Perlindungan Khas COVID-19:
Bantuan wang tunai sehingga RM2,000 jika dirawat di hospital & manfaat kematian sebanyak RM20,000


Semangat KITA BOLEH tetap kami semarakkan agar pelanggan kami sentiasa tenang di saat getir ini. Sebab itulah kami menawarkan Perlindungan Khas COVID-19
untuk pelanggan Prudential Malaysia dan pengguna berdaftar Pulse by Prudential.  

Dapatkan bantuan wang tunai jika anda disahkan positif COVID-19 dan dirawat di mana-mana hospital yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kami juga akan membuat pembayaran sekaligus sekiranya berlaku kematian. 

Sebagai pelanggan Prudential Malaysia, anda dapat menggandakan perlindungan anda apabila anda mendaftar sebagai pengguna Pulse by Prudential.
Muat turun aplikasi dari App Store atau Google Play.

  Bagi pelanggan Prudential Malaysia yang layak (dibayar 1x)
Bagi pelanggan Prudential Malaysia yang layak dan mendaftar di aplikasi Pulse by Prudential (dibayar 2X)
Bagi pengguna Pulse yang mendaftar di aplikasi Pulse by Prudential

Tempoh Perlindungan

1 Mei 2020 - 31 Dis 2020

1 Mei 2020 - 31 Dis 2020

1 Mei 2020 - 31 Dis 2020

Bantuan Wang Tunai
Kemasukan Hospital

Bantuan wang tunai RM1,000 Bantuan wang tunai RM2,000 Bantuan wang tunai RM1,000

Manfaat Kematian 

Bayaran sekaligus RM10,000 Bayaran sekaligus RM20,000 Tidak berkenaan

Had Tuntutan

 RM1,000,000 RM300,000
Dibiayai oleh Dana CSR Prudential

Kelayakan

Pelanggan Prudential Malaysia

1. Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap Malaysia; dan

2. Berumur 17 tahun dan ke atas

 

Perlindungan diberikan kepada pengguna berdaftar Pulse by Prudential, dan semua individu yang mempunyai polisi/sijil Jaminan Hayat/Orang yang Dilindungi termasuk ahli-ahli polisi/sijil berkumpulan (cth. polisi/sijil MRTA/MRTT) yang dikuatkuasa dan diunderait oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad atau Prudential BSN Takaful Berhad.   

*Tertakluk pada terma dan syarat.
*Dari 1 Mei hingga 31 Dis 2020 atau sehingga jumlah bayaran keluar mencapai had RM1 juta (bagi Pelanggan Prudential) dan RM300,000 (bagi pengguna berdaftar Pulse by Prudential), mana-mana yang terdahulu.

*Tiada manfaat yang boleh dibayar jika diagnosis COVID-19 sebelum tarikh permulaan risiko atau tarikh pengembalian semula, mana-mana yang kemudian.
*Hanya 1 tuntutan boleh dibuat daripada Prudential Assurance Malaysia Berhad atau Prudential BSN Takaful Berhad.
*Tuntutan hendaklah diserahkan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kejadian (diagnosis/kemasukan hospital atau kematian). Jika tidak, pihak menuntut tidak layak menerima manfaat.

Soalan Lazim

1. Berapakah jumlah kos Perlindungan Khas ini?

Tiada kos tambahan dikenakan bagi Perlindungan Khas ini. 

2. Bagaimanakah untuk mendaftar Perlindungan Khas ini?

Bagi pelanggan Prudential Malaysia, tiada pendaftaran diperlukan untuk Perlindungan Khas ini. Bagaimanapun, anda perlu menjadi pengguna berdaftar Pulse by Prudential Malaysia pada atau sebelum 30 Jun 2020, untuk menikmati pembayaran tambahan ini.

Bagi Jaminan Hayat/Orang yang Dilindungi berumur di bawah 18 tahun, Jaminan/Peserta?Ibubapa/Penjaga Sah perlu menjadi pengguna berdaftar Pulse by Prudential Malaysia dan mendaftar maklumat diri sendiri pada atau sebelum 30 Jun 2020, untuk menikmati pembayaran tambahan Jaminan Hayat/Orang yang Dilindungi.

Bagi bukan pelanggan Prudential Malaysia, anda perlu menjadi pengguna berdaftar Pulse by Prudential Malaysia pada atau sebelum 30 Jun 2020 untuk menikmati Perlindungan Khas COVID-19.

3. Perlukah saya membuktikan bahawa Jaminan Hayat/Orang yang Dilindungi adalah pengguna berdaftar Pulse by Prudential Malaysia apabila saya membuat tuntutan? 

Tidak perlu. Sila semak soalan 8 & 9 untuk dokumen berkenaan tuntutan.

4. Jaminan Hayat/Orang yang Dilindungi merupakan pengguna berdaftar Pulse by Prudential Hong Kong. Adakah Jaminan Hayat/Orang yang Dilindungi ini layak untuk perlindungan tambahan?

Tidak. Hanya pengguna berdaftar Pulse by Prudential Malaysia sahaja layak untuk Perlindungan Khas ini.

