Perkhidmatan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

 

Pelanggan yang dihormati,

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Prudential BSN Takaful telah menutup semua perkhidmatan cawangan kami buat sementara waktu dan telah mengambil langkah-langkah berikut bagi memastikan perkhidmatan kami diteruskan dan pada masa yang sama, mengutamakan keselamatan dan kesihatan pelanggan kami.

Pembayaran Dalam Talian bagi
Bayaran Sumbangan Takaful

Pelanggan yang dahulunya membuat pembayaran di cawangan kami kini boleh menggunakan saluran dalam talian berikut dengan selamat dan mudah:

Permohonan Tuntuntan

Anda boleh mengemukakan tuntutan melalui e-tuntutan kepada Perunding Takaful PruBSN atau e-mel borang tuntutan lengkap bersama semua dokumen sokongan yang relevan ke dmc@prubsn.com.my. Untuk memahami keperluan tambahan yang diperlukan oleh Syarikat bagi tuntutan anda, sila rujuk portal PruBSN Touch.
(Ini hanya terhad kepada tuntutan yang sudah dihantar dan BUKAN untuk permohonan tuntutan baru).

Penyerahan Permintaan Perkhidmatan

Anda boleh meminta bantuan daripada Perunding Takaful PruBSN anda untuk e-tuntutan, atau memuat turun pelbagai borang permohonan perkhidmatan dari Laman Web Korporat kami. Pelanggan hanya perlu mengisi borang dan e-mel ke dmc@prudential.com.my 

PENTING: Untuk melindungi data peribadi pelanggan kami dan memastikan ketulenan permintaan pelanggan, kami hanya akan menerima borang yang diterima dari alamat e-mel pelanggan yang telah berdaftar dengan Syarikat kami. Untuk mengelak sebarang kelewatan, sila kemas kini alamat e-mel anda di PruBSN Touch.

Pembayaran Sijil dan Pembayaran Pulangan

Kami akan membuat pembayaran sijil/pembayaran pulangan melalui pemindahan bank dalam talian kerana kami telah menghentikan pengeluaran cek sepanjang tempoh PKP. Sila kemas kini butiran akaun bank anda dengan kami dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

i. Log masuk ke  PruBSN Touch

ii. Pilih menu Sijil > Senarai Sijil > Fasiliti E-Kredit > Daftar/Ubah Maklumat E-Kredit.

Komunikasi Berkaitan Sijil

Perkhidmatan surat-menyurat akan dihantar secara berperingkat dan kemungkinan akan ada kelewatan sewaktu tempoh PKP ini.

Akses kepada Maklumat Sijil

Anda juga boleh mengakses maklumat sijil anda, melakukan transaksi layan diri dan membuat pembayaran sumbangan secara dalam talian melalui PruBSN Touch

Pusat Khidmat Pelanggan kami yang beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (tidak termasuk Cuti Umum) bersedia untuk membantu anda sekiranya memerlukan bantuan untuk mengakses perkhidmatan dalam talian kami. Hubungi kami di 03 - 2053 7188 atau e-mel ke customer@prubsn.com.my

Kami juga ingin memberikan jaminan bahawa perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) kami kekal berkhidmat 24/7 untuk pengeluaran Surat Pra-Kebenaran Kemasukan Hospital bagi rawatan perubatan atau kemasukan hospital.

Pastikan anda berada di rumah, kekal sihat dan selamat, sementara kami terus berkhidmat membantu anda.

Back to Top