Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Kempen dan Pengumuman

Notis Operasi Cawangan

Pengumuman

Para Pelanggan Yang Dihormati,

Untuk makluman anda, semua warga kerja akan menghadiri Acara Syarikat. Oleh itu, waktu operasi pusat perkhidmatan pelanggan kami akan diselaraskan seperti berikut:

 

Bahagian

 

Waktu Operasi pada

25 Mac 2022

Waktu Operasi pada

1 April 2022

  • SEMUA Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Cawangan) kecuali Cawangan Wangsa Maju

 

DIBUKA SEPARUH HARI
8.45 pagi - 1 petang

DITUTUP WAKTU PETANG

 

 

BEROPERASI SEPERTI BIASA

 

  • Cawangan Wangsa Maju Sahaja

BEROPERASI SEPERTI BIASA

 

DIBUKA SEPARUH HARI
8.45 pagi - 1 petang

DITUTUP WAKTU PETANG

 

BEROPERASI SEPERTI BIASA

 

DIBUKA SEPARUH HARI
8.30 pagi - 1 petang

DITUTUP WAKTU PETANG

Status Operasi Cawangan

Para Pelanggan yang Dihargai,

Pusat Pelanggan kami beroperasi dari 8.45pg – 4.30ptg.

Kami memberi jaminan bahawa kesihatan dan keselamatan warga kerja kami sentiasa diutamakan. Begitu juga dengan kesejahteraan para pelanggan, ejen dan kakitangan, kami akan sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard. Sebagai langkah keselamatan tambahan, kami juga akan memastikan:

Hanya individu yang telah divaksinasi sepenuhnya dibenarkan berada di cawangan kami.
Para pelanggan yang belum divaksinasi sepenuhnya boleh berhubung dengan ejen kami untuk sebarang bantuan berkenaan Pilihan Perkhidmatan Jarak Jauh. Kami akan memeriksa status vaksinasi semua pelawat yang ingin mengunjungi cawangan kami sebelum dibenarkan masuk. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi kami melalui Pusat Khidmat Pelanggan atau e-mail kami untuk bantuan lanjut.

Kami juga menyarankan anda untuk menggunakan saluran dalam talian yang disenaraikan di bawah, yang mana ianya selamat, menyenangkan dan mudah diakses pada bila-bila masa, di mana jua mengikut keperluan perkhidmatan anda.

Akses sijil anda dengan mudah dan banyak lagi

Pembayaran Dalam Talian bagi
Bayaran Sumbangan Takaful

Pelanggan yang dahulunya membuat pembayaran di cawangan kami kini boleh menggunakan saluran dalam talian berikut dengan selamat dan mudah:

Permohonan Tuntuntan

Anda boleh mengemukakan tuntutan melalui e-tuntutan kepada Perunding Takaful PruBSN atau e-mel borang tuntutan lengkap bersama semua dokumen sokongan yang relevan ke customer@prubsn.com.my. Untuk memahami keperluan tambahan yang diperlukan oleh Syarikat bagi tuntutan anda, sila rujuk portal PruBSN Touch.

(Ini hanya terhad kepada tuntutan yang sudah dihantar dan BUKAN untuk permohonan tuntutan baru).

Penyerahan Permintaan Perkhidmatan

Anda boleh meminta bantuan daripada Perunding Takaful PruBSN anda untuk e-tuntutan, atau memuat turun pelbagai borang permohonan perkhidmatan dari Laman Web Korporat kami. Pelanggan hanya perlu mengisi borang dan e-mel ke customer@prubsn.com.my

PENTING: Untuk melindungi data peribadi pelanggan kami dan memastikan ketulenan permintaan pelanggan, kami hanya akan menerima borang yang diterima dari alamat e-mel pelanggan yang telah berdaftar dengan Syarikat kami. Untuk mengelak sebarang kelewatan, sila kemas kini alamat e-mel anda di PruBSN Touch.

Pembayaran Sijil dan Pembayaran Pulangan

Kami akan membuat pembayaran sijil/pembayaran pulangan melalui pemindahan bank dalam talian kerana kami telah menghentikan pengeluaran cek sepanjang tempoh PKP. Sila kemas kini butiran akaun bank anda dengan kami dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

i. Log masuk ke  PruBSN Touch

ii. Pilih menu Sijil > Senarai Sijil > Fasiliti E-Kredit > Daftar/Ubah Maklumat E-Kredit.

Komunikasi Berkaitan Sijil

Perkhidmatan surat-menyurat akan dihantar secara berperingkat dan kemungkinan akan ada kelewatan sewaktu tempoh PKP ini.

Akses kepada Maklumat Sijil

Anda juga boleh mengakses maklumat sijil anda, melakukan transaksi layan diri dan membuat pembayaran sumbangan secara dalam talian melalui PruBSN Touch

 

Pusat Khidmat Pelanggan kami yang beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (tidak termasuk Cuti Umum) bersedia untuk membantu anda sekiranya memerlukan bantuan untuk mengakses perkhidmatan dalam talian kami. Hubungi kami di 03 - 2775 7188 atau e-mel ke customer@prubsn.com.my

Kami juga ingin memberikan jaminan bahawa perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) kami kekal berkhidmat 24/7 untuk pengeluaran Surat Pra-Kebenaran Kemasukan Hospital bagi rawatan perubatan atau kemasukan hospital.

 

Para Pelanggan yang Dihargai,

Penyatuan Rangkaian Cawangan Prudential Malaysia

Prudential Malaysia sentiasa berkomited untuk menyediakan perlindungan jangka panjang dan keperluan simpanan para pelanggan kami.

Memahami keperluan perkhidmatan para pelanggan kami yang dinamik, PruBSN sentiasa berinovasi dan menyediakan perkhidmatan melalui pelbagai saluran. Dalam menyokong para pelanggan yang memilih untuk mendapatkan perkhidmatan kami melalui saluran alternatif, PruBSN akan mengatur semula rangkaian cawangan kami. Dengan ini, bermula dari 1 Mei 2021, pihak kami akan menamatkan perkhidmatan cawangan-cawangan kami di Mentakab, Taiping, Segamat, Kangar, Tawau, Bentong and Teluk Intan. Warga kerja agensi di kawasan tersebut akan terus membantu para pelanggan dalam menguruskan kesihatan dan perlindungan yang diperlukan.

Kami sentiasa fokus untuk memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik untuk para pelanggan, dan akan mengambil langkah proaktif untuk memastikan para pelanggan dan ejen mendapat informasi awal. Kami juga memberi jaminan bahawa manfaat sijil dan ejen anda adalah kekal sama. Dengan adanya platform dalam talian (rujuk jadual di bawah) untuk anda membuat pembayaran, permohonan perkhidmatan, pertanyaan, penyerahan dokumen dan pelbagai borang perkhidmatan lain, anda kini boleh memanfaatkan kemudahan ini, di mana ianya selamat, mudah dan boleh di akses pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada.

PruBSN sentiasa memberikan komitmen kepada para pelanggan kami dan akan terus berada di Mentakab, Taiping, Segamat, Kangar, Tawau, Bentong and Teluk Intan untuk menyokong anda dalam memenuhi keperluan perlindungan kesihatan dan kesejahteraan anda.