Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close

Notis Semakan Pelan Perubatan 2020

carta steteskop

Semakan Pelan Perubatan

Langkah tambahan untuk membantu pelanggan kami

Terima kasih kerana memilih PruBSN sebagai pengendali takaful pilihan anda. Di PruBSN, kami komited untuk memberi kebebasan kewangan dan ketenangan fikiran, terutamanya dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Seiring dengan komitmen kami untuk membantu pelanggan kami memanfaatkan kehidupan sebaik mungkin, sukacita kami menawarkan Peralihan Sementara yang boleh anda pertimbangkan bersesuaian dengan keperluan perlindungan dan kewangan anda.

Peralihan Sementara

Tukar ke pelan yang lebih rendah dan seterusnya kembali ke pelan asal tanpa penilaian pengunderaitan

Sekiranya anda telah menurunkan pelan perubatan anda kepada pelan yang lebih rendah ("pengendorsan pelan perubatan") untuk sumbangan yang lebih berpatutan dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022, anda dibenarkan untuk tukar kembali ke pelan perubatan asal dalam sijil yang sama dalam tempoh 12 bulan dari pengendorsan pelan perubatan, tanpa penilaian pengunderaitan.

Sila ambil perhatian bahawa sebarang pengecualian dan/atau bebanan sedia ada akan terus terpakai. Sila rujuk Soalan Lazim untuk maklumat lanjut mengenai Peralihan Sementara ini.

Pilihan Lain yang Ada

Anda juga boleh mempertimbangkan pilihan lain seperti:

  • Melakukan semakan sijil yang merangkumi pindaan sumbangan anda dan perlindungan yang lebih bersesuaian dengan keperluan anda.

  • Mengubah cara anda membuat sumbangan (kaedah pembayaran) untuk mengurangkan komitmen kewangan anda (jika ada). Jumlah sumbangan boleh disesuaikan berdasarkan kadar sumbangan yang ditetapkan bagi kekerapan pembayaran bulanan yang disemak semula; atau

  • Mohon Program Bantuan Covid-19 kami (pengangguhan sumbangan selama 3 bulan) yang ada hingga 31 Disember 2021. Sila rujuk halaman berikut untuk maklumat lebih lanjut mengenai Program Bantuan COVID-19.


Oleh kerana terdapat beberapa pilihan untuk dipertimbangkan, kami menggalakkan anda untuk hubungi Ejen Prudential BSN Takaful atau Bank/Wakil Prudential BSN Takaful untuk lebih memahami dan mengkaji pilihan anda dan pelan semasa anda yang lebih bersesuaian dengan perlindungan dan kewangan anda.

Anda juga boleh menghubungi kami di 03-2775 7188 (Isnin-Jumaat, 8.30 pagi – 5.15 petang, tidak termasuk Cuti umum) atau hantar e-mel kepada kami di customer@prubsn.com.my.

Kami berharap langkah tambahan ini dapat memberi anda ketenangan dalam keadaan yang mencabar ini.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda kepada PruBSN.

Soalan Lazim

1. Apa itu Peralihan Sementara?

Peralihan Sementara adalah satu-satunya tawaran oleh PruBSN untuk membantu para peserta dalam tempoh pandemik ini. Peserta yang telah membuat pengendorsan bagi pelan perubatan mereka ke pelan yang lebih rendah atau lebih berpatutan (berdasarkan pilihan sedia ada untuk menukar pelan perubatan) ("pengendorsan pelan perubatan") dalam tempoh 1 Januari 2021 - 30 Jun 2022, dibenarkan untuk  kembali ke pelan perubatan asal dalam sijil yang sama tanpa penilaian pengunderaitan dalam tempoh 12 bulan dari pengendorsan pelan perubatan.

Setelah Peralihan Sementara selesai, pelan perubatan asal dan sumbangan serta tabarru` yang terpakai akan berkuatkuasa serta merta.

