PruBSN terima anugerah "Best Newcomer Contact Centre"

our-events-2012

our-events-2012

Kuala Lumpur, 12 Oktober 2012 – PruBSN muncul pemenang di tempat kedua untuk menerima anugerah "Best Newcomer Contact Centre" pada majlis 'Malaysia 13th Customer Relationship Management and Contact Centre Awards (Anugerah CCAM), yang berlangsung pada Jumaat lepas di Hotel Istana.

Anugerah tahunan yang diaudit oleh Asia Pasifik Persatuan Pusat Perhubungan Pemimpin (APCCAL) ini, memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada para ahli dari industri pusat panggilan di seluruh Malaysia berdasarkan strategi dan organisasi, perkhidmatan yang berkualiti dan optimum, serta proses bahagian sumber manusia, antara lainnnya.

Di dalam cubaan pertama untuk pengiktirafan yang sedemikian, PruBSN berjaya mengungguli 55 penyertaan lain yang turut disertai pelbagai pengendali dari pusat khidmat pelanggan dan pusat panggilan dari pelbagai industri termasuk telekomunikasi, perbankan dan insurans, teknologi maklumat dan lain-lain syarikat khidmat luar. Selepas penilaian pada pusingan kedua, PruBSN telah disenarai pendek untuk menyertai 22 calon lain untuk mara ke pusingan ketiga. PruBSN kekal unggul untuk bersaing bersama syarikat gergasi Shell sebagai finalis dan akhirnya berjaya merangkul tempat yang kedua. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan untuk peserta kali pertama seperti PruBSN.

Tahniah kepada unit Pusat Panggilan untuk pencapaian cemerlang ini!

Back to Top