PruBSN tambah ganjaran kepada pelajar kurang berkemampuan di Kuala Kangsar atas kecemerlangan UPSR

2016_KK_1 (Main)

2016_KK_2

2016_KK_3

2016_KK_4

2016_KK_1 (Main)
2016_KK_2
2016_KK_3
2016_KK_4

Tiga daripada lima pelajar kurang berkemampuan dari sekitar Kuala Kangsar yang ditaja oleh PruBSN sejak Februari 2014, telah diberikan dana amanah akademik tambahan baru-baru ini atas pencapaian 5A mereka dalam peperiksaan UPSR tahun lalu. Sebagai tambahan kepada RM17,800 yang telah diterima sebelum ini, setiap pelajar turut menerima RM12,900 bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran di peringkat menengah rendah. Dana amanah akademik ini adalah sebahagian daripada program Pengagihan Zakat & Kebajikan yang diuruskan oleh badan amal bukan berasaskan keuntungan kami, PruBSN Prihatin. Satu upacara telah diadakan di Ipoh bagi menyampaikan cek kepada para pelajar cemerlang iaitu Intan Nur Qhairisha Roslan dari Sekolah Kebangsaan Temin,  Mohamad Izwan Mohamed Tajuddin dari Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi dan Maneessa Chandrasekaran dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Gandhi Memorial.

Back to Top