Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Kempen dan Pengumuman

Perkongsian Lebihan: Ciri Unik Pelan Takaful

surplus sharing

Umum

1. Siapakah yang layak menerima Agihan Lebihan?

Secara amnya, anda dan semua peserta akan dipertimbangkan untuk mendapat Agihan Lebihan (jika ada) secara tahunan. Ini adalah jika sijil anda berkuatkuasa pada 31 Disember pada tahun kewangan tersebut.

2. Adakah saya akan menerima Agihan Lebihan tahun depan?

Kelayakan anda untuk menerima Agihan Lebihan akan dipertimbangkan setiap tahun, dengan syarat sijil anda masih aktif pada 31 Disember pada tahun tersebut. Bahagian Agihan Lebihan anda akan bergantung kepada amaun Tabarru` yang anda telah sumbangkan. Namun, sebarang tuntutan yang dibayar sepanjang tahun kewangan akan secara langsung mengurangkan Agihan Lebihan dana tersebut. Oleh itu, bahagian Agihan Lebihan anda akan turut dikurangkan/dikeluarkan hasil daripada bayaran tuntutan yang telah dibuat pada tahun tersebut.

Sekiranya jumlah tuntutan yang dibayar atau perlu dibayar kepada anda tidak melebihi amaun Tabarru` yang dibayar pada tahun kewangan tersebut, anda layak untuk menerima Agihan Lebihan.

3. Apakah nisbah Agihan Lebihan antara Peserta dan Pengendali Takaful?

Nisbah Agihan Lebihan adalah berdasarkan perkadaran yang ditentukan dalam dokumen sijil anda.

4. Apakah perbezaan antara Agihan Lebihan dan Perkongsian Keuntungan Pelaburan?

Agihan Lebihan adalah lebihan di dalam Dana Tabarru` selepas menolak kesemua tuntutan dan rizab yang perlu dibayar. Keuntungan Pelaburan adalah keuntungan yang Diperoleh daripada pelaburan Dana Tabarru`.

5. Adakah Lebihan dibayar menggunakan Dana Pemegang Saham PruBSN?

Tidak, lebihan ini dibayar dari Dana Tabarru`.

6. Adakah Peserta perlu membayar sumbangan tambahan apabila pulangan pelaburan Dana Tabarru` merosot?

Peserta tidak perlu membayar sebarang sumbangan tambahan akibat kemerosotan pulangan pelaburan Dana Tabarru`.

7. Bolehkah saya mendapat pengecualian cukai daripada amaun Agihan yang telah diisytiharkan?

Agihan yang diterima oleh Peserta tidak tertakluk kepada cukai peribadi.

8. Adakah bayaran Agihan ini mematuhi Syariah?

Proses pengagihan dan pembahagian Agihan dan Keuntungan kepada setiap Peserta mengambil kira aspek-aspek Syariah, ekuiti di kalangan Peserta, serta sama ada pengagihan yang dibuat adalah praktikal. Ini adalah berpandukan Polisi Pengurusan Agihan Lebihan dan Keuntungan Pelaburan Takaful Keluarga PruBSN, yang telah diluluskan oleh pihak-pihak yang berkenaan termasuk Jawatankuasa Syariah PruBSN.

Pembayaran Lebih

1. Bagaimanakah cara PruBSN berkomunikasi dengan Peserta yang layak untuk bayaran Agihan Lebihan?

Bagi sijil-sijil yang telah berkuatkuasa, SMS akan dihantar kepada Peserta yang layak. Amaun Lebihan ini juga akan dinyatakan di dalam Penyata Kewangan Tahunan pada tahun berikutnya kepada Peserta.

Bagi sijil-sijil yang tidak lagi berkuatkuasa, Agihan Lebihan akan dibayar melalui e-kredit ke dalam butiran akaun bank terakhir. SMS/Surat akan dihantar kepada Peserta untuk makluman.

Maklumat tentang Lebihan akan dipaparkan di dalam laman web korporat PruBSN.

2. Apakah kaedah pembayaran kepada Peserta yang layak menerima Agihan Lebihan?

Bagi sijil-sijil yang berkuatkuasa, Agihan Lebihan akan dibayar kepada akaun pelaburan peserta; Akaun Unit Peserta (PUA), Akaun Khas Individu (ISA) atau Akaun MaxiShield (MSA).

Bagi sijil-sijil yang tidak berkuatkuasa, Agihan Lebihan akan dibayar melalui e-kredit ke dalam akaun bank terakhir yang didaftarkan.  

Sekiranya kami tidak mempunyai butiran akaun bank anda, SMS/Surat akan dihantar kepada anda yang meminta anda mengemas kini butiran akaun bank anda.

Sekiranya jumlah Agihan Lebihan kurang dari RM10 tanpa sebarang butiran akaun bank, Agihan Lebihan akan disalurkan kepada badan kebajikan yang diuruskan oleh badan amal PruBSN iaitu PruBSN Prihatin, dan tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Syariah PruBSN.

3. Sijil saya masih berkuatkuasa. Bolehkah saya meminta untuk mendapatkan wang tunai dan bukannya melabur semula ke dalam akaun pelaburan sijil saya?

Tidak, anda tidak boleh berbuat demikian. Kami masih akan membayar ke akaun pelaburan sijil anda mengikut ketentuan dalam dokumen sijil anda.