Penyelesaian mudah alih dan aplikasi telefon pintar terbaru PruBSN bawa takaful ke tahap lebih maju

our-events-20140219

our-events-20140219

Kuala Lumpur, 19 February 2014 – Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) memperkenalkan inovasi digital terbaru berupa penyelesaian jualan menggunakan peranti tablet yang dipanggil PruBSN Mobility dan aplikasi telefon pintar yang dikenali sebagai PruBSN Navigator. Kedua-dua aplikasi ini bertujuan untuk membekalkan para pengedar dengan penyelesaian yang canggih serta meningkatkan perkhidmatan pelanggan syarikat itu, sekaligus membawa pengendali takaful terkemuka itu ke tahap yang lebih membanggakan.

PruBSN Mobility merupakan satu aplikasi tablet sehenti yang direkabentuk khas untuk para pengedar PruBSN dan mula diperkenalkan kepada sekumpulan pengedar terpilih pada Disember 2013. Penyelesaian ini merupakan peranti agnostik yang serasi dengan semua platform termasuk iOS dan juga Android.

Selain itu, penyelesaian jualan ini juga menawarkan suatu pengalaman yang baru kepada pelanggan di samping memberikan kesenangan dan fleksibiliti kepada para ejen dan pengedar.

Melalui aplikasi ini, proses jualan boleh dilakukan dengan mudah, efisien dan tepat. Aplikasi ini turut memudahkan para ejen serta pengantara lain untuk mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan PruBSN dengan lebih meluas. Untuk para pelanggan pula, mereka tidak perlu lagi menghabiskan masa untuk mengisi borang dan secara langsung dapat memainkan peranan dalam mengurangkan pelepasan hasil karbon dengan tidak lagi menggunakan dokumen fisikal.

Aplikasi ini direka khusus mengikut keperluan agar para pengedar dapat menawarkan penyelesaian takaful inovatif daripada syarikat tersebut pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Tambahan lagi, kit pemasaran digital komprehensif yang terdapat di dalam aplikasi ini juga membantu para pengedar memberi khidmat rundingan kepada pelanggan secara dinamik dan professional, sekaligus menolong para pelanggan untuk membuat keputusan dengan lebih baik ketika memilih perlindungan yang bersesuaian mengikut kehendak dan cara hidup mereka. Hanya melalui beberapa langkah mudah, para ejen boleh menjana sebutharga yang tepat berdasarkan maklumat-maklumat dan profil-profil pelanggan. Setelah kesemua butiran tersebut diserahkan, pelanggan boleh memiliki perlindungan takaful seawal satu jam sahaja.

PruBSN Mobility merupakan contoh bagaimana teknologi boleh dimanfaatkan dalam cara yang sebenar dengan menempatkan kepentingan pelanggan kami di dalam apa jua yang kami lakukan dan pada masa yang sama, menggandakan impak terhadap perniagaan kami dalam pelbagai aspek. Selain menjadikan perniagaan kami lebih efisien, fungsi-fungsi automatik telah mengurangkan kesan kami terhadap alam sekitar, apabila kami tidak lagi bergantung kepada penggunaan kertas. Aplikasi ini mampu mengubah serta memudahkan cara perniagaan kami dijalankan, tetapi apa yang lebih penting lagi ialah ia akan memberikan pelanggan perkhidmatan yang layak mereka nikmati,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Encik Azim Mithani.

PruBSN Navigator adalah aplikasi telefon pintar yang menyediakan maklumat mengenai rangkaian hospital syarikat itu serta pelbagai perkhidmatan yang berkaitan seperti maklumat perhubungan hospital, kepakaran dan kemudahan-kemudahan yang disediakan, doktor-doktor yang bertugas di hospital itu serta anggaran harga bilik.

Sebagai khidmat tambahan untuk komuniti, aplikasi ini turut menggunakan fungsi Sistem Kedudukan Sejagat (Global Positioning System, GPS) untuk membantu pengguna tiba ke hospital pilihan mereka dan ia juga dilengkapi dengan peringatan kalendar agar jadual harian mereka kekal teratur. Fungsi satu sentuhan akan memudahkan pengguna untuk membuat panggilan terus ke hospital dan amat berguna ketika waktu kecemasan. PruBSN Navigator kini disediakan secara percuma untuk semua dan boleh dimuat turun dari App Store dan Google Play.

PruBSN Mobility and Navigator wujud hasil daripada tindakbalas kami terhadap persekitaran teknologi yang sentiasa berubah dan kepelbagaian keperluan pelanggan kami. Pelaburan kami terhadap platform digital ini akan memastikan bahawa tawaran-tawaran takaful kami kekal relevan kepada para pelanggan sedia ada dan juga kepada yang akan datang. Kami juga percaya aplikasi-aplikasi ini akan memberikan pengedar kami daya saing dalam erti kata sebenar dan meningkatkan produktiviti mereka,” komen Encik Azim Mithani.

Back to Top