Kempen terbaru PruBSN menggalakkan gaya hidup sihat

our-events-20130930

our-events-20130930

Kuala Lumpur, 13 September 2013PruBSN menganjurkan PruBSN Step It Up Challenge bermula 13 sehingga 16 September di Pusat Membeli-belah One Utama dengan satu matlamat utama - untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan dan menggalakkan warga Malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat - sejajar dengan produk inovatif terbaru PruBSN, pelan perubatan HealthEnrich.

Cabaran ini yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mengambil bahagian dalam dua ujian kecergasan yang melibatkan larian dan lompatan, yang mana para peserta perlu menandingi skor yang telah dicapai oleh pemandu Formula 3 Malaysia dan duta jenama PruBSN, Nabil Jeffri. Pemenang cabaran ini akan ditentukan berdasarkan skor tertinggi.

Pendaftaran untuk cabaran ini yang telah diumumkan di laman rasmi Facebook dan saluran YouTube PruBSN juga dibuka kepada pengunjung yang hadir di Pusat Membeli-belah One Utama bermula 11 September 2013, dengan hadiah misteri diberikan kepada 200 peserta pertama yang mendaftar untuk cabaran ini. Pelancaran rasmi pelan HealthEnrich dan PruBSN Step It Up Challenge juga telah diadakan di tempat yang sama hari ini.

Mengulas mengenai sambutan orang ramai terhadap PruBSN Step It Up Challenge ini, Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Encik Azim Mithani berkata cabaran ini telah berjaya menarik lebih 200 pendaftaran peserta dalam tempoh dua minggu pertama sejak ia dilancarkan.

“Kami bangga dapat menawarkan Takaful Untuk Semua dan dalam berbuat demikian, kami percaya adalah penting bagi produk yang kami tawarkan kekal unik dan memberikan kehidupan yang lebih baik untuk para pelanggan kami. Kami menyedari tentang kepelbagaian gaya hidup warga Malaysia dan kami berbesar hati melancarkan HealthEnrich untuk manfaat warga Malaysia. Pada masa yang sama, kami ingin mendekati orang ramai dan kempen PruBSN Step It Up Challenge ini membolehkan kami berkongsi tips kesihatan dengan orang ramai dan seterusnya mereka berpeluang untuk mendapatkan maklumat tentang kelebihan pelan inovatif ini bagi disesuaikan dengan keperluan perubatan mereka," tambah Encik Azim.

Pada bulan Julai yang lalu, PruBSN telah melancarkan pelan HealthEnrich yang unik dan direka untuk memenuhi keperluan perubatan peribadi setiap individu. Terdapat empat pelan di bawah HealthEnrich iaitu HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced dan HealthEnrich Premier, yang menyediakan perlindungan perubatan yang komprehensif dan perkhidmatan penjagaan berkualiti tinggi.

Pengunjung acara ini boleh menikmati pemeriksaan kesihatan percuma yang dianjurkan bersama dengan panel hospital PruBSN sehingga 16 September 2013. Untuk kemudahan pengunjung, sudut kanak-kanak disediakan di lokasi sepanjang tempoh acara.

Maklumat lanjut mengenai pelan HealthEnrich ini boleh didapati di laman web rasmi PruBSN di www.prubsn.com.my.

Back to Top