Pelancaran perpustakaan mini ABACAW di Pertubuhan Rahoma Darul Fakir

Susulan daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat kami 'A-Book, A-Child, A-Week' (ABACAW), kami telah menubuhkan sebuah lagi perpustakaan mini di Pertubuhan Rahoma Darul Fakir di Kuala Lumpur. Rumah tersebut menyediakan tempat tinggal dan keperluan asas untuk 35 pelajar perempuan berusia dari 8 hingga 17 tahun. Kami percaya pendidikan mampu membawa anak-anak ini serta komuniti mereka keluar dari kepompong kemiskinan. PruBSN komited untuk memberikan sokongan kepada pembangunan intelektual para pelajar melalui tabiat membaca dan merealisasikan sebuah masyarakat yang  mengamalkan budaya membaca.

Back to Top