Kecemerlangan PruBSN diiktiraf di Anugerah MTA Takaful StarNite

our-events-20150406-1

our-events-20150406-2

our-events-20150406-3

our-events-20150406-1
our-events-20150406-2
our-events-20150406-3

Kuala Lumpur, 6 April 2015PruBSN sekali lagi diiktiraf oleh Malaysian Takaful Association (MTA) apabila Syarikat itu menerima anugerah dalam 9 kategori yang menjadi rebutan termasuk anugerah Pengendali Takaful Terbaik Perniagaan Agensi Takaful Keluarga, anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat, dan anugerah Pengurus Takaful Muda di upacara anugerah MTA Takaful StarNite baru-baru ini.

Anugerah MTA Takaful StarNite merupakan pengiktirafan penting di Malaysia yang memperakui kecemerlangan kesemua pengendali, para pekerja, agensi-agensi serta para ejen dalam industri takaful. Majlis Anugerah pada tahun ini turut memperingati 30 tahun penubuhan takaful di negara ini.

Dihakimi oleh ahli jawatankuasa Anugerah MTA yang juga merupakan pakar dalam industri, pencalonan kesemua anugerah diadili secara teliti menggunakan metodologi ketat yang menggabungkan faktor-faktor kualitatif dan kuantitatif sebelum para pemenang yang layak dipilih.

Mengulas mengenai kejayaan itu, Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Encik Azim Mithani berkata, “Kami berbesar hati memenangi anugerah-anugerah ini yang merupakan satu pengiktirafan besar buat para ejen, kakitangan dan rakan niaga atas komitmen, professionalisme serta perhatian terhadap para pelanggan dan perniagaan kami.”

Back to Top