KitaOK_A5_Flyer_BM

Terma & Syarat

 

1. Kempen

1.1 Peraduan Hashtag PruBSN #KitaOK("Peraduan") adalah dianjurkan oleh Prudential BSN Takaful Berhad ("Penganjur").

1.2 Peraduan Hashtag PruBSN #KitaOK bermula pada 1 Februari 2018 dan berakhir pada 31 Mac 2018, 11.59PM termasuk kedua-dua tarikh ("Tempoh Peraduan"). Penyertaan yang diterima selepas tempoh peraduan tidak akan diterima. Penyertaan yang rosak (pautan yang rosak), korup, tidak lengkap atau tidak layak tidak akan diterima dan akan disingkirkan.

1.3 Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk melanjutkan tempoh peraduan pada bila-bila masa tanpa notis awal kepada mana-mana pihak berkaitan. Melainkan diputuskan sebaliknya mengikut budi bicara penganjur, mana-mana penyertaan dalam peraduan semasa tempoh lanjutan (jika ada) akan ditadbir oleh Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini yang akan terus berkuatkuasa dan berkuatkuasa pada setiap masa.

1.4 Penganjur berhak untuk meminda mekanisme peraduan, menarik balik atau menamatkan peraduan ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara penganjur tanpa notis awal atau sebab kepada mana-mana pihak.

1.5 Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk terikat dengan kesemua Terma dan Syarat di bawah.

 

2. Penyertaan

Peraduan ini adalah terbuka kepada:

2.1 Pelanggan yang melanggan PruBSN Anugerah bersama Medic Protector, dengan mengekalkan sijil dengan PruBSN dalam kondisi yang baik, tanpa melanggar Terma dan Syarat atau persetujuan, sepanjang tempoh kempen beserta kriteria berikut:

2.1.1 Sumbangan bulanan minimum sebanyak RM100

2.1.2 Pembayaran sumbangan adalah melalui kad debit atau kredit

2.2 Warganegara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas

2.3. Peserta yang sijilnya dibatalkan, ditamatkan atas sebarang sebab, digantung kerana melanggar atau disyaki melanggar Terma dan Syarat sepanjang tempoh peraduan berlangsung tidak layak untuk menyertai atau menerima apa-apa hadiah atau ganjaran daripada peraduan ini

2.4. Kakitangan Divisyen Pemasaran, Prudential BSN Takaful Berhad tidak layak untuk menyertai peraduan ini di atas dikenali secara kolektif sebagai"Peserta yang layak"

 

3. Peraduan dan Penyerahan Penyertaan

3.1 Untuk menyertai peraduan ini, Peserta yang layak hendaklah menyerahkan penyertaan dengan:

3.1.1 Memuat turun gambar swafoto peserta atau berkumpulan beserta kapsyen/keterangan gambar paling kreatif dengan memasukkan hashtag #PruBSN dan #KitaOK di dalam satu ayat, di halaman peribadi Facebook atau Instagram

3.1.2 Emel tangkapan skrin dan pautan posting ke kitaok@prubsn.com.my sebagai bukti penyertaan beserta butir peribadi

3.2 Peserta yang layak perlu memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor sijil, nombor telefon yang sah dan alamat emel (Penyerahan yang tidak lengkap tidak akan diterima) bersama dengan penyerahan penyertaan ke kitaok@prubsn.com.my

3.3 Peserta yang layak perlu menetapkan tatapan profile halaman Facebook atau Instagram kepada"Awam" sepanjang tempoh peraduan

3.4 Pemenang adalah dipilih berdasarkan penggunaan hashtag #KitaOK dan #PruBSN yang paling kreatif dalam kapsyen/keterangan gambar oleh Jawatankuasa Peraduan PruBSN. Keputusan Jawatankuasa Peraduan PruBSN adalah muktamad. Sebarang pertikaian, rayuan, pertanyaan dan/atau maklumbalas tidak akan dilayan.

3.5 Penyertaan harus menggunakan foto asli peserta peraduan samada secara swafoto atau wefie. Penganjur tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang pelanggaran hak cipta, tuntutan atau penggunaan yang berhubungkait atau tidak dengan peraduan

3.6 Penyertaan tidak boleh mengandungi atau merujuk kepada mana-mana nama, produk atau perkhidmatan oleh mana-mana syarikat, atau entiti atau tanda dagangan pihak ketiga, logo, perdagangan atau promosi untuk apa-apa jenama, produk atau perkhidmatan (selain dari Penganjur)

3.7 Penyertaan yang berunsurkan/mengandungi kandungan lucah, seks eksplisit, pornografi, fitnah atau memfitnah, haram, melanggar sensitiviti kaum, perbalahan, atau mengandungi kandungan yang tidak bersesuaian atau boleh dibangkang, atau tidak berlandaskan pematuhan piawaian Syariah, tidak sepatutnya diserahkan dan Penganjur berhak untuk menolak dan meminta Peserta yang layak untuk membuang atau memadamkan penyertaan mereka pada bila-bila masa tertakluk kepada budi bicara Penganjur.

