Adakah saya layak di bawah Langkah-Langkah Interim BNM ini?
Langkah-langkah ini terpakai kepada pemegang sijil yang terjejas oleh semakan perubatan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2024. Pek pemberitahuan yang dikemas kini yang memperincikan caj sumbangan baru akan dikeluarkan. Ketahui lebih lanjut.

Pilih bahasa anda
close
Kempen dan Pengumuman

Pengumuman:
Pengenalan E-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)

Mulai 1 Ogos 2024, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) akan memperkenalkan e-invois secara berperingkat, seperti yang diumumkan pada Oktober 2023. E-invois membolehkan perniagaan menyerahkan invois secara elektronik kepada LHDN, menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan infrastruktur digital dan menambahbaik pentadbiran cukai. Sistem baharu ini terpakai kepada semua pembayar cukai yang terlibat dalam aktiviti komersial dalam Malaysia, termasuk mereka yang terlibat dalam pembekalan barangan dan perkhidmatan.

Maklumat PruBSN

Di bawah ialah butiran kami yang mungkin anda perlukan untuk tujuan e-Invois:

  • Nama Syarikat: Prudential BSN Takaful Berhad

  • Nombor Pendaftaran Perniagaan: 200601020898 (Baru)

  • Nombor Pengenalan Cukai (TIN): C12182632050

  • Nombor Pendaftaran SST (SST): W10-1808-31022227

  • Kod Klasifikasi Perindustrian Standard Malaysia (MSIC): 65112

  • Penerangan Aktiviti Perniagaan: Takaful Keluarga


Maklumat Pembekal dan Pelanggan

Proses e-invois memerlukan maklumat mandatori khusus daripada pembekal dan pelanggan. Kami akan menghubungi anda tidak lama lagi untuk mendapatkan butiran ini. Untuk maklumat lanjut tentang e-invois, sila lawati halaman Soalan-soalan Lazim e-Invois LHDN.

Kelonggaran Perlaksanaan E-invois

Bagi memastikan peralihan dan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar, LHDN telah bersetuju untuk memberikan kelonggaran kepada pembayar cukai secara interim selama enam bulan dari tarikh pelaksanaan mandatori, bermula 1 Ogos 2024. Dalam tempoh ini, PruBSN akan menerima pakai e-Invois yang disatukan dan pendekatan e-Invois bil kendiri yang disatukan. Oleh itu, tiada e-Invois individu atau e-Invois bil kendiri  akan dikeluarkan dalam tempoh interim ini atau sehingga notis selanjutnya.

Untuk butiran lanjut, sila rujuk perkara 16 Garis Panduan Khusus e-Invois LHDN versi 3.0 bertarikh 30 Julai 2024: Garis Panduan Khusus e-Invois LHDNM (Versi 3.0).