Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Kempen dan Pengumuman

Kempen Pasca Vaksinasi COVID-19

Bagi semua pelanggan Prudential Malaysia, kami membekalkan wang tunai RM500 bagi kemasukan hospital disebabkan kesan advers daripada immunisasi (AEFI) dalam tempoh 7 hari selepas vaksinasi COVID-19 yang disahkan. Kami merupakan syarikat insurans hayat dan pengendali takaful pertama di Malaysia yang menyediakan perlindungan sebegini demi ketenangan minda anda.

 

Jadi, muat turun aplikasi Pulse by Prudential sekarang dan daftar bagi Kempen Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19 dan semak pelindungan anda hari ini! Anda juga boleh mendaftar untuk ahli keluarga anda sekali!

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma & Syarat bagi setiap perlindungan yang disediakan dia bawah Kempen ini, dan Soalan Lazim di bawah.

 

Inilah masa yang sesuai untuk anda menjadi pelanggan Prudential Malaysia. Dapatkan rundingan dari Perancang Kewangan atau Ejen Takaful kami hari ini untuk menyemak semula keperluan perlindungan anda dan ketahui lebih lanjut tentang kempen dan manfaat COVID-19 yang kami sediakan.

Maklumat lanjut

Terma dan Syarat
  1. Kempen Pasca Vaksinasi COVID-19 (“Kempen”) ini adalah ditawarkan oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad dan Prudential BSN Takaful Berhad (“Prudential Malaysia”) atas dasar prihatin terhadap pelanggan Prudential Malaysia. Prudential Malaysia berhak untuk menukar mana-mana bahagian dalam Kempen ini atau menarik balik mana-mana bahagian (atau secara keseluruhan) dalam Kempen ini pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis.

  2. Kempen ini adalah percuma bagi semua pelanggan Prudential Malaysia yang berdaftar di aplikasi Pulse by Prudential.

  3. Pelanggan Prudential Malaysia bermaksud Hayat/Orang yang Dilindungi untuk semua polisi/sijil individu yang berkuat kuasa dan ahli-ahli yang dilindungi di bawah polisi/sijil berkumpulan (cth. polisi MRTA/sijil MRTT/Credit Shield Plus/PRULoan Protect) yang dikuatkuasa dan diunderait oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad (“PAMB”) atau Prudential BSN Takaful Berhad (“PