Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
 PruBSN Impian | Prudential BSN Takaful
Perlindungan

PruBSN Impian

Lindungi masa depan anak-anak anda seawal 14 minggu kehamilan dengan pelan penyelesaian takaful patuh Syariah ini, yang bukan sahaja memberikan perlindungan malah simpanan untuk mereka memulakan kehidupan sendiri.

Sebab-sebab untuk mempertimbangkan PruBSN Impian

Sebagai ibu bapa, kita inginkan semua terbaik untuk anak-anak kita, yang akan menghadapi pelbagai cabaran untuk mencapai impian yang ingin mereka kecapi ketika mereka dewasa.

Dengan PruBSN Impian, anda boleh memberi anak anda asas yang kukuh untuk masa depan kewangan mereka dari usia dini.

Pelan perlindungan fleksibel ini terdiri daripada PruBSN AsasLink, pelan takaful berkaitan pelaburan caruman tetap yang dilengkapi dengan pilihan untuk manfaat kehamilan dan penjagaan kanak-kanak, serta perlindungan untuk penyakit kanak-kanak tertentu. Anda juga boleh ubah suai pelan ini dengan pengecualian sumbangan, serta rider atau perlindungan tambahan untuk kemalangan, penyakit kritikal, perubatan dan kemasukan ke hospital.

PruBSN Impian juga boleh berfungsi sebagai pelan simpanan untuk dana pendidikan anak anda (melalui rider Takaful Saver Impian).

Tenangkan fikiran anda dengan pelan perlindungan yang komprehensif dan berpatutan ini melalui memberi anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan mereka, dan membantu memenuhi impian dan aspirasi mereka.

Pendidikan menentukan masa depan anak-anak anda.

Tekankan kepentingan pendidikan pada setiap peringkat kehidupan anak-anak anda agar mereka boleh mencapai impian mereka

Beri galakkan kepada anak-anak anda untuk mengutamakan pendidikan

 

Hulurkan ganjaran apabila anak-anak anda mencapai prestasi akademik yang cemerlang melalui EduAchieve Bonus pada pelbagai peringkat pendidikan mereka

Maklumat produk

Terma Perlindungan dan Sumbangan

Tempoh Sumbangan

Sehingga umur 100 tahun

Umur Kelayakan

14 minggu kehamilan sehingga 18 tahun.

Tamat Tempoh Perlindungan

Sehingga umur 100 tahun

Jumlah Perlindungan Minimum

RM25,000

Ciri-ciri

Sokongan
Sokong impian anak anda apabila mereka mencapai usia 19 tahun dengan wang yang anda peruntukkan untuk pelaburan.

Mula dari awal
Lindungi anak anda seawal 14 minggu kehamilan dan lindungi diri anda apabila berlaku komplikasi kehamilan.

Komprehensif
Pelan perlindungan komprehensif dan berpatutan yang memberikan anda ketenangan fikiran untuk memenuhi keperluan anak anda.

Kawalan
Fleksibiliti untuk menentukan perlindungan, kemampanan sijil dan sumbangan.

Manfaat

Manfaat Kematian

 

Sekiranya berlaku kematian orang yang dilindungi sebelum tamat tempoh perlindungan, manfaat berikut akan dibayar:

  • Jumlah Perlindungan Asas; dan

  • Nilai unit dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA).


Sekiranya berlaku kematian bayi dalam kandungan dan sehingga 30 hari daripada kelahiran anak anda, manfaat berikut akan dibayar:

  • Sumbangan Perlindungan Tahunan; dan

  • Nilai unit dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA).                 

Manfaat Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh (TPD)

 

    

 

Jumlah perlindungan akan dibayar sekiranya berlaku TPD sebelum tarikh ulang tahun sijil apabila orang yang dilindungi berumur 70 tahun.

Sekiranya anak anda mengalami TPD pada bila-bila masa dalam tempoh 30 hari pertama daripada kelahiran, manfaat berikut akan dibayar:

  • Sumbangan Perlindungan Tahunan; dan

  • Nilai unit dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA).

Manfaat Tambahan

 

    

Crisis Shield
Crisis Protector
Vital Care Plus
Infant Secure
Accidental Protector Plus
Accidental Medical Protector
HealthProtector
Contributor Protect
Contributor Saver
Contributor Parent Protect
Contributor Parent Saver 
Contributor Joint Protect
Contributor Joint Saver
Takaful Saver Impian

 Infant Secure

Rider takaful patuh Syariah ini menyediakan manfaat penjagaan kehamilan dan penjagaan bayi.

Dengan Infant Secure, anda dan bayi anda akan dilindungi daripada komplikasi kehamilan sebelum lahir. Selepas kelahiran, anak kecil anda akan terus dilindungi sehingga umur lima tahun dengan liputan untuk keadaan kongenital terpilih.

Vital Care Plus

Anda boleh memastikan kesihatan jangka panjang anak anda akan dijaga dengan rider takaful ini, yang menyediakan perlindungan sehingga umur 25 tahun untuk penyakit kanak-kanak tertentu.  

Pelepasan Cukai

Sehingga RM6,000 di bawah cukai insurans hayat individu. Sebarang pelepasan cukai adalah tertakluk pada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Nota Penting
  • Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk Dokumen Sijil, ejen yang berkhidmat untuk anda atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di +603 2053 7188 atau customer@prubsn.com.my

  • Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir Akan Datang.

Memahami rider

Apa itu rider?

Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.