3.8 Dengan menyerahkan penyertaan, Peserta dan pemilik penyertaan bersetuju untuk memberikan Penganjur hak eksklusif dan kekal ke atas hak cipta dan penggunaan penyertaan atau penyerahan penyertaan untuk simpanan, penerbitan, promosi atau penggunaan komersil serata dunia.

3.9. Semua kos dan perbelanjaan yang berhubung kait dengan penghasilan penyertaan sempena peraduan ini adalah ditanggung sepenuhnya bagi Peserta yang layak.

 

4. Hadiah

4.1 16 pemenang utama akan dipilih untuk memenangi hadiah berikut:

4.1.1 Tempat Pertama-1 tajaan lawatan pergi balik untuk 2 orang ke Perth, Australia bernilai RM10,000

4.1.2 Tempat Kedua-5 pemenang untuk menerima iPhone X 64GB setiap seorang

4.1.3 Tempat Ketiga-10 pemenang untuk memenangi kit myDNA setiap seorang

4.2 Penganjur berhak berdasarkan budi bicaranya untuk menggantikan mana-mana hadiah yang ditawarkan dengan hadiah gantian pada nilai yang sama, pada bila-bila masa tanpa notis awal. Kesemua hadiah diberikan berdasarkan apa yang ditawarkan dan tidak boleh ditukar atau dijual untuk tunai, kredit, barangan lain atau baucar sama ada sebahagian atau baucar keseluruhan dan tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak.

 

5. Pemenang yang layak

5.1 Kelayakan untuk memenangi peraduan ini adalah tertakluk kepada pematuhan peserta peraduan sepenuhnya terhadap Terma dan Syarat seperti yang dinyatakan.

5.2 Penyertaan yang tidak lengkap dan/atau kegagalan untuk mematuhi dan memenuhi kesemua atau mana-mana Terma dan Syarat akan membatalkan kelayakan Peserta peraduan tanpa sebarang notis.

5.3 16 pemenang utama sebagaimana ditentukan dan dihakimi oleh Jawatankuasa Peraduan PruBSN, selanjutnya akan dihakimi oleh Jawatankuasa Peraduan PruBSN mengikut budi bicaranya dalam menentukan kedudukan pemenang mengikut peringkat hadiah. Keputusan hakim adalah muktamad.

5.4 Peserta yang layak boleh menghantar lebih dari satu penyertaan, namun hanya 1 hadiah akan diberikan kepada setiap 16 hadiah dan pemenang utama

5.5 Peserta hanya layak untuk memenangi hadiah sekiranya sijil mereka berkuatkuasa pada tarikh pengumuman pemenang

 

6. Pengumuman Pemenang

6.1 Pemenang peraduan akan dihubungi secara rasmi melalui emel sebelum 1 May 2018, atau tarikh yang lain sepertimana diputuskan oleh Penganjur tertakluk kepada budi bicaranya. Pemenang mungkin perlu hadir untuk ketika acara penyampaian hadiah untuk menuntut hadiah mereka. Sekiranya acara rasmi diadakan, pemenang akan dimaklumkan tentang tarikh, masa, tempat dan lain lain maklumat berkenaan dalam tempoh masa yang sesuai sebelum acara diadakan.

6.2 Pemenang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penglibatan mereka di dalam peraduan, penggunaan hadiah dan/atau pemungutan hadiah. Semua pengangkutan, penginapan, perbelanjaan peribadi dan/atau sebarang kos dan/atau apa-apa kos atau caj dan/atau apa-apa perbelanjaan berkaitan sepanjang penglibatan dalam peraduan ini dan/atau ketika tuntutan hadiah adalah tanggungjawab mutlak peserta yang layak dan pemenang.

 

7. Terma Umum

7.1 Penganjur tidak akan bertangungjawab atau dibebankan untuk;

7.1.1 Sebarang kehilangan atau kerugian sepanjang peraduan berlangsung, termasuk namun tidak terhad kepada sebarang masalah, kehilangan, kerugian, atau apa-apa situasi yang dialami oleh mana-mana pihak disebabkan oleh kelewatan dan/atau kegagalan dalam menerima dan menghantar penyertaan peraduan akibat kesilapan rangkaian (Internet dan perhubungan), komunikasi atau sistem, gangguan dan/atau kerosakan yang dialami oleh rangkaian internet yang terlibat, dan/atau dihadapi ketika penyertaan atau memuat turun sebarang bahan berkaitan peraduan ketika peraduan berlangsung. Sekiranya berlaku kesilapan, gangguan atau kegagalan, Penganjur tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan untuk sebarang kegagalan bagi mana-mana peserta untuk menyertai peraduan pada bila-bila masa.

