Mengenai Kami

PruBSN merupakan pengendali takaful terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan kewangan kepada keluarga dan komuniti di seluruh Malaysia.
 PruBSN

Kami berkhidmat untuk anda

Ditubuhkan pada tahun 2006 melalui lesen yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia, PruBSN hari ini merupakan pengendali takaful terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan kewangan untuk rakyat Malaysia serta keluarga mereka.

Berlandaskan konsep ta`awun (kerjasama dan pertolongan bersama), PruBSN menawarkan pelbagai produk Takaful Keluarga yang merangkumi perlindungan hayat dan perubatan, simpanan, pendidikan dan korporat, semuanya mengikut garis panduan hukum syariah.

Kini, PruBSN memiliki lebih 13,000 Ejen Takaful yang berkhidmat memenuhi keperluan kesihatan dan perlindungan untuk lebih 1,000,000 rakyat Malaysia. Berpandukan proposisi ‘Takaful Untuk Semua. Untuk Kehidupan’, kami berusaha untuk membina impak yang kuat dan berkekalan bagi membantu membangunkan Malaysia melalui perlindungan kekayaan dan pelaburan dalam pasaran modal, di samping menunaikan visi kami menjadi pengendali takaful pilihan pertama masyarakat dan komuniti.

Pembangunan yang pesat  adalah hasil daripada pendekatan mesra pelanggan, strategi saluran pengedaran yang pelbagai, penyelesaian inovatif serta kepimpinan teknologi.

Nilai teras kami

Boleh dipercayai

Bertanggungjawab, jujur & ikhlas dalam soal kerja dan peribadi.

Hormat

Menghormati sesama insan dan menjalinkan hubungan mesra.

Memahami

Para pelanggan dan kakitangan sentiasa diutamakan.

Senyum

Mempunyai sikap positif dan senyum selalu.

Bekerjasama

Bersikap tolong-menolong dan menghulurkan bantuan tanpa diminta.