi bil automatik menggunakan debit kad. Transaksi ini juga dikenali sebagai Card Not Present (CNP) atau MOTO (Mail Order/Telephone Order); di mana pemegang kad tidak boleh mengemukakan kad fisikal kepada PruBSN untuk membuat potongan.

Kaedah opt-in mungkin berbeza mengikut bank pengeluar kad debit. Anda boleh merujuk kepada pautan yang disediakan dalam senarai di bawah untuk maklumat lanjut dari beberapa bank utama. Kami amat menggalakkan pelanggan untuk berhubung terus dengan bank mereka untuk maklumat sepenuhnya.

Maybank

CIMB

Bank Simpanan Nasional

Public Bank

RHB

Bank Islam

Sekiranya pemegang kad/pelanggan tidak membuat opt-in, potongan bayaran sumbangan akan ditolak walaupun potongan sebelum peraturan baru ini berkuatkuasa berjaya dibuat. Sekiranya potongan tidak berjaya, notifikasi SMS akan dikirimkan kepada pelanggan dan ejen. Para pelanggan dinasihatkan untuk menggunakan kaedah pembayaran lain sehinggalah opt-in berjaya dibuat untuk kad debit mereka.

Pelanggan perlu melengkapkan and menyerahkan Borang Pendaftaran Perkhidmatan Kad Kredit kepada ejen yang berkhidmat untuk mereka atau e-mel ke customer@prubsn.com.my.

Sila muat turun borang tersebut di sini. Untuk para ejen PruBSN, anda boleh juga memuat turun dari portal ejen kami iaitu TakafulNET. 

Potongan sumbangan mungkin gagal dilakukan dan boleh mengakibatkan pemberhentian sijil.

Pelaksanaan ini tidak melibatkan pengguna kad kredit buat masa sekarang dan tiada sebarang tindakan diperlukan daripada mereka.

Sila rujuk kepada arahan yang dikeluarkan oleh bank pengeluar kad debit pelanggan (lihat nombor 9).

Kad debit baru mempunyai logo “My Debit” di atas kad tersebut.

Sila rujuk kepada arahan yang dikeluarkan oleh bank pengeluar kad debit pelanggan (lihat nombor 9).

Sila hubungi Pusat Perkhidmat Pelanggan di +603 20537188 atau e-mel ke customer@prubsn.com.my.

Sijil Elektronik

Sijil Elektronik PruBSN adalah versi digital dokumen sijil anda yang dijamin keselamatannya dan disediakan khusus untuk anda melalui PruBSN touch, portal pelanggan PruBSN yang baharu. Sijil ini akan menyenaraikan maklumat perlindungan dan manfaat serta terma dan syarat pelan Takaful PruBSN anda.

Sijil Elektronik disediakan bagi memudahkan anda memuat turun atau mencetak ketika anda memerlukannya. Anda hanya perlu log masuk ke PruBSN touch. Lebih penting lagi, kita dapat memelihara alam sekitar dan membina masa depan yang lebih mampan dengan pengurangan penggunaan kertas.

Sijil Elektronik PruBSN anda dilindungi dengan nama log masuk dan kata laluan PruBSN touch anda. Sijil Elektronik anda dalam format PDF dijamin selamat, tidak boleh disunting dan dilindungi dengan kata laluan. Sila pastikan kata laluan anda disimpan di tempat yang diyakini selamat bagi mencegah akses kepada Sijil Elektronik anda tanpa kebenaran.

Sijil Elektronik PruBSN adalah perkhidmatan percuma dan nilai tambahan untuk kesemua pelanggan kami yang memilih untuk menerima Sijil Elektronik.

Anda mempunyai 15 hari untuk menyemak Sijil Elektronik anda dan memaklumkan kepada kami sekiranya menghadapi sebarang kesulitan. Anda boleh hubungi Perunding Takaful anda atau berkomunikasi dengan wakil Perkhidmatan Pelanggan kami di +603 20537188 atau e-mel ke customer@prubsn.com.my.

Back to Top