PruBSN taja pelajar sekolah rendah kurang berkemampuan di Pasir Gudang

2016_PasirGudang_1 (Main)

2016_PasirGudang_2

2016_PasirGudang_3

2016_PasirGudang_4

2016_PasirGudang_5

2016_PasirGudang_1 (Main)
2016_PasirGudang_2
2016_PasirGudang_3
2016_PasirGudang_4
2016_PasirGudang_5

PruBSN Prihatin di bawah program Tanggungjawab Zakat Korporat meneruskan pembiayaan biasiswa untuk 20 lagi kanak-kanak sekolah rendah dari lapan buah sekolah di sekitar Pasir Gudang, Johor. Kami berterima kasih atas layanan serta usahasama dari pihak Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang dalam memastikan usaha kami disalurkan kepada kanak-kanak yang paling layak menerima bantuan. Di samping wang amanah yang disalurkan melalui akaun simpanan rakan usahasama kami, Bank Simpanan Nasional, setiap kanak-kanak turut menerima komputer riba yang dibina dengan perisian untuk membantu pelajaran mereka. Kami berharap pelajar-pelajar ini akan meneruskan pelajaran ke peringkat yang tertinggi dan turut menyumbang kepada komuniti mereka di masa hadapan.

Back to Top