Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Sokongan Rohani Islamik

Sokongan Kerohanian Islamik (kerjasama dengan Darussyifa')

Pengenalan

Darussyifa' ialah sebuah organisasi yang dilesenkan di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775) untuk menyediakan perkhidmatan perubatan Islam komplementari di Malaysia. Dengan semangat membantu orang ramai memanfaatkan kehidupan sepenuhnya, PruBSN bekerjasama dengan Darussyifa' untuk menyediakan Sokongan Kerohanian Islamik sebagai perkhidmatan nilai tambah kepada Orang Yang Dilindungi Crisis TotalCare yang berkenaan yang menghidap sebarang penyakit/keadaan untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan Islam komplementari. 

Semasa Orang yang Dilindungi mendapatkan rawatan atau perubatan moden mengikut amalan standard, Orang yang Dilindungi juga boleh mendapatkan rawatan tambahan dengan Darussyifa' untuk melengkapi proses pemulihan. Ini juga akan membantu mengukuhkan kesejahteraan mental Orang yang Dilindungi sepanjang proses rawatan.

Dengan perkhidmatan nilai tambah ini, Orang Yang Dilindungi boleh membuat janji temu dengan Darussyifa' dan akan dirawat oleh pengamal berpengalaman yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia ("KKM") untuk sesi konsultasi dan rawatan.

Soalan Lazim (FAQ)

Siapakah yang layak untuk menggunakan perkhidmatan nilai tambah Sokongan Kerohanian Islamik ini?

Perkhidmatan nilai tambah Sokongan Kerohanian Islamik ini layak digunakan oleh Orang yang Dilindungi di bawah Crisis TotalCare yang menghidap sebarang penyakit/keadaan dalam mendapatkan rawatan perubatan Islam daripada Darussyifa' untuk melengkapi rawatan perubatan moden.

Bagaimanakah untuk membuat janji temu dengan Darussyifa' untuk perkhidmatan nilai tambah Sokongan Kerohanian Islamik ini?

Orang yang Dilindungi/Peserta untuk memilih pusat rawatan yang diinginkan untuk mendapatkan rawatan daripada pusat rawatan Darussyifa' terpilih yang tersedia. Untuk membuat janji temu, anda perlu menghubungi pusat rawatan berikut melalui WhatsApp dengan memberi maklumat anda seperti sampel format di bawah. 

Salam pengamal, saya berminat untuk mendapatkan rawatan. Maklumat saya seperti berikut:
Nama Orang yang Dilindungi:
Pelanggan PruBSN: Ya/Tidak
No. Sijil PruBSN:
Jenis Penyakit/Kondisi:
Tarikh dan masa janji temu:
Pusat rawatan:

Apakah jenis rawatan yang disediakan oleh Darussyifa'?

Darussyifa' menyediakan rawatan perubatan Islam berteraskan Ruqyah Syari'yyah untuk penyakit jasmani, antara lain, yang menggunakan sumber dan doa-doa daripada ayat suci Al-Quran yang bersandarkan hadis yang patuh Syariah.

Adakah terdapat sebarang kos rawatan yang perlu dibayar?

Perkhidmatan konsultasi dan rawatan oleh pengamal perubatan Islam yang disediakan oleh Darussyifa' tidak dikenakan sebarang caj atau yuran. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan tradisional atau herba yang boleh dibeli daripada Koperasi Darussyifa' berdasarkan rekomendasi dari pengamal, akan dicaj terus dan dibayar oleh Orang yang Dilindungi. Anda dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan secara sukarela melalui tabung yang disediakan di pusat rawatan/cawangan Darussyifa'. 

Adakah barangan berkaitan rawatan yang dibeli daripada Koperasi Darussyifa' boleh dituntut?

Kepada Orang yang Dilindungi oleh rider Crisis TotalCare, anda layak membuat tuntutan ke atas Perubatan Tradisional dan Komplementari di bawah Manfaat Rawatan Komplementari apabila didiagnosis dengan salah satu daripada penyakit kritikal awal yang dilindungi sehingga had manfaat untuk Manfaat Rawatan Komplementari, tertakluk pada terma dan syarat rider Crisis TotalCare. Orang Yang Dilindungi dikehendaki mengemukakan resit asal daripada Koperasi Darussyifa' kepada PruBSN  untuk layak mendapatkan pembayaran balik.

Dimanakah anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai Darussyifa'?

Anda boleh layari laman sesawang www.darussyifa.org

Dimanakah boleh saya dapatkan pusat rawatan sokongan Darussyifa' yang terpilih berhampiran saya?

Anda dapat nikmati perkhidmatan nilai tambah ini di pusat rawatan Darussyifa' yang terpilih seperti yang tersenarai di bawah.

Muat turun senarai penuh pusat rawatan Darussyifa' di sini

Nota Penting

Sila maklum bahawa senarai pusat rawatan Darussyifa'  yang dinyatakan di sini adalah tidak menyeluruh. PruBSN berhak untuk mengemaskini senarai ini pada bila-bila masa tanpa memberitahu terlebih dahulu.