Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Tip Takaful

Kos Kuarantin Pandemik:
Adakah Anda Bersedia?

Kuala Lumpur skyline

Pandemik COVID-19 yang dihadapi sekarang adalah suatu fenomena yang menggemparkan sehingga seluruh dunia terkesan, bukan sahaja dari aspek kesihatan malah yang paling penting, dari aspek ekonomi juga.

Sebagai langkah mengawal penularan COVID-19 di Malaysia, pihak kerajaan telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 yang lalu. Semua perniagaan dan perkhidmatan terpaksa ditutup kecuali perkhidmatan asas (essential services). Sekolah-sekolah juga ditutup, segala aktiviti awam tidak dibenarkan dan semua penduduk diarahkan untuk kekal berada di rumah melainkan terdapat keperluan atau urusan penting untuk diselesaikan. Keberkesanan arahan PKP ini terbukti membawa kesan positif dalam usaha mengawal penularan COVID-19.

Selepas hampir tujuh minggu dikuatkuasakan, fasa PKP telah beralih ke fasa yang lebih longgar iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa pada 4 Mei 2020. Fasa PKPB ini membenarkan hampir kesemua sektor ekonomi dibuka semula tetapi dengan penguatkuasaan garis panduan yang ketat. Pada 10 Jun, Malaysia mengambil langkah yang berwaspada mula beralih ke fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilaksanakan secara berperingkat selama 12 minggu. Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia sudah kembali bekerja, tempoh PKP selama empat bulan setengah ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi kos hidup masing-masing, khususnya bagi golongan yang kehilangan punca pendapatan akibat penularan wabak ini dan pelaksanaan fasa-fasa PKP seterusnya.

Kehilangan Punca Pendapatan
Meskipun Kerajaan Malaysia menyediakan bantuan kewangan bagi individu-individu yang layak, kesan yang dihadapi akibat penularan COVID-19 dan tempoh kuarantin yang dikuatkuasakan telah menyebabkan ramai di kalangan kita kehilangan sumber pendapatan. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia, dalam tempoh antara 23 hingga 31 Mac 2020, seramai 168,182 responden berusia 15 tahun ke atas telah menjawab soal selidik tentang “Impak COVID-19 pada Ekonomi dan Individu.” Daripada bilangan responden yang menjawab soal selidik ini, hampir separuh responden yang bekerja sendiri telah kehilangan punca pendapatan mereka. Responden yang bekerja dalam sektor pertanian dan perkhidmatan merupakan kelompok kedua dan ketiga terbesar yang kehilangan punca pendapatan mereka dengan masing-masing mencatat sebanyak 21.9% dan 15%. Responden yang lain menghadapi potongan gaji ataupun terpaksa mengambil cuti tanpa gaji. (DOSM, 2020, p.7).

Cara terbaik untuk mempersiapkan diri anda untuk menghadapi kemungkinan kehilangan pendapatan adalah dengan menyediakan tabung kecemasan. Menurut perancang kewangan, tabung kecemasan yang disediakan hendaklah cukup untuk menanggung kos hidup anda selama tiga hingga enam bulan. Jika anda pernah mempersoalkannya, situasi COVID-19 adalah salah satu contoh yang jelas tentang betapa pentingnya menyediakan tabung kecemasan. 

Walau bagaimanapun, pandemik COVID-19 masih lagi tular.  Jika anda perlukan bantuan dan berkelayakan, anda boleh memohon pelbagai skim bantuan kewangan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan, moratorium daripada pihak bank dan sebarang penangguhan yang disediakan oleh organisasi swasta, khususnya apabila anda kehilangan punca pendapatan anda. PruBSN, misalnya, menawarkan penangguhan pembayaran sumbangan* selama tiga bulan kepada semua pemegang sijil yang terkesan oleh COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan. 

Perubatan & Kesihatan
Jika anda hanya berada di rumah, mengamalkan penjarakan sosial dan sentiasa menjaga kebersihan diri, risiko anda dijangkiti wabak COVID-19 adalah rendah. Tetapi, jika anda disahkan positif COVID-19, terdapat beberapa kos yang perlu anda pertimbangkan.

Buat masa ini, pihak kerajaan Malaysia menanggung semua kos kemasukan hospital, perubatan dan penjagaan yang berkaitan dengan jangkitan COVID-19. Namun begitu, kos ujian saringan COVID-19 yang akan menentukan sama ada anda dijangkiti virus tersebut atau tidak, agak mahal untuk sesetengah individu, apatah lagi jika ujian tersebut dibuat di institusi perubatan swasta. Tetapi berita baik untuk pemegang polisi insurans perubatan atau sijil Takaful - ujian saringan ini dilindungi dan boleh dituntut semula sehingga RM300 di bawah usaha Tabung Saringan COVID-19 (COVID-19 Test Fund, CTF), suatu tabung khas yang ditubuhkan oleh industri insurans dan Takaful bagi menyokong seruan Kementerian Kesihatan agar lebih ramai lagi rakyat Malaysia melakukan ujian saringan COVID-19.