5. Bolehkah Jaminan Hayat/Orang yang Dilindungi mendapatkan rawatan COVID-19 di mana-mana hospital?

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan beberapa hospital sebagai rujukan seluruh negara untuk merawat pesakit COVID-19.
Anda boleh merujuk senarai hospital di sini: http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan-guidelinesSenarai hospital ini tepat pada waktu penerbitan. 

  

6. Adakah manfaat-manfaat lain (cth. Faedah Hospital/Elaun Kemasukan Hospital/Hospital & Pembedahan) akan dibayar menurut polisi/sijil sedia ada?

Semua manfaat sedia ada akan dibayar menurut terma dan syarat polisi/sijil masing-masing. Perlindungan Khas COVID-19 ini tidak akan memberi kesan kepada manfaat polisi/sijil sedia ada.

7. Bagaimanakah untuk saya membuat tuntutan bagi
Bantuan Wang Tunai COVID-19?

Bagi pelanggan Prudential Malaysia:

Anda boleh menyerahkan dokumen sokongan di bawah melalui e-mel ke customer.mys@prudential.com.my atau customer@prubsn.com.my atau melalui ejen anda menerusi aplikasi PRUserve Plus (“PSP”):

  1. Borang tuntutan perubatan (bagi penyerahan bukan PSP) dan borang permohonan untuk kredit terus/butiran e-kredit yang lengkap.
  2. Laporan perubatan/rumusan discaj/kenyataan doktor dengan diagnosis lengkap dan pelan rawatan; dan
  3. Laporan siasatan dan/atau laporan makmal dengan keputusan ujian pengesahan COVID-19 cth. swab hidung/tekak atau lain-lain ujian yang dinasihatkan oleh KKM.

Bagi bukan pelanggan Prudential Malaysia:

Anda boleh menyerahkan dokumen sokongan di bawah melalui e-mel ke customer.mys@prudential.com.my:

  1. Borang tuntutan perubatan dan  borang permohonan untuk kredit terus/butiran e-kredit yang lengkap.
  2. Laporan perubatan/rumusan discaj/kenyataan doktor dengan diagnosis lengkap dan pelan rawatan; dan
  3. Laporan siasatan dan/atau laporan makmal dengan keputusan ujian pengesahan COVID-19 cth. swab hidung/tekak atau lain-lain ujian yang dinasihatkan oleh KKM.

Nota: Pihak penuntut hendaklah menyerahkan borang tuntutan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kejadian (diagnosis atau kemasukan hospital). Jika tidak, pihak penuntut tidak layak menerima manfaat. 

8. Bagaimanakah untuk saya membuat tuntutan Manfaat Kematian COVID-19?

Anda boleh menyerahkan dokumen sokongan di bawah secara e-mel ke customer.mys@prudential.com.my atau customer@prubsn.com.my atau melalui ejen anda menerusi PRUserve Plus (“PSP”):

  1. Borang tuntutan kematian oleh penerima atau pihak berhak membuat tuntutan dan permohonan untuk kredit terus/butiran e-kredit yang lengkap;
  2. Salinan berwarna sijil kematian;
  3. Sijil Perawat Perubatan daripada doktor yang terakhir merawat;
  4. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang) Jaminan Hayat/Orang yang Dilindungi (si mati);
  5. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang) penerima/pihak yang berhak membuat tuntutan;
  6. Salinan bukti pertalian di antara penerima/pihak yang berhak membuat tuntutan dengan si mati;
  7. Bukti si mati menghidap dan mati disebabkan COVID-19 (cth. Kenyataan doktor bertugas, laporan post mortem, keputusan ujian pengesahan COVID-19 – swab hidung/tekak atau lain-lain ujian yang dinasihatkan oleh KKM.

Nota:
1. Bagi polisi/sijil kredit yang berkaitan, pembayaran manfaat kematian akan dibuat kepada pihak penuntut (waris terdekat)

2. Pihak penuntut hendaklah menyerahkan borang tuntutan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian. Jika tidak, pihak penuntut tidak layak menerima manfaat. 

9. Bagaimanakah untuk saya membuat tuntutan kemasukan hospital/sebelum & selepas kemasukan hospital/manfaat hospital untuk COVID-19?

Berdasarkan senarai di bawah, sila hantar kesemua dokumen dibawah secara e-mel ke customer.mys@prudential.com.my atau customer@prubsn.com.my atau melalui ejen anda menerusi PRUserve Plus (“PSP”):

  1. Borang tuntutan perubatan (bagi penyerahan bukan PSP) dan permohonan untuk kredit terus/butiran e-kredit yang lengkap;
  2. Laporan perubatan/rumusan discaj/kenyataan doktor dengan diagnosis lengkap dan pelan rawatan; dan
  3. Laporan siasatan dan/atau laporan makmal dengan keputusan ujian pengesahan COVID-19 cth. swab hidung/tekak atau lain-lain ujian lain yang dinasihatkan oleh KKM; dan
  4. Salinan asal bil-bil terperinci; dan
  5. Salinan asal resit-resit pembayaran
10. Adakah terdapat sebarang pengecualian atau tempoh menunggu yang dikenakan?

