Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Pilihan Kebajikan

Pilihan Kebajikan

Perolehi ganjaran yang berkekalan sepanjang hayat dengan membantu komuniti yang kurang bernasib baik, sambil menjamin legasi keluarga anda.

Mengenai Pilihan Kebajikan

Mengenai Pilihan Kebajikan

Pilihan Kebajikan adalah kemudahan yang disediakan kepada pelanggan kami yang ingin membantu komuniti yang memerlukan sambil memastikan perancangan warisan mereka melalui manfaat Takaful. Anda kini boleh memberikan perhatian kepada komuniti yang kurang bernasib baik dan membuat perubahan dalam kehidupan mereka sambil meraih ganjaran yang berterusan sepanjang hayat.

Dengan Pilihan Kebajikan, anda boleh memilih untuk menyalurkan sebahagian daripada manfaat kematian anda di bawah sijil Takaful anda kepada organisasi kebajikan tersedia yang dilantik oleh PruBSN.

Kemudahan ini kini tersedia untuk sijil PruBSN WarisanGold.

Terdapat dua organisasi kebajikan tersedia yang boleh anda pilih:

  • Sadaqah kepada PruBSN Prihatin
    PruBSN Prihatin ialah sebuah pertubuhan kebajikan yang ditubuhkan pada 23 Mac 2015. Ia menyediakan akses kepada pendidikan dan kemahiran hidup, kesihatan dan kesejahteraan serta bantuan bencana untuk keluarga dan komuniti yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia.

  • Wakaf kepada Yayasan Waqaf Malaysia
    Yayasan Waqaf Malaysia ialah entiti wakaf kebangsaan dan telah ditubuhkan pada tahun 2008 di bawah Akta Pemegang Amanah 1952. Objektif mereka adalah untuk membangunkan dan memajukan harta wakaf di seluruh negara.

Butiran lanjut mengenai organisasi kebajikan yang dilantik seperti di bawah:

PruBSN Prihatin

Prihatin pada Masyarakat | Prudential BSN Takaful (prubsn.com.my)

Yayasan Waqaf Malaysia

Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia (ywm.gov.my)

Bagaimana saya boleh melakukan Pilihan Kebajikan?

Jika anda ingin melakukan Pilihan Kebajikan dalam sijil PruBSN WarisanGold anda, anda boleh memuat turun Borang Pilihan Kebajikan dari Laman Web Korporat di bawah Borang & Dokumen dan menyerahkan melalui ejen yang berkhidmat untuk anda atau serahkan kepada cawangan PruBSN.

Nota Penting
  • Kemudahan Pilihan Kebajikan ini kini tersedia untuk sijil PruBSN WarisanGold di mana Orang Yang Dilindungi adalah Peserta.

  • Anda boleh memperuntukkan kepada organisasi kebajikan sehingga 30% daripada manfaat kematian di bawah sijil takaful anda yang layak.

  • Sila ambil perhatian bahawa peruntukan kebajikan akan dibayar terlebih dahulu daripada manfaat kematian kepada organisasi kebajikan berdasarkan arahan Peserta sebelum pembayaran baki manfaat kematian kepada penuntut atau penama (jika berkenaan).

  • Peserta dinasihatkan untuk memastikan bahawa ahli keluarga atau penama mereka di bawah Penamaan mengetahui arahan yang dimaksudkan untuk Pilihan Kebajikan.

  • Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk ejen yang berkhidmat untuk anda atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di +603 2775 7188 atau customer@prubsn.com.my.