Jika anda ingin mendapatkan perlindungan khusus untuk COVID-19, PruBSN menyediakan Perlindungan Khas COVID-19  secara percuma kepada semua pemegang sijil yang disahkan positif COVID-19, dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan di mana-mana hospital seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dalam tempoh tertentu. Perlindungan khas ini juga memberi manfaat kematian akibat COVID-19. Anda juga boleh memantau tahap kesihatan anda dan mendapatkan maklumat terkini berkaitan COVID-19 melalui aplikasi Pulse by Prudential. Jika anda bukan pemegang sijil PruBSN, anda hanya perlu menjadi pengguna berdaftar Pulse by Prudential sebelum 30 Jun 2020 untuk menikmati Perlindungan Khas COVID-19 ini secara percuma.

Penyakit-penyakit lain tidak berhenti menyerang meskipun seluruh dunia sedang berjuang membanteras penularan COVID-19. Perlindungan perubatan yang bagus adalah penting untuk memberi penjagaan yang anda perlukan, apatah lagi dalam situasi sekarang apabila kebanyakan hospital kerajaan hanya memberikan rawatan kepada pesakit COVID-19 sahaja. Bagi memastikan diri anda mendapat rawatan yang diperlukan dan kekal selamat, anda terpaksa memilih hospital swasta dan terpaksa menanggung kos rawatan yang lebih tinggi. Jika anda belum memiliki polisi insurans perubatan ataupun perlindungan Takaful, anda boleh melihat pelan perlindungan yang tersedia dan mula melindungi diri anda serta orang yang tersayang.

Pelancongan
Sekatan perjalanan luar negara masih lagi berkuatkuasa sepanjang PKPP dan rakyat Malaysia hanya dibenarkan untuk perjalanan rentas negeri. Meskipun penularan COVID-19 dibendung, risiko untuk dijangkiti tetap ada. Insurans perjalanan mungkin dapat memberi anda sedikit pampasan bagi kerugian yang ditanggung jika anda membuat pembatalan perjalanan akibat jangkitan COVID-19. Tetapi, dengan perlindungan khusus untuk COVID-19, anda akan menerima manfaat yang tidak ditawarkan dalam pelan insurans yang lain.

Jangan lupa juga risiko jangkitan dalam perjalanan harian anda, terutamanya jika anda menggunakan pengangkutan awam. Sekerap manapun pengangkutan awam dibersihkan dan dibasmi kuman, risiko jangkitan COVID-19 tetap ada. Selain daripada mendapatkan perlindungan COVID-19, pilihan alternatif untuk membantu mengurangkan risiko ini adalah dengan menggunakan perkhidmatan ride-share seperti GrabCar yang menawarkan perlindungan insurans COVID-19 pada harga yang berpatutan.

Pinjaman
Pembayaran pinjaman merupakan satu lagi kos yang perlu diambil kira semasa kuarantin pandemik ini, khususnya apabila anda kehilangan punca pendapatan atau tidak mempunyai tabung kecemasan. Oleh itu, Bank Negara telah mengeluarkan arahan moratorium untuk menangguhkan pembayaran pinjaman hartanah dan juga kenderaan selama enam bulan. Tindakan ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh kebanyakan individu.

Untuk perlindungan kewangan jangka panjang bagi pinjaman perumahan, anda boleh memohon perlindungan Takaful atau polisi insurans hartanah. PruBSN Gadai Janji, misalnya, dapat melindungi hartanah anda apabila tidak mampu meneruskan pembayaran pinjaman rumah anda jika berlaku kejadian yang tidak dijangka seperti kematian, menghidap penyakit kritikal atau hilang upaya kekal.

Perbelanjaan Harian
Satu lagi kos penting yang anda perlu diambil kira ialah perbelanjaan harian anda. Walaupun kos perbelanjaan seperti barang dapur dan penghantaran makanan dijangka meningkat sepanjang tempoh kuarantin ini, anda boleh menampung  perbelanjaan tambahan ini dengan mengurangkan bajet untuk makan di luar. Anda juga mungkin akan mengurangkan kos perbelanjaan minyak, tol, hiburan dan beli-belah. Meskipun begitu, anda mungkin lebih cenderung untuk membeli-belah secara online.

Jika anda mampu mengawal perbelanjaan harian anda, ambil kesempatan sepanjang tempoh ini untuk menyimpan wang dan berusaha untuk menyediakan tabung kecemasan anda. Pelan PruBSN Aspirasi merupakan pilhan terbaik untuk anda mula menabung kerana ia menawarkan manfaat bayaran tunai tahunan, bayaran manfaat matang sekaligus dan perlindungan hayat untuk diri anda. Terdapat juga pelbagai produk PruBSN lain yang dapat membantu anda membuat simpanan seperti PruBSN WarisanPlus serta manfaat tambahan pelan rider yang tersedia.

Senarai di atas tidak terhad kerana masih terdapat kos dan perbelanjaan kecemasan lain yang mungkin boleh timbul sepanjang tempoh kuarantin ini. Anda mungkin perlu melangsaikan hutang kad kredit, mesin basuh anda mungkin rosak ataupun anda mungkin perlu membeli tablet atau komputer untuk mengikuti pembelajaran dalam talian. Perkara-perkara adalah antara beberapa perbelanjaan yang akan diambil kira oleh mereka yang celik kewangan untuk memastikan mereka dapat bertahan selepas tempoh PKPP tamat. Salah satu cara efektif adalah dengan menyediakan tabung kecemasan sendiri. Jika anda merasakan diri anda tidak belum bersedia, sekarang adalah masa yang tepat untuk memulakannya.