Panduan mudah membuat tuntutan
Bagaimana untuk menghantar tuntutan anda?

Melalui e-mel

Melalui ejen perkhidmatan
Pilih jenis tuntutan
Tuntutan Kehilangan Nyawa
Pastikan kesemua dokumen yang berkenaan seperti berikut dilengkapkan:
-
Sijil Perawat Perubatan berkaitan dengan punca kematian. Sila rujuk kepada ejen yang berkhidmat untuk anda (jika perlu) atau hubungi pusat khidmat pelanggan melalui e-mel customer@prubsn.com.my.
-
Salinan Sijil Kematian yang diakui sah (oleh kakitangan atau Eksekutif/ Pengurus Pembangunan Perniagaan di cawangan PruBSN atau Prudential Assurance Malaysia Berhad)
-
Salinan Nombor Pengenalan/ Sijil Kelahiran si mati yang diakui sah
-
Salinan Nombor Pengenalan pihak menuntut yang diakui sah
Dokumen berkenaan dalam jadual yang berikut:
Pihak menuntut |
Dokumen yang diperlukan (Asal atau Salinan Diakui Sah) |
Pasangan |
Sijil Kahwin |
Kanak-kanak |
Sijil Kelahiran Pihak Menuntut |
Ibu bapa |
Sijil Kelahiran Si Mati |
Adik-beradik |
Sijil Kelahiran Si Mati dan Pihak Menuntut |
Anda kemudian boleh meng hantar tuntutan melalui ejen atau melalui e-mel.
Tuntutan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh
Pastikan kesemua dokumen seperti berikut dilengkapkan:
-
Laporan perubatan untuk kondisi Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh. Sila rujuk kepada ejen yang berkhidmat untuk anda (jika perlu) atau hubungi pusat khidmat pelanggan melalui e-mel customer@prubsn.com.my.
-
Lain-lain laporan sokongan ujian/ makmal - biopsi, MRI, imbasan dan keputusan siasatan (jika berkenaan)
Anda kemudian boleh menghantar tuntutan melalui ejen atau melalui e-mel.
Tuntutan Penyakit Kritikal
Pastikan kesemua dokumen yang berkenaan seperti berikut dilengkapkan:
- Borang Tuntuan
-
Laboran perubatan berkaitan dengan keadaan kesihatan anda. Sila rujuk kepada ejen yang berkhidmat untuk anda (jika perlu) atau hubungi pusat khidmat pelanggan melalui e-mel customer@prubsn.com.my.
-
Lain-lain laporan sokongan ujian/ makmal - biopsi, MRI, imbasan dan keputusan siasatan (jika berkenaan)
Andakemudian boleh menghantar tuntutan melalui ejen perkhidmatan atau melalui e-mel.
Manfaat Imbuhan Mingguan / Bayaran Balik Rawatan Akibat Kemalangan/Rawatan Kecederaan Kecemasan
Pastikan kesemua dokumen yang berkenaan seperti berikut dilengkapkan:
-
Salinan bil asal dan pengesahan bil asal yang terperinci.
-
Resit asal
Anda kemudian boleh menghantar tuntutan melalui ejen atau melalui e-mel.
Tuntutan Rawatan Kemasukkan Hospital/ Manfaat Harian Kemasukkan Hospital
Pastikan kesemua dokumen yang berkenaan seperti berikut dilengkapkan:
-
Salinan bil asal dan pengesahan bil asal terperinci.
-
Resit asal
Anda kemudian boleh menghantar tuntutan melalui ejen atau melalui e-mel.
Tuntutan Lebihan Bayaran Semula Perubatan daripada Majikan/ Syarikat Insurans atau Takaful yang lain
Pastikan kesemua dokumen yang berkenaan seperti berikut dilengkapkan:
-
Salinan laporan perubatan yang diakui sah berkaitan keadaan kesihatan anda.
-
Lain-lain laporan sokongan ujian/ makmal - biopsi, MRI, imbasan dan keputusan siasatan (jika berkenaan).
-
Bil asal dan pengesahan bil asal terperinci.
-
Salinan resit asal yang diakui sah.
-
Surat daripada majikan/ syarikat insurans atau pengendali takaful lain menunjukkan amaun yang telah dibayar.
Anda kemudian boleh menghantar tuntutan melalui ejen atau melalui e-mel.
Peringatan penting sebelum penyerahan tuntutan anda
-
Pastikan semua borang tuntutan dan dokumen sokongan telah dilengkapkan sepenuhnya untuk mengelakkan sebarang kelewatan.
-
Pastikan tandatangan anda pada borang tuntutan sama dengan tandatangan yang telah direkodkan.
-
Sijil Perubatan Sulit hendaklah dilengkapkan atas perbelanjaan pihak menuntut sendiri.
-
Senarai semakan ini merupakan rujukan sebelum menyerahkan tuntutan. Pihak kami akan meminta dokumen dan maklumat lain yang berkaitan.
-
Anda perlu menunjukkan dokumen asal yang telah dibuat salinan dan diserahkan kepada kami apabila perlu.
Semak status tuntutan
Semak status tuntutan anda dan maklumat sijil serta hantar keperluan dokumen tertunggak dengan beberapa klik sahaja melalui PruBSN Touch.