Web_Micro-Header_BM

Sebagai sebahagian daripada komitmen dan usaha yang berterusan untuk membangunkan serta memperkasakan komuniti, PruBSN Prihatin  kini menyediakan PruBSN Microtakaful Jariyah  kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dengan e-KasihPruBSN Prihatin  telah bekerjasama dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri untuk mengenalpasti keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dengan e-Kasih berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan.

 

Penerangan Produk

Perlindungan asas yang menyediakan bantuan kewangan segera kepada keluarga miskin tegar dan miskin sekiranya berlaku kematian kepada ketua keluarga (pencari nafkah). Bantuan kewangan ini dapat membantu kelangsungan hidup bagi keluarga yang ditinggalkan.

 

Kelayakan

  • Berdaftar dengan e-Kasih di bawah kategori keluarga miskin tegar atau miskin.
  • Ketua isi rumah.
  • Umur kemasukan antara 19 hingga 50 tahun.

Ciri-Ciri Unik

  • Perlindungan percuma selama 1-tahun untuk manfaat kematian sebanyak RM10,000 atas semua sebab kematian (kecuali bunuh diri).
  • Penawaran atas dasar Tawaran Penerimaan Dijamin (GIO); tiada pengunderaitan diperlukan.
  • Setiap penerima akan diberikan surat ringkas dan kad PruBSN Microtakaful Jariyah.
  • Proses tuntutan yang mudah dan cepat serta tanpa tempoh menunggu.
  • Semua tuntutan akan dibayar terus secara elektronik ke dalam akaun bank penama supaya keluarga akan mendapat bantuan kewangan segera.
  • Saluran komunikasi khusus untuk sebarang pertanyaan dan pemberitahuan tuntutan.

Proses Tuntutan

  • Hubungi mana-mana saluran komunikasi dan hantar dokumen yang diperlukan seperti: 

- Sijil kematian Orang Yang Dilindungi (Penerima PruBSN Microtakaful Jariyah
- myKAD Penama
- Maklumat bank Penama serta nombor telefon dan alamat Penama

Saluran Komunikasi

Back to Top