PruBSN mengekalkan status Institusi Takaful Terbaik

our-events-20150622

our-events-20150622

Kuala Lumpur, 22 Jun 2015 – Mengulangi kejayaannya pada anugerah Triple A Islamic Finance 2014, Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) sekali lagi diiktiraf sebagai Takaful Institusi Terbaik pada anugerah yang sama tahun ini oleh The Asset, sebuah syarikat penyelidikan dan penerbitan berpusat di Hong Kong. Anugerah itu telah disampaikan pada satu majlis yang berlangsung baru-baru ini di Kuala Lumpur.

PruBSN telah dipilih sebagai pemenang oleh Ahli Lembaga Editorial The Asset berdasarkan perkembangan etos inovasi serta usahanya dalam merevolusikan cara perniagaannya beroperasi. Penilaian ketat dibuat ke atas serahan bertulis dan disusuli dengan sesi temubual.

“Ini merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan buat kami semua yang berkaitan dengan perniagaan ini dan kami amat berbesar hati menerima anugerah ini. Saya juga berterima kasih kepada para warga kerja, ejen dan rakan niaga kami yang membolehkan kami mencapai kemenangan ini. Kami teruja melihat syarikat ini berkembang secara progresif hasil usaha kami yang bersungguh-sungguh membangunkan produk and perkhidmatan yang fokus-pelanggan yang dipacu teknologi. Kami akan terus memajukan perniagaan kami seperti ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Encik Azim Mithani.

Awal tahun ini di majlis Malaysian Takaful Association StarNite Awards, PruBSN telah merangkul pelbagai anugerah termasuk Takaful Operator Terbaik untuk Perniagaan Takaful Agensi Keluarga, Pengurus Takaful Muda dan Tanggungjawab Sosial Korporat. Kesemua pengiktirafan dalam dan luar negara ini menguatkan lagi prospek jangka panjang perniagaan PruBSN untuk meningkatkan penembusan pasaran bagi produk takaful di negara ini.

PruBSN semakin pesat memajukan perniagaannya melalui penyelesaian pusat jualan mudah alih buat para ejen dan pengedarnya sejak Disember 2013 dan kini menawarkan tiga aplikasi telefon pintar sebagai pelengkap gaya hidup golongan masa kini. Sehingga 31 Disember 2014, Pengeluaran Perniagaan Baru syarikat itu berkembang 26.4% tahun-ke-tahun bagi menghasilkan RM340.1 juta dan melaporkan pengagihan pasaran sebanyak 33.1%. Selama empat tahun berturut-turut, PruBSN telah mengekalkan kedudukan Nombor 1 untuk perniagaan Takaful Keluarga seperti yang telah disahkan oleh Insurance Services Malaysia. Syarikat itu baru-baru ini juga telah melancarkan penyelesaian e-kredit untuk bayaran tuntutan sebagai usaha mempercepatkan jangkamasa bayaran tuntutan agar para pelanggan dapat menggunakannya di saat ia paling diperlukan.

Anugerah The Asset Triple A merupakan upacara industri paling berprestij dan telah menjadi salah satu acara khusus paling pesat berkembang dalam industri kewangan global yang mengiktiraf kecemerlangan institusi-institusi kewangan dan para pemimpin industri. Tahun ini meraikan dua dekad semenjak anugerah ini bermula dan kini merupakan satu acara utama dalam kalendar industri Kewangan Islam.

Back to Top