Tiada pengecualian atau tempoh menunggu dikenakan untuk Perlindungan Khas ini. Walau bagaimanapun, untuk layak mendapat manfaat bayaran tambahan berganda, Jaminan Hayat/ Orang yang Dilindungi perlu menjadi pengguna berdaftar Pulse by Prudential Malaysia sebelum tarikh diagnosis atau kematian. 

11. Jika saya mempunyai tuntutan perubatan yang sedia ada, adakah saya masih layak untuk perlindungan khas ini?

Ya, anda akan layak untuk Perlindungan Khas ini walaupun anda mempunyai tuntutan perubatan sedia ada.

12. Keputusan ujian saya positif COVID-19, tapi saya tidak perlu dirawat di hospital, adakah saya layak terima Bantuan Wang Tunai COVID-19?

Tidak. Anda hanya layak untuk Perlindungan Khas jika anda disahkan positif COVID-19 dan dirawat di hospital yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

13. Keputusan ujian saya positif COVID-19 dan menerima rawatan tetapi bukan hospital yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan COVID-19, adakah saya layak untuk Bantuan Wang Tunai COVID-19?

Tidak. Anda hanya layak untuk Perlindungan Khas jika anda disahkan positif COVID-19 dan dirawat di hospital yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

14. Saya telah dirawat di hospital untuk menjalani ujian COVID-19, tapi saya belum lagi disahkan positif COVID-19, adakah saya layak untuk Bantuan Wang Tunai COVID-19?

Tidak. Anda hanya layak untuk Perlindungan Khas jika anda disahkan positif COVID-19 dan dirawat di hospital yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

15. Jika saya dirawat di hospital kerana positif COVID-19 dan kemudian meninggal dunia disebabkan COVID-19, berapakah jumlah yang bakal diterima di bawah Perlindungan Khas ini?

Kami akan membayar RM1,000 untuk Bantuan Wang Tunai dan RM10,000 untuk Manfaat Kematian. Kami akan menggandakan jumlah ini sekiranya Jaminan Hayat/Orang yang Dilindungi merupakan pengguna berdaftar Pulse by Prudential Malaysia.

16. Untuk layak mendapatkan gandaan jumlah perlindungan, bolehkah saya mendaftar Pulse by Prudential Malaysia sebelum saya membuat tuntutan saya? Tidak. Untuk layak gandaan jumlah perlindungan, tarikh kejadian (tarikh diagnosis/kemasukan hospital atau kematian) Jaminan Hayat/Orang yang Dilindungi perlu menjadi pengguna berdaftar Pulse by Prudential Malaysia sebelum atau pada 30 Jun 2020
17. Saya mempunyai 1 polisi dengan Prudential Assurance Malaysia Berhad dan 2 lagi sijil di bawah Prudential BSN Takaful Berhad. Adakah saya layak untuk Perlindungan Khas di bawah ketiga-tiga polisi dan sijil tersebut?

Tidak. Anda hanya layak untuk Perlindungan Khas ini sekali sahaja. Anda boleh menuntut sama ada dari Prudential Assurance Malaysia Berhad ataupun Prudential BSN Takaful Berhad.

18. Adakah tuntutan di bawah Perlindungan Khas ini menggunakan had perlindungan tahunan/hayat saya?

Bayaran untuk Perlindungan Khas COVID-19 ini tidak akan menggunakan had tahunan/hayat anda. Walau bagaimanapun, sekiranya anda juga membuat tuntutan melalui mana-mana rider perubatan anda, had tahunan/hayat akan dikurangkan dengan sewajarnya.

19. Bagaimana jika tarikh diagnosis saya di antara 1 Februari hingga 30 April 2020, adakah saya layak untuk menerima Perlindungan Khas ini?

Tidak. Walau bagaimanapun anda masih layak untuk Perlindungan Khas COVID-19 yang sediakan sebelum ini dari tempoh 1 Februari hingga 30 April 2020, jika anda serahkan tuntutan anda sebelum 31 Julai 2020.

20. Berapa lamakah proses tuntutan Perlindungan Khas ini?

Setelah menerima kesemua dokumen lengkap, bayaran tuntutan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja. Pemprosesan permohonan tuntutan secara Fast Track ditawarkan untuk penyerahan menerusi PSP.

21. Kami menawarkan tuntutan secara Fast Track menerusi PRUserve Plus. Siapa yang patut saya hubungi untuk maklumat lanjut?

Prudential BSN Takaful Berhad
Pusat Khidmat Pelanggan
03-2053 7188 atau customer@prubsn.com.my
(Isnin-Jumaat, 8.30 pagi-5.15 petang)

Prudential Assurance Malaysia Berhad
Pusat Khidmat Pelanggan
03-2771 0228 atau customer.mys@prudential.com.my
(Isnin-Jumaat, 8.30 pagi-5.15 petang)

Back to Top