Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN raih anugerah Takaful CEO Terbaik

our-events-20130703

our-events-20130703

Kuala Lumpur, 3 Julai 2013PruBSN hari ini berbesar hati mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Encik Azim Mithani, telah memenangi anugerah Takaful CEO Terbaik The Asset di bawah kategori Anugerah Kepimpinan Industri. Penghormatan ini mengiktiraf sumbangan beliau terhadap pembangunan industri takaful di Malaysia menerusi pelbagai inisiatif dan inovasi produk dan dalam memacu kejayaan PruBSN. Upacara penyampaian anugerah ini telah berlangsung di Hotel InterContinental, Kuala Lumpur.

Encik Azim yang telah berkecimpung dalam industri Insurans dan Takaful selama 21 tahun menganggap penganugerahan ini mengiktiraf usaha keras, dedikasi dan komitmen dari teman–teman sekerjanya, serta ejen-ejen di PruBSN. Mengulas mengenai anugerah itu beliau berkata, “Alhamdulillah, anugerah ini merupakan satu penghormatan buat saya. Tetapi lebih dari itu, anugerah ini adalah testimoni untuk para wargakerja, ejen-ejen dan rakan kongsi, serta kesemua usaha yang telah dilakukan oleh kami sebagai sebuah Syarikat, bagi memenuhi keperluan kewangan warga Malaysia. Kami melindungi dan berkhidmat untuk hampir 2% dari populasi di Malaysia. Fokus kami tertumpu sepenuhnya ke atas pelanggan kami dan tugas kami di sini adalah untuk memastikan yang kesemua yang kami lakukan menjurus kepada tujuan tersebut dan memenuhi kesemua permintaan ini.”

Majalah The Asset turut mengiktiraf Encik Azim sebagai pemangkin dalam meningkatkan tahap profesionalisme di kalangan ejen-ejen PruBSN dan sentiasa memastikan piawaian rangka kerja korporat dan tadbir urus Syariah yang tinggi dikekalkan di dalam Syarikat.

Di bawah pengawasan beliau, PruBSN telah menyaksikan pertumbuhan pesat dan meraih kejayaan dengan beberapa pencapaian utama yang ketara dalam industri ini, yang merangkumi produk hingga ke khidmat penyelesaian pelanggan. Syarikat ini juga telah meraih kedudukan Pengendali Takaful terkemuka selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2011 dan 2012.

"Kami akan terus memacu PruBSN dengan menumpukan kepada strategi-strategi utama kami, meningkatkan profesionalisme dalam saluran pengedaran dan maju ke hadapan dengan proposisi pelanggan yang lebih kukuh," kata Encik Azim.

Anugerah Kewangan Islam The Asset 2013 telah dianjurkan oleh Majalah The Asset, sebuah syarikat penerbitan dan penyelidikan yang berpangkalan di Hong Kong. Anugerah bertaraf antarabangsa ini memberi penghormatan kepada institusi-institusi kewangan berasaskan Syariah dan para pemimpin dari seluruh dunia dalam pelbagai kategori dan merupakan tumpuan utama dalam kalendar acara Kewangan Islam.

Back to Top