PruBSN Prihatin untuk kesejahteraan jangka panjang komuniti

our-events-20150806-1

our-events-20150806-2

our-events-20150806-3

our-events-20150806-1
our-events-20150806-2
our-events-20150806-3

Kuala Lumpur, 6 Ogos 2015PruBSN hari ini telah melancarkan sebuah badan amal yang bukan berasaskan keuntungan dikenali sebagai PruBSN Prihatin. Badan amal itu berfungsi sebagai satu platform yang menyatukan kesemua inisiatif tanggungjawab sosial korporat dan zakat bagi merealisasikan matlamat utamanya untuk membawa perubahan kepada komuniti-komuniti yang dibantu.

PruBSN Prihatin menyokong dua program iaitu Sumbangan Zakat & Kebajikan serta A-Book, A-Child, A-Week. Badan amal itu menyediakan bantuan dari segi kewangan dan manfaat barangan untuk keperluan asas hidup, melanjutkan pendidikan dan membantu meneruskan kehidupan mereka yang menderita akibat penyakit kritikal dan bencana alam. Kedua-dua inisiatif ini adalah sejajar dengan usaha kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 untuk membolehkan peluang sama rata kepada semua rakyat Malaysia dan menyediakan jaringan keselamatan sosial untuk golongan yang kurang berkemampuan.

PruBSN Prihatin dilancarkan di majlis rumah terbuka Hari Raya PruBSN yang berlangsung awal hari ini di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Seramai 2,000 tetamu yang terdiri daripada wargakerja, ejen, pengawal selia, rakan media serta para penerima bantuan PruBSN Prihatin hadir memeriahkan suasana dalam semangat sebenar Eidul Fitri. Perayaan itu merupakan simbolik kepada umat Islam sebagai tanda kesyukuran buat yang Maha Esa atas kekuatan yang dikurniakan untuk berpuasa selama sebulan.

Upacara rumah terbuka itu diinspirasi oleh gaya hidup dan suasana tanah Malaya sekitar era 50-an. Para tetamu turut disambut dengan pameran foto yang menampilkan koleksi gambar kesemua usaha kebajikan PruBSN sejak 2011, beserta sebuah model rumah berskala kecil daripada misi membina semula rumah oleh syarikat tersebut baru-baru ini untuk mangsa-mangsa banjir di Dabung, Kelantan. Sebagai komitmen bersama dalam menyebarkan kebaikan untuk komuniti, setiap tetamu diberikan satu token penanda buku unik yang mewakili derma sebanyak RM5 untuk disalurkan kepada badan-badan kebajikan PruBSN Prihatin yang terpilih.

Penaung PruBSN Prihatin, Encik Aman Chowla berkata, “PruBSN Prihatin adalah kesungguhan kami untuk menghasilkan impak yang positif dalam segenap usaha kami menyokong komuniti. Walaupun kami berusaha keras untuk menolong seramai yang mungkin, kami juga perlu fokus menghasilkan program-program yang mampan bagi membina hubungan yang berkekalan dan membawa impak yang bermakna terhadap komuniti yang kami bantu.”

“Kami telah memainkan peranan proaktif dalam memajukan komuniti dan akan terus menghulurkan bantuan untuk memperbaiki hidup mereka kerana kami percaya impaknya menjangkau generasi seterusnya,” tambah Encik Aman.

Back to Top