Pilih bahasa anda
close

Penamatan Penghantaran Fizikal untuk e-Kredit dan Pengeluaran

Bagi menyokong peralihan kepada perkhidmatan digital dan meningkatkan kecekapan pemprosesan, Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) akan melaksanakan perubahan berikut berkuat kuasa 1 Februari 2026:

Perkara penting untuk makluman pelanggan:

  • Borang e-Kredit dan Pengeluaran akan dikeluarkan daripada Laman Web Korporat PruBSN

  • Penyerahan permohonan secara fizikal atau manual tidak lagi diterima

  • Permohonan e-Kredit (kemas kini akaun bank) hendaklah dibuat melalui aplikasi PruBSN Touch (https://app.prubsn.com.my/PruBSNTouch)

  • Permohonan Pengeluaran perlu dikemukakan melalui Perancang Kewangan/Perunding Takaful anda menggunakan saluran digital yang disediakan

Perubahan ini bertujuan untuk memastikan pemprosesan yang lebih pantas, tepat dan selamat

Tarikh akhir penyerahan fizikal: 31 Januari 2026

Sila rujuk garis panduan yang disediakan di sini bagi langkah-langkah untuk mengemas kini e-Kredit.

Kami menghargai kerjasama dan sokongan anda dalam usaha kami mempertingkatkan pengalaman perkhidmatan secara digital.