
Skim Insurans Keluarga Malaysia

Dapatkan manfaat perlindungan sebanyak RM10,000

Terima manfaat RM25,000 sekiranya berlaku Kematian Akibat Kemalangan

Inisiatif bantuan daripada Kerajaan
Info Produk
Tempoh Perlindungan dan Kelayakan
Tempoh Perlindungan |
12 bulan |
Kelayakan |
Ketua isi rumah kategori miskin tegar dan miskin yang berumur 19 hingga 60 tahun (pada hari lahir akan datang) yang berdaftar di bawah pangkalan data eKasih |
Sumbangan Takaful |
Sijil ini adalah percuma dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia |
Ciri-ciri
-
Eksklusif untuk peserta eKasih: Skim ini ditawarkan secara eksklusif kepada ketua isi rumah daripada kategori miskin tegar dan miskin yang berdaftar di bawah pangkalan data eKasih
-
Pelan Takaful Percuma: Pelan takaful berkelompok dan produk patuh Syariah dengan sumbangannya adalah ditaja sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.
-
Perlindungan: Menawarkan perlindungan Kematian Secara Semulajadi, Kematian Akibat Kemalangan dan Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh (TPD)
-
Mudah: Ringkas dan mudah difahami
-
Tiada Pemeriksaan Kesihatan: Peserta skim ini tidak perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan proses pengunderaitan
-
Tanpa Kerumitan: Pendaftaran automatik
Manfaat
Melalui Skim Insurans Keluarga Malaysia, pembayaran manfaat akan dibayar sekaligus mengikut kejadian yang tertera di bawah:
Manfaat |
Jumlah Perlindungan (RM) |
Manfaat Kematian secara Semulajadi |
RM10,000 |
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan |
RM25,000 |
Manfaat Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh |
RM10,000 |
Cara-Cara Membuat Penamaan
Mengapakah mendaftar penama itu penting?
-
Penamaan adalah penting untuk memastikan keluarga anda akan menerima manfaat seperti yang anda inginkan dan supaya PruBSN membayar manfaat di bawah sijil dengan segera. Penama tersebut boleh menjadi pelaksana (Wasi) atau penerima manfaat di bawah Hibah (Hadiah) bersyarat.
-
Tanpa penamaan, manfaat-manfaat di bawah sijil akan dibayar kepada pelaksana atau pentadbir anda yang sah untuk mengagihkan wang tersebut mengikut undang-undang pengagihan yang berkaitan. Proses ini mungkin akan memakan masa.
-
Pemakluman kepada penama anda mengenai manfaat sijil dan penamaan adalah penting.
Siapakah yang boleh dijadikan penama?
-
Penama mestilah seorang individu. Penamaan sebuah organisasi tidak dibenarkan. Jika penama anda di bawah 18 tahun ketika tuntutan: manfaat akan dibayar kepada ibu bapa yang masih hidup, pihak menuntut yang betul, contohnya penjaga yang sah, tertakluk kepada bukti sah yang relevan/dokumen sokongan.
Bagaimanakah untuk membuat penamaan?
-
Anda boleh membuat penamaan dengan melengkapkan borang penamaan bersama saksi dan menghantarnya melalui saluran-saluran berikut:
1. Kunjungi mana-mana cawangan Prudential atau PruBSN; atau
2. E-mel ke SIKM@prubsn.com.my
-
Atau saluran PruBSN lain yang mungkin disediakan untuk anda dari semasa ke semasa.
-
Borang penamaan boleh dimuat turun di sini atau didapati dari:
1. Cawangan Prudential atau PruBSN; atau
2. E-mel pengesahan Sijil anda.
Cara-Cara Mengemukakan Tuntutan
Bagaimanakah caranya untuk saya mengemukakan tuntutan?
Untuk tuntutan Manfaat Kematian dan tuntutan Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD):
-
Pihak yang menuntut boleh menghantar borang yang lengkap bersama dokumen sokongan kepada mana-mana cawangan PruBSN atau Prudential.
Apakah dokumen yang diperlukan untuk tuntutan?
Tuntutan Manfaat Kematian:
Pihak yang menuntut harus menghantar dokumen berikut:
-
Borang Tuntutan Kematian - ditandatangani oleh pihak yang menuntut (individu yang membuat tuntutan)
-
Sijil Perawat Perubatan - ditandatangani oleh doktor terakhir yang merawat Ahli yang Dilindungi
-
Salinan Sijil Kematian yang disahkan - disahkan oleh kakitangan cawangan PruBSN atau Eksekutif/Pengurus Pembangunan Perniagaan
-
Salinan Kad Pengenalan pihak yang menuntut (jika tiada penama)
-
Salinan Kad Pengenalan Ahli yang Dilindungi
-
Salinan bukti hubungan yang diperakui (Sijil Perkahwinan, Surat Beranak, Anak-anak Yang Membuat Tuntutan, Ibu Bapa yang Meninggal Dunia) untuk semua pihak yang menuntut (jika tiada penama)
-
Borang e-Kredit yang telah diisi oleh penama/pihak yang menuntut
-
Laporan sokongan ujian/Makmal lain: Biopsi, MRI, imbasan dan laporan siasatan (jika berkenaan)
Borang tuntutan yang berkaitan boleh dimuat turun di sini atau didapati di mana-mana cawangan PruBSN. Ia juga boleh dimohon melalui e-mel SIKM@prubsn.com.my atau hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan PruBSN di 03 2775 7188 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang).
Tuntutan Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK):
Untuk tuntutan melalui aplikasi mudah alih Pulse by Prudential, pihak yang menuntut diminta untuk mengemukakan dokumen berikut:
-
Gambar Kad Pengenalan bahagian hadapan dan belakang
-
Gambar swafoto anda memegang pengesahan IC / Kad Pengenalan
-
Salinan Buku Panduan Bank / Penyata Akaun Bank (muka depan)
-
Sijil Perubatan Sulit Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh - dilengkapkan dan ditandatangani oleh doktor yang merawat Ahli untuk Dilindungi
-
Laporan sokongan lain – Kemajuan fisioterapi/pemulihan yang terkini, surat rujukan doktor, ujian darah, ujian air kencing, biopsi, MRI, Imbasan CT, ultrasound dan semua laporan siasatan (jika berkenaan).
-
Salinan surat pemberhentian pekerjaan yang disahkan benar atau salinan surat kebenaran keluar perubatan yang diperakui.
PruBSN berhak meminta dokumen sokongan atau maklumat lain yang relevan, atau meminta untuk melihat dokumen asal sekiranya perlu.
Berapa lamakah tuntutan diproses?
Pembayaran tuntutan akan diproses dalam 14 hari bekerja selepas resit dokumen lengkap diedarkan.
Nota Penting
Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai produk kami. Dapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Insurans Keluarga Malaysia (SIKM) dengan merujuk Lampiran Keterangan Produk sebelum menyertai pelan ini dan juga merujuk terma dan syarat yang terkandung dalam Ringkasan Sijil untuk butiran mengenai ciri penting serta pengecualian yang terpakai bagi pelan ini.