Pulse by Prudential: Rakan Kesihatan AI Anda

 

Kesihatan merupakan satu topik yang kian popular sejak beberapa tahun ini. Malah, sebelum tercetusnya pandemik global COVID-19, ramai telah menyedari kepentingan kesihatan bagi memastikan kesejahteraan diri yang menyeluruh. Menjadi sihat bukan sahaja bermaksud mempunyai kecantikan fizikal, kekuatan badan dan otot ‘six-pack’, tetapi lebih dari itu. Individu yang sihat adalah lebih gembira dengan kehidupan mereka dan tidak mudah dijangkiti penyakit. Dalam erti kata lain, individu yang sihat adalah lebih produktif dan berada dalam kedudukan lebih baik untuk membina kestabilan kewangan peribadinya. Bak kata, ‘kesihatan adalah kekayaan.’

Meskipun kelihatan peningkatan besar dalam bilangan orang yang mula mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas, khususnya di media sosial, Malaysia masih berada di tangga pertama sebagai negara paling obes di Asia, mencatat sebanyak 64% lelaki dan 65% wanita daripada jumlah populasi didaftarkan sebagai berat badan berlebihan atau obes1. Walaupun sesetengah daripada kita berasa seronok apabila bersenam, ramai lagi yang masih suka menghabiskan masa bermain telefon. Hampir 60% daripada jumlah populasi kita dijangka akan menggunakan telefon pintar menjelang 2020 (19.3 juta daripada 32.3 juta)2.

Oleh sebab itu, kami menyediakan Pulse by Prudential – sebuah aplikasi berteknologi AI untuk membantu anda dalam perjalanan ke arah mencapai matlamat kesihatan dan kecerdasan anda. Aplikasi ini tersedia untuk semua individu yang memiliki telefon pintar yang dilengkapi pelan data internet atau disambung ke Wi-Fi. Pulse terhasil daripada gabungan kepakaran pengetahuan AI dan teknologi terkini agar dapat terus memaklumkan anda mengenai perkembangan terkini, bukan sahaja mengenai kesejahteraan diri anda malah isu-isu dan permasalahan berkaitan kesihatan juga. Sama ada anda ingin mengekalkan tahap kecerdasan anda atau ingin mengakses ke maklumat kesihatan semasa yang penting dan terkini, Pulse memperkasakan anda dengan petua kesihatan dan kecerdasan walau di mana jua anda berada.

Teknologi AI untuk Kecekapan Maksimum
Kami faham maksud pepatah ‘rambut sama hitam, hati lain-lain’ dan kerana pemahaman ini, Pulse telah menggabungkan teknologi AI yang memberikan anda pengalaman menyeluruh apabila menggunakan aplikasi kami. Gunakan Pulse untuk melakukan Pemeriksaan Kesihatan lengkap dengan menjawab soalan analisis tiga-bahagian yang dapat dilengkapkan dalam 15 minit sahaja. Analisis ini merangkumi tabiat pemakanan anda, aktiviti dan mood anda. Jawapan anda akan digunakan untuk menjana Kembar Digital anda – suatu visual anatomi badan anda dalam bentuk 3D yang memberikan pandangan menyeluruh tentang status kesihatan semasa anda dan petua untuk anda menambah baik gaya hidup anda.

Jika anda rasa tidak sihat, gunakan Pemeriksa Simptom. Menerusi beberapa soalan, satu bot sembang AI akan membantu anda memahami simptom anda dan mengenal pasti kemungkinan punca anda sakit dan isu-isu kesihatan yang mungkin anda hadapi. Selain itu, jika anda ingin membuat pemeriksaan pantas untuk melihat jika anda benar-benar sihat seperti yang anda rasakan, cubalah Indeks Jisim Badan (atau Body Mass Index, BMI) dan Indeks Kedutan. Anda cuma perlu mengambil swafoto dan jika laporan mengatakan umur anda jauh lebih muda daripada usia anda yang sebenar, anda bolehlah tersenyum senang! Tetapi, jika laporan menyatakan anda lebih tua daripada umur sebenar, sudah tiba masanya untuk anda memulakan gaya hidup yang sihat dan cergas. Pulse boleh membantu anda melakukannya! 

Jom Sihat dan Cergas
Untuk menjadikan perjalanan mencapai matlamat kesihatan dan kecergasan lebih lancar menerusi Pulse, hubungkan aplikasi Pulse dengan pengesan kecergasan popular seperti Apple Health, Fitbit, Google Fit dan Garmin Connect. Pengesan kecergasan ini berfungsi untuk menjejak langkah, jarak berbasikal dan pusingan renangan anda serta kiraan kalori.

