Gangguan Perkhidmatan

 

Salam Para Leader dan Ejen/Pelanggan yang Dihormati,

Dalam usaha berterusan kami untuk menyediakan pengalaman pengguna yang lebih baik untuk anda, kami telah menjadualkan penyenggaraan bagi menjalankan pemindahan data dari 1Oktober 2020 (Sabtu), pagi hingga 19 Oktober 2020 (Isnin), 12 tengahari. 

Sewaktu tempoh penyenggaraan ini, saluran dalam talian yang berikut tidak dapat diakses:

  • TakafulNet, Payment Gateway & PruBSN Touch 
    1Oktober 2020 (Sabtu), 10 malam hingga 19 Oktober 2020 (Isnin), 12 tengah malam.
  • PRUServe Plus
    17 Oktober 2020 (Sabtu), 6 pagi hingga 19 Oktober 2020 (Isnin), 12 tengah malam.

Semua operasi bagi saluran dalam talian yang disebutkan di atas akan kembali seperti biasa selepas penyenggaraan selesai seperti jadual di atas.

Kami hargai kesabaran dan kerjasama anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03-2053 7188 atau e-mel ke customer@prubsn.com.my.

 

Kemudahan Hospital Alliance Services (HAS)

HAS akan terus menjalankan operasi perkhidmatan sewaktu tempoh pemindahan data berlangsung. Walau bagaimanapun, perkhidmatan HAS akan mengalami gangguan sementara pada 17 Oktober 2020 (Sabtudari jam 5 pagi hingga8 pagi. 

Sewaktu tempoh ini, sila ambil maklum tentang perubahan dalam perkhidmatan HAS seperti berikut:

  1. Kelewatan (anggaran 2-3 jam) dalam pengeluaran dokumen HAS. Untuk bantuan lanjut mengenai status kes dan pertanyaan lain mengenai perkhidmatan HAS, sila hubungi talian HAS di 03-2742 4088.
  1. Bagi memastikan proses berjalan lancar dan waktu menunggu dikurangkan, pihak hospital panel/hospital pilihan mungkin akan mengutip bayaran pendahuluan daripada pemegang sijil sewaktu kemasukan dan pelepasan hospital (sekiranya Surat Pra-Kebenaran tidak dapat dikeluarkan lebih awal).

Perkhidmatan HAS dijangka untuk kembali normal pada pada 17 Oktober 2020 selepas jam8 pagi.

Kami akan memaklumkan anda dan pihak hospital sekiranya terdapat sebarang perubahan.

Kami memohon maaf atas kesulitan ini.

 

Prudential BSN Takaful Berhad

Back to Top