Pelancaran perpustakaan mini ABACAW at Madrasah Khadimuddin

Usaha Tanggungjawab Sosial Korporat kami diteruskan di Johor Bahru dengan pelancaran perpustakaan mini di rumah anak yatim Madrasah Khadimuddin. Inisitatif itu adalah sebahagian daripada program 'A-Book, A-Child, A-Week' (ABACAW) dalam usaha untuk memupuk tabiat membaca di peringkat awal. Anak-anak di rumah tersebut ternyata gembira menerima hadiah itu dan turut sama membantu para sukarelawan PruBSN menyiapkan perpustakaan mini itu. Perpustakaan tersebut dilengkapi dengan pelbagai buku serta alat bantuan pembelajaran dan peralatan sukan yang telah dipilih dengan teliti untuk memenuhi kumpulan umur yang berbeza.

Back to Top