Pelancaran perpustakaan mini ABACAW di Markaz Tahfiz Al-Aitam

Markaz Tahfiz Al-Aitam di Kota Bharu, Kelantan, telah dipilih sebagai salah satu daripada rumah kebajikan PruBSN dan penerima perpustakaan mini bagi program Tanggungjawab Sosial Korporat, 'A-Book, A-Child, A-Week' (ABACAW). Rumah kebajikan itu menyediakan tempat tinggal dan keperluan asas untuk 56 pelajar lelaki berusia dari 6 hingga 20 tahun. Kami percaya pendidikan mampu membawa anak-anak ini serta komuniti mereka keluar dari kepompong kemiskinan. PruBSN komited untuk memberikan sokongan kepada pembangunan intelektual para pelajar melalui tabiat membaca dan merealisasikan sebuah masyarakat yang mengamalkan budaya membaca.

Back to Top