Pilihan sedia ada untuk pengendorsan pelan perubatan (dalam pelan perubatan yang sama) adalah;

  1. Menurunkan saiz pelan;

  2. Menurunkan had bilik dan penginapan;

  3. Mengurangkan had tahunan; atau

  4. Meningkatkan deduktibel (jika berkenaan).

Sila ambil perhatian bahawa sebarang pengecualian dan/atau bebanan sedia ada (sekiranya ada, seperti yang dinyatakan di dalam slip endorsan sedia ada) akan terus terpakai.

2. Siapa yang layak untuk Peralihan Sementara ini?

Peserta yang memiliki sijil yang memenuhi kriteria yang layak seperti di bawah:

  • Sijil yang dilampirkan bersama pelan perubatan yang terjejas dengan sumbangan pelan perubatan dan semakan tabarru` pada 2020/2021.

  • Sijil yang telah diendorskan untuk menukar ke pelan perubatan yang lebih rendah/berpatutan seperti yang dijelaskan dalam soalan 1 di antara 1 Januari 2021 dan 30 Jun 2022. Kami akan menggunakan tarikh penyerahan endorsan untuk menentukan kelayakan ini.

  • Sijil yang telah kembali kepada rider perubatan asal* dalam tempoh 12 bulan dari pengendorsan pelan perubatan.


* Merujuk kepada jenis pelan perubatan asal yang telah dilampirkan pada sijil sebelum pengendorsan pelan perubatan.

Sila ambil perhatian bahawa peserta yang tidak memenuhi kriteria di atas, adalah tertakluk kepada pengunderaitan biasa, terma dan syarat sijil, dan ketersediaan pelan perubatan, untuk setiap permohonan yang dihantar untuk pengendorsan pelan perubatan mereka.

3. Bagaimana untuk saya memohon Peralihan Sementara?

Apabila anda memohon untuk kembali ke pelan perubatan asal anda melalui proses permohonan endorsan sedia ada, sila pastikan bahawa terdapat penunjuk di mana permintaan itu adalah untuk Peralihan Sementara dalam borang pindaan atau di bahagian atas Borang Cadangan Tambahan (contoh bidang arahan). Harap maklum bahawa pengendorsan akan tertakluk kepada pengunderaitan biasa jika tidak ada penunjuk seperti itu.

Semakan semula sebut harga pengendorsan dan Penyata Kemampanan Perubahan Sijil (CASS) sedia ada dan pengakuan oleh Peserta masih diperlukan mengikut keadaan semasa.

4. Bagaimana ini akan memberi kesan kepada perlindungan atau tuntutan saya?

Perlindungan perubatan atau tuntutan anda akan berdasarkan pelan perubatan yang anda lampirkan dalam sijil anda ketika tuntutan dibuat.

5. Adakah terdapat tempoh menunggu yang dikenakan setelah saya kembali ke pelan perubatan asal saya?

Tempoh menunggu akan dikecualikan setelah kembali ke pelan perubatan asal melalui Peralihan Sementara ini. Untuk sebarang variasi lain daripada pelan perubatan anda, tempoh menunggu biasa akan dikenakan.

6. Adakah saya masih layak untuk Peralihan Sementara ini, jika setelah pengendorsan pelan perubatan, saya menukar ke pelan perubatan yang bukan pelan perubatan asal?

Tidak, anda tidak layak untuk Peralihan Sementara ini. Permohonan anda untuk menukar ke pelan perubatan yang bukan pelan perubatan asal, tertakluk kepada pengunderaitan biasa, terma dan syarat sijil anda, dan ketersediaan pelan perubatan.

Pelanggan Yang Dihormati,

Anda mungkin akan menerima notis penting dari kami sama ada melalui surat pemberitahuan atau SMS mengenai penyemakan semula sumbangan dan/atau potongan Tabarru` pada pelan perubatan anda.

Pelan Perubatan anda mungkin akan dipengaruhi sekiranya anda merupakan pelanggan salah satu daripada pelan perubatan berikut:

  • HealthEnrich+ (HE+)

  • HealthEnrich (HE)

  • TakafulHealth2 (TH2)

  • TakafulHealth (TH)

  • Major Medical Cover2 (MMC2)

  • Major Medical Cover (MMC)

Untuk membantu anda memahami lebih lanjut berkenaan perubahan pada potongan Tabarru` dan sumbangan anda, layari www.askprudential.com.my.