Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Tip Takaful

Khidmat Rundingan Takaful Dalam Talian
Cara Mudah Menyemak Semula Sijil dan Melanggan Takaful

Virtual Takaful Consultation

Penularan pandemik COVID-19 membuatkan kita bimbang tentang pelbagai perkara. Namun begitu, kami ingin memberikan anda jaminan bahawa anda tidak perlu lagi bimbang tentang dua perkara – memastikan kewangan diri anda kukuh dan mempunyai akses secara selamat dan mudah untuk berhubung dengan Ejen Takaful untuk mendapatkan perlindungan yang diperlukan.

Pilihan Permohonan Jarak Jauh atau Remote Enrolment Option (REO) adalah suatu penyelesaian inovatif yang disediakan oleh Prudential BSN Takaful (PruBSN) bagi memudahkan anda mengakses sijil-sijil Takaful anda untuk membuat semakan dan melanggan pelan Takaful secara dalam talian.

Melalui REO, anda akan dihubungkan secara dalam talian dengan Ejen Takaful kami yang akan menjawab semua pertanyaan anda dan membantu anda memilih perlindungan yang bersesuaian, semuanya dari keselesaan rumah anda. Sesi rundingan yang dijalankan secara dalam talian akan membolehkan anda melanggan Takaful tanpa perlu bersemuka secara fisikal. REO dilakukan melalui panggilan video menggunakan aplikasi Whatsapp, Skype, Zoom, Facetime dan sebagainya, bersama Perunding Takaful kami untuk membimbing anda melengkapkan proses tersebut.

Ikuti panduan ringkas berikut untuk membantu anda bermula.

Langkah 1

  • Lengkapkan borang maklumat dalam talian atau hubungi kami di +603 20537188.

  • Kami akan menghubungkan anda dengan Ejen Takaful yang akan berkomunikasi dengan anda untuk mengetahui keperluan perlindungan anda. Disebabkan permintaan yang tinggi untuk perkhidmatan REO sepanjang tempoh PKP/PKPB/PPKP ini, sila beri kami masa sehingga tujuh (7) hari bekerja untuk menghubungi anda.

  • Apabila Ejen Takaful anda sudah memahami keperluan anda, janji temu menerusi aplikasi sidang video pilihan anda akan ditetapkan.


Langkah 2

  • Sepanjang sesi panggilan video tersebut, Ejen Takaful anda akan membuat satu e-taklimat untuk memperkenalkan pelan-pelan Takaful bersesuaian yang bertepatan dengan kehendak anda. Anda digalakkan untuk menanyakan sebarang soalan sewaktu sesi ini berlangsung agar Ejen Takaful kami dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat.

  • Jika perlu, panggilan sesi video susulan boleh diaturkan kerana kami mahu memastikan anda memilih pelan perlindungan yang terbaik untuk diri anda.


Langkah 3
 

  • Setelah anda sudah membuat keputusan, Ejen Takaful akan menyerahkan permohonan bagi pihak anda.

  • Anda hanya perlu sediakan MyKad anda sahaja. Apabila diminta oleh Ejen Takaful, ambil swafoto bersama MyKad anda, bahagian depan dan juga belakang dan hantar gambar-gambar tersebut kepada Ejen Takaful anda. Proses ini bertujuan mengesahkan identiti anda dan memastikan bukannya individu mencurigakan yang mendapat akses ke MyKad


Langkah 4

  • Apabila permohonan sudah lengkap, anda akan menerima e-mel daripada PruBSN yang mengandungi butiran penuh tentang sijil pilihan anda.

  • Jika semuanya butiran betul, balas e-mel tersebut dengan hanya menaip “Ya” dalam tempoh dua (2) hari bekerja untuk meluluskan permohonan anda. Kegagalan untuk menghantar balasan akan menyebabkan proses permohonan anda dibatalkan secara automatik.

  • Selepas anda membalas “Ya”, PruBSN akan memproses permohonan anda. Selepas mendapat kelulusan, pembayaran sumbangan awal perlu dibuat sebelum perlindungan anda diaktifkan. Anda akan menerima e-sijil anda dalam tempoh dua (2) hari bekerja.


Itu sahaja! Sekarang anda dilindungi sepenuhnya di bawah sijil Takaful pilihan anda.

Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan REO kami tetapi tidak mahu meIakukannya menerusi panggilan video, Perunding Takaful kami boleh menghubungi anda melalui panggilan telefon, ruangan sembang dan e-mel juga.

Berhubung dengan kami melalui REO hari ini dan berbual secara bersemuka dari keselesaan dan keselamatan rumah anda. Biar kami membantu mencapai ketenangan minda dan mendapatkan perlindungan terbaik untuk anda.