Pelancaran perpustakaan mini pertama ABACAW di Pusat Jagaan Suci Rohani

PruBSN telah melancarkan program Tanggungjawab Sosial Korporatnya iaitu ‘A-Book, A-Child, A-Week' (ABACAW) dan membuka perpustakaan mini yang pertama di Pusat Jagaan Suci Rohani di Bandar Utama, Selangor. Pelancaran itu telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Raslin bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Encik Azim Mithani. Rumah tersebut menerima perpustakaan mini yang dilengkapi dengan lebih 100 buku dan dua buah komputer untuk kegunaan anak-anak yatim tersebut untuk membantu pembelajaran mereka serta menanam tabiat membaca dalam diri mereka. Kami memastikan bahawa rumah kebajikan dan perpustakaan mini ABACAW berhampiran dengan cawangan kami untuk memberi kemudahan kepada pekerja dan ejen kami menyumbangkan usaha mereka ke arah program ini.

Back to Top