Para ejen dan kakitangan cemerlang PruBSN nikmati percutian percuma ke Switzerland

2013_Swiss Trip_040313

2013_Swiss Trip_040313

Switzerland, 4 Mac 2013 – Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) baru-baru ini menerbangkan 63 ejen-ejennya untuk percutian selama seminggu ke negara yang terkenal dengan coklat dan jam tangan, Switzerland. Percutian insentif ini merupakan sebahagian dari inisiatif PruBSN untuk mengiktiraf prestasi cemerlang para ejennya yang mengambil bahagian dalam cabaran ELITE tahun lepas. Turut menyertai percutian itu adalah pemenang PruBSN Employee of the Year 2012, Mad Rizal bin Abu Bakar, yang meraih anugerah tersebut berdasarkan bilangan undi tertinggi dari wargakerja PruBSN dan ulasan memberangsangkan dari panel hakim.

"Percutian ini adalah ucapan terima kasih kami kepada ejen dan wargakerja PruBSN di atas kesungguhan dan dedikasi mereka dalam merealisasikan matlamat PruBSN sebagai pengendali takaful terkemuka negara ketika ini. Mereka benar-benar layak menerima percutian ini dan saya berharap mereka akan pulang dengan motivasi baru untuk bekerja lebih keras bagi mencapai matlamat mereka untuk tahun ini dan seterusnya," kata Encik Azim Mithani, Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN yang turut menyertai para ejen dan kakitangannya di Switzerland.

Ketika kebanyakan kita cuma mampu bermimpi untuk ke Switzerland, ejen-ejen dan kakitangan PruBSN menimba pengalaman istimewa dengan melawat kilang coklat, muzium tempatan serta Istana Chillon yang terkenal terletak di pesisir pantai Geneva. Mereka juga seronok menaiki kenderaan musim sejuk sambil menikmati keindahan landskap Switzerland yang menakjubkan.

Encik Razlan Md Shariff, salah satu pengurus agensi cemerlang PruBSN, adalah antara individu komited yang layak menerima percutian tersebut.

"Ini merupakan percutian terbaik yang pernah saya sertai setakat ini - makanan, penduduk serta pemandangannya amat mengagumkan. Saya lebih bersemangat untuk mencapai sasaran saya dan merekrut ejen-ejen yang lebih berkualiti untuk menyertai organisasi hebat ini. PruBSN terus kukuh sebagai pengendali takaful terkemuka dan memacu perniagaannya secara inovatif untuk mengubah landskap takaful tempatan," Razlan mengulas.

Sehingga kini, PruBSN memiliki hampir 12,000 ejen yang berkhidmat untuk lebih dari 520,000 pelanggannya di seluruh negara. Strategi PruBSN yang fokus, ditambah pula dengan kekuatan agensinya yang semakin meningkat, membolehkan syarikat itu untuk memperluaskan pengedarannya sekaligus menjangkau pelanggan dari pelbagai agama, bangsa dan kepercayaan. Prestasi kukuh PruBSN turut didorong oleh budaya inovatifnya yang penting untuk mendahului persaingan.

Back to Top