Tajudin

Md Tajuddin Md Isa

Md Tajuddin Md Isa telah dilantik sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah PruBSN pada 11 Disember 2017. Beliau merupakan lulusan Sekolah Pegawai Kadet, Tentera Darat Australia, Portsea, Victoria, Australia pada 1978 dan ditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Leftenan Muda dalam Rejimen Askar Melayu Diraja Angkatan Tentera Malaysia. Beliau meletakkan jawatannya dalam Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 1986 dengan pangkat Kapten dan meneruskan pengajian perundangan di University of Sheffield, England, United Kingdom. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua (atas) LL.B (kepujian) pada tahun 1989 dan kemudian memperolehi Sijil Amalan Guaman daripada Lembaga Kelayakan Profesion, Undang-Undang dan kemudiannya didaftaraikan sebagai peguambela dan peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya pada 1991.

Beliau memulakan kerjaya sebagai peguam di Tetuan Zain & Co pada 1991 dan seterusnya memulakan firma guaman sendiri sebagai Rakan Pengurusan di Tetuan Md Tajuddin & Co, Advocates & Solicitors, Kuala Lumpur. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang litigasi, korporat dan pemindahhakkan dengan penekanan dalam bidang Perbankan Islam sejak 1991. Beliau memperoleh Diploma Lepasan Ijazah dalam Perbankan dan Kewangan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 2008. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah, Bank Simpanan Nasional, Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah Bank Simpanan Nasional, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Dana Amal Jariah dan ahli panel Jawatankuasa Tatatertib, Peguambela & Peguamcara.

Card_BOD_Lilian

Lilian Ng Lup-Yin

Lilian Ng telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif PruBSN pada 8 September 2017.

Lilian menyertai Prudential Assurance Company Limited di Hong Kong pada 1994 dan telah bersama Kumpulan Prudential selama 20 tahun. Beliau turut dilantik sebagai Ketua Eksekutif, Insurans di Prudential Corporation Asia (PCA) pada Jun 2015. Sebagai Ketua Eksekutif, Insurans PCA, Lilian bertanggungjawab ke atas pengurusan keseluruhan rangkaian unit perniagaan insurans Prudential di serata Asia. Beliau juga merupakan Pengarah di Prudential Assurance Malaysia Berhad.

Ezam

Ezamshah Ismail

Ezamshah merupakan seorang ahli akademik yang berpengalaman luas dalam industri insurans dan takaful. Beliau bertugas sebagai pensyarah di International Center for Education in Islamic Finance (INCEIF), Malaysia, dalam Pengurusan Risiko & Takaful, dan merupakan Dekan di Fakulti Kajian Profesional di INCEIF.

Ezamshah memegang Ijazah Sarjana Sains Aktuari dari North Eastern University, Boston, Amerika Syarikat, serta Sijil Undang-undang Syariah dan LLM Pengurusan Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga adalah ahli bersekutu Society for Actuaries (Amerika Syarikat), Perancang Kewangan berdaftar (RFP, MFPC) dan ahli di International Centre for Leadership in Finance (ICLIF).

Sebelum ini, beliau bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad dan Commerce Life Assurance Berhad selama 14 tahun di mana beliau telah memainkan peranan penting dalam membangunkan operasi takaful syarikat tersebut. Beliau turut memegang pelbagai peranan perundingan dan pengurusan bersama Mercer Consulting Group (Amerika Syarikat). Ketika menjadi Presiden di Life Insurance Association Malaysia (LIAM), Ezamshah terlibat secara aktif dalam pembentukan Life Reinsurance Company (MLRe) dan merupakan pengerusi yang pertama. Ezamshah juga merupakan Presiden pertama Malaysian Financial Planning Council (MFPC) serta Naib Presiden Malaysian Takaful Association (MTA).

Beliau kini  adalah Pengarah di Institut Insurans Malaysia dan Harlow’s & MGI Sdn Bhd. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah di RGA Global Re (Takaful, Labuan) dan Ayady Takaful (Maldives) serta Pengerusi Lembaga Peperiksaan Takaful (MTA/IBFIM).

Yunos

Datuk Yunos Abd Ghani

Datuk Yunos bin Abd Ghani dilantik sebagai Ketua Eksekutif, Bank Simpanan Nasional pada 1 Disember 2017. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda dalam BA (Kewangan) dari Eastern Michigan University, Amerika Syarikat pada tahun 1985.

Beliau memulakan kerjaya pada tahun 1985 sebagai Pegawai Kredit Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB). Pada tahun 1996, beliau telah ditugaskan ke Jepun dan dilantik sebagai Pengurus Besar BBMB, Cawangan Tokyo. Setelah empat tahun berkhidmat di Jepun, beliau kemudian dilantik sebagai Pengurus Besar Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) Cawangan Luar Pesisir Labuan dan jawatan terakhir beliau adalah Naib Presiden dan Ketua Perbankan Pengguna BMMB di Kuala Lumpur. Selama tempoh 20 tahun tersebut, beliau telah memperoleh pelbagai pendedahan dan pengetahuan yang berharga dalam bidang perbankan.

Pada akhir tahun 2005, Datuk Yunos telah menyertai BSN dan memegang jawatan sebagai Pengarah, Operasi Perbankan. Pada September 2006, beliau menyertai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sehingga Mac 2010.

Pada masa kini, Datuk Yunos adalah Pengarah di BSNC Corporation Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad dan Permodalan BSN Berhad. Beliau merupakan Bendahari Persatuan Badan-Badan Berkanun Malaysia dan Ahli Majlis Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM).

Mazidah

Mazidah Abdul Malik

Mazidah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Eksekutif Undang-undang (Undang-undang Perbankan) daripada Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Beliau juga memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada Ohio University, Amerika Syarikat dan Sijil Perancangan Kewangan Islam daripada Institut Perbankan dan Kewangan, Malaysia.

Mazidah telah berkhidmat selama lebih 30 tahun bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan pernah bertugas di Pejabat Perwakilan di New York dan London, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan dan Pusat Pendidikan Antarabangsa Kewangan Islam. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam operasi pasaran wang serta perdagangan dan pelaburan dalam pasaran pendapatan tetap antarabangsa dengan 16 tahun pengalaman di Jabatan Perbendaharaan BNM. Mazidah juga pernah berkhidmat di jabatan lain BNM dalam pelbagai jawatan dengan pendedahan mengenai isu-isu berkaitan dengan dasar makroekonomi, pengurusan risiko, komunikasi dan hubungan antarabangsa. Beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah Alliance Investment Bank Berhad, Bursa Malaysia Securities Berhad dan Bursa Malaysia Securities Clearing Sdn Bhd.

 

Back to Top