7.1.2 Sebarang masalah, perbelanjaan, kerosakan, kerugian, saman dan tuntutan atau yang berkait dengannya dibuat terhadap peserta peraduan yang mungkin timbul daripada penyertaan atau yang berhubung kait dengan penyertaan dan/atau hasil penyertaan peraduan tidak akan ditanggung oleh penganjur.

7.1.3 Sebarang kesilapan (termasuk kesilapan dalam memaklumkan pemenang), penarik balikan, gangguan, pemadaman, ketidak sempurnaan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan perkhidmatan Internet, kecurian, kemusnahan atau akses yang tidak dibenarkan dalam peraduan, masalah komputer sama ada disebabkan ketika operasi atau transmisi dari fungsi khidmat komputer pelayan, virus, bug atau lain-lain sebab di luar kawalan tidak akan dipertanggungjawabkan kepada Penganjur

7.2 Dengan menyertai peraduan, peserta yang layak harus bersetuju untuk muncul di internet, video, dan penggambaran, penulisan yang mungkin digunakan dalam pengiklanan (dalam apa jua bentuk media) atau lain-lain penggunaan oleh Penganjur. Peserta tidak layak untuk menerima sebarang bayaran untuk kegunaan yang disebutkan, atau kegunaan semula, dan sedia maklum bahawa semua hak cipta, termasuk hak untuk menerbitkan bahan yang serupa atau imej adalah milikan Penganjur secara mutlak, dan untuk melepaskan dan tidak membebankan Penganjur dari sebarang tuntutan yang berkait dengan penggunaan Penganjur.

7.3. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk membatalkan kelayakan mana-mana individu yang menganggu proses kelayakan atau operasi peraduan, atau berkelakuan untuk melanggar atau berpotensi melanggar Terma dan Syarat peraduan ini

7.4 Penganjur berhak untuk membatalkan, mengubah, menggantung atau melengahkan peraduan ini sekiranya berlaku sesuatu atau keadaan yang tidak dijangka dan di luar kawalan yang munasabah.

7.5 Dengan menyertai peraduan ini, peserta yang layak dengan ini mengesahkan bahawa kesemua penyataan butiran peribadi yang diberikan adalah benar, tepat, dan lengkap dan mereka telah membaca dan memahami segala Terma dan Syarat peraduan, dan bersetuju untuk mematuhi dan terikat tanpa syarat ke atas Terma dan Syarat peraduan.

7.6 Dengan menyertai peraduan ini, kesemua peserta yang layak bersetuju untuk mempertahankan, dan membebaskan penganjur dari sebarang tuntutan, saman, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk bayaran guaman yang munasabah yang mungkin timbul dari atau berhubung kait dengan peraduan

7.7 Penganjur berhak untuk meminda atau mengubah mana mana syarat di dalam Terma dan Syarat peraduan tanpa notis awal dan peserta yang layak bersetuju untuk terikat dengan pemindaan tersebut

7.8 Sebarang Terma dan Syarat yang melanggar undang-undang, tidak sah, dilarang atau tidak dikuat kuasakan di bawah mana-mana undang-undang atau peraturan adalah terbatal dan tidak boleh dikuat kuasakan

7.9 Segala Terma dan Syarat ini adalah ditadbir dan ditafsirkan oleh Undang-Undang Malaysia

7.10 Untuk maklumat lanjut tentang peraduan, sila hubungi bahagian Jenama dan Komunikasi di 03-2053 1069 atau email ke kitaok@prubsn.com.my

 

8. Undang-Undang Rasuah dan Korupsi

Untuk menyertai peraduan ini, peserta tidak boleh menawarkan apa-apa rasuah atau memberi sogokan kepada mana-mana pegawai awam atau orang lain dan tidak menyebabkan pihak lain atau mana-mana individu melanggar mana-mana undang-undang anti-rasuah atau anti-korupsi.

 

9. Notis Privasi

Prudential BSN Takaful Berhad ("Kami") komited dalam melindungi privasi Data Peribadi anda yang merangkumi Data Peribadi Sensitif anda (secara kolektif,"Data Peribadi"). Dasar Privasi merangkumi bagaimana Data Peribadi anda dikumpul, digunakan dan didedahkan oleh Kami mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan perlindungan data yang berkenaan. Untuk mengetahui hak anda dengan lebih lanjut, Notis ini hendaklah dibaca bersama Notis Privasi penuh di laman web kami, https://www.prubsn.com.my/ms/footer/privacy-policy/. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai notis ini, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami, E-mel: customer@prubsn.com.my | Telefon: 03 2053 7188 | Faks: 03 2725 8585

 

Muat Turun Flyer

Back to Top