Kelestarian@PruBSN
Pemahaman kami tentang Kelestarian adalah berdasarkan sintesis Strategi ESG Kumpulan Prudential, Rangka Kerja Pengantaraan Berasakan Nilai Untuk Takaful, serta pemacu tata kelola yang baik, kewangan yang inklusif, kesan sosial dan tindakan iklim di dalam negara dan juga secara global.

Laporan TCFD 2024
Komitmen Kelestarian PruBSN
Di PruBSN, tujuan kami — Untuk Setiap Kehidupan, Demi Setiap Masa Depan — mendorong kami membina perniagaan yang memberikan nilai jangka panjang kepada individu, komuniti dan alam sekitar. Kerangka Kemampanan kami mencerminkan komitmen ini dengan mengintegrasikan prinsip kemampanan dalam setiap aspek operasi kami, serta menyelaraskan usaha kami dengan matlamat tertinggi Maqasid Syariah.
Kerangka ini berteraskan tiga tonggak strategik:
- Perlindungan Kesihatan dan Kewangan yang Mudah dan Mampu Akses
- Pelaburan Bertanggungjawab
- Perniagaan Lestari
Ketiga-tiga tonggak ini diperkukuh oleh teras utama VBIT dan dipandu oleh tadbir urus yang kukuh, penglibatan yang inklusif, serta pengukuran berasaskan hasil — bagi memastikan setiap tindakan kami menyumbang kepada masa depan yang lebih berdaya tahan dan mampan untuk semua.