Sukar untuk kekal bersemangat?? Cubalah menyertai cabaran bulanan kami dan anda boleh meraih pelbagai ganjaran. Bersaing bersama komuniti aplikasi Pulse atau jemput rakan-rakan anda untuk menyertai cabaran khusus menerusi fungsi rujuk rakan melalui landasan media sosial, e-mel atau buku telefon agar anda sama-sama kekal menjadi cergas dan sihat. Pulse juga menyediakan pelbagai sumber dan artikel berkenaan kesihatan dan gaya hidup seperti rutin senaman, tips kecergasan dan banyak lagi, semuanya percuma untuk anda dan mudah diakses di bahagian Saluran Kesihatan di Laman Utama aplikasi.

Berhubung dengan komuniti Pulse melalui bahagian Komuniti Saya untuk belajar, berkongsi pengalaman dan memberi inspirasi sesama ahli komuniti. Sejajar dengan matlamat kami untuk jadikan anda lebih cergas dan sihat, dua saluran komuniti khas - Pemakanan Sihat dan Jadi Lebih Aktif sudah tersedia untuk anda. Anda boleh berinteraksi dengan komuniti dengan menyukai perkongsian mereka, bertanya soalan, berkongsi cerita dan beri motivasi sesama ahli komuniti.

Berhubung dengan Doktor
Adakah anda berasa risau tentang ruam di lengan anda atau demam anda yang tidak kebah-kebah lagi? Hanya log masuk ke Pulse dan buat janji temu untuk sesi rundingan dalam talian bersama seorang doktor bertauliah yang akan memberi cadangan penjagaan kesihatan yang bersesuaian. Jangan risau, anda tidak akan menyedari tempoh menunggu kerana anda akan terus dihubungkan dengan panel doktor kami melalui panggilan telefon atau video. Jika pemeriksaan lanjut perlu dilakukan, panel doktor kami akan mengeluarkan surat rujukan untuk anda yang akan dihantar menerusi e-mel. Lebih menarik lagi, jika anda pelanggan Prudential, perkhidmatan ini adalah percuma. Jika anda bukan pelanggan Prudential, pembayaran serendah RM10 sahaja akan dikenakan. Pembayaran boleh dilakukan menerusi kad debit atau kredit, e-dompet ataupun transaksi dalam talian. Sangat mudah! Pulse juga menyimpan semua sejarah rundingan anda dengan doktor untuk memudahkan anda membuat rujukan

Kemudahan rundingan dengan doktor yang sebenar melalui Pulse adalah amat berguna apabila anda tidak dapat ke hospital atau klinik. Tetapi, jika anda ingin ke hospital dan klinik, gunakan fungsi Cari Hospital dan Klinik untuk mengenal pasti hospital atau klinik berdekatan anda. Maklumat yang disediakan termasuklah waktu operasi, panggilan terus, dan navigasi ke lokasi hospital dan klinik yang anda pilih. Maklumat tambahan untuk hospital seperti senarai pakar dan harga bilik juga tersedia.

Kekal Maklum Mengenai Isu Kesihatan Semasa
Berita pandemik COVID-19 masih hangat dibualkan dan ia adalah suatu masalah kesihatan yang sangat membimbangkan bagi kita semua. Pulse menyediakan maklumat penting COVID-19 seperti kadar jangkitan dan lokasi jangkitan terkini dan juga maklumat serta pengumuman yang berkaitan.

Selain COVID-19, Pulse juga mepunyai fungsi Amaran Denggi untuk anda melihat sebarang penularan dan kawasan panas yang dikesan di lokasi anda.

Pelihara Kesihatan Spiritual
Pulse bukan sahaja mementingkan tahap kesihatan fizikal dan mental anda tetapi juga mengingatkan anda untuk menunaikan tanggungjawab spiritual anda. Bagi mereka yang beragama Islam, Pulse turut menyediakan Kalendar Waktu Solat beserta arah Kiblat. Anda juga boleh menetapkan peringatan waktu solat berdasarkan lokasi pilihan anda.

Muat turun Pulse by Prudential hari ini dan mulakan perjalanan anda ke arah hidup lebih sihat dan cergas. Nantikan promosi dan manfaat yang ditawarkan di aplikasi ini dan ganjarkan diri anda setelah mencapai sasaran anda. Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik Pulse dan menambah ciri-ciri baru agar anda dapat menjalani gaya hidup sihat yang anda ingini. 

Rujukan

  1. Malaysia and WHO call for more investment in primary health care the 21st century; World Health Organization; 19 April 2019
  2. Smartphone users in Malaysia 2017-2023; Müller;  25 June 2020
    Malaysia Population 2020 (Live); World Population Review

Kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami. Oleh itu, kami menawarkan lebih banyak simpanan kepada anda dan keluarga melalui Kempen Super Savings PruBSN Aspirasi. Mohon sebelum 31 Julai 2020 untuk mendapatkan Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN bernilai sehingga RM1,200*.

*Tertakluk terma

Back to Top