PruBSN lakar nama di dalam Malaysia Book of Records

our-events-20151002

MBR_1

MBR_2

MBR_3

MBR_4

MBR_5

MBR_6

MBR_7

our-events-20151002
MBR_1
MBR_2
MBR_3
MBR_4
MBR_5
MBR_6
MBR_7

Cherating, 2 Oktober 2015 - Hari Sabtu yang berjerebu tidak mematahkan semangat wargakerja Prudential BSN Takaful (PruBSN) yang telah berkumpul di Pantai Cherating untuk aktiviti tahunan syarikat itu. Mereka juga berada di situ untuk satu misi istimewa iaitu mencatat rekod kebangsaan baru bagi Pembersihan Pesisir Pantai Terpanjang.

“Misi ini amat bermakna buat kakitangan kami dan juga komuniti. Pengalaman ini telah membawa banyak pengajaran penting tentang semangat berpasukan, disiplin diri, ketabahan dan tanggungjawab atas setiap perbuatan yang dilakukan. Walaupun sekiranya kami tidak berjaya memecahkan rekod Malaysia Book of Records (MBR) sekalipun, kami tetap berbangga mengetahui apa yang kami lakukan ini adalah untuk tujuan yang baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Encik Aman Chowla.

Dua bulan sebelum itu pada bulan Ogos 2015, misi yang sama telah diadakan dengan usaha lebih 2,000 peserta daripada beberapa badan bukan kerajaan. Mereka telah mengumpulkan sejumlah 12.7 tan metrik sampah dalam masa empat (4) jam yang merangkumi 11.6 kilometer (km) dari Pantai Temasek ke Pantai Kerteh. Mencipta rekod baru juga bermaksud mengatasi cabaran yang lebih besar. Untuk PruBSN, ini melibatkan pembersihan sepanjang 30 km di pesisiran Pantai Cherating dalam masa tiga (3) jam dengan pertolongan 350 wargakerja PruBSN untuk melayakkan nama mereka terlakar dalam sejarah.

“Strategi kami adalah membahagikan para peserta kepada beberapa kumpulan untuk membolehkan mereka membersihkan kawasan yang lebih kecil. Dengan cara itu, perkara yang nampak mustahil boleh dicapai dengan mudah,” tambah Encik Aman.

Pada malam itu, kesemua warga PruBSN diraikan dalam jamuan makan malam yang dimeriahkan dengan persembahan warga PruBSN sendiri dan artis tempatan. Malam tersebut ternyata menjadi satu memori yang akan sentiasa diingati oleh kakitangan PruBSN kerana usaha keras mereka telah berjaya menempatkan nama mereka dalam sejarah seperti yang disahkan oleh para pegawai MBR. PruBSN bukan sahaja berjaya membersihkan kawasan dalam tempoh kurang dari tiga (3) jam tetapi turut melepasi jarak pembersihan awal yang merangkumi 33 km.

Syarikat itu yakin bahawa rekod baru yang berjaya dicatat itu akan menghasilkan perbualan serta membangkitkan usaha daripada masyarakat untuk terus melindungi dan memelihara ekosistem di masa hadapan. Melalui inisiatif berterusan daripada komuniti, keindahan dan tarikan pesisiran Pantai Cherating boleh kembali seperti sediakala, di mana hidupan marin dan komuniti tempatan hidup makmur dam habitat semulajadi mereka tanpa gangguan sampah sarapla.

“Di seluruh perniagaan kami dan komuniti yang kami bantu, kami berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang membolehkan masyarakat menyelami nilai dan makna dalam kehidupan mereka. Kami teruja untuk memberi lebih sumbangan dan mendalami penglibatan kami di masa hadapan agar rakyat Malaysia lebih berdaya tahan,” Encik Aman merumuskan.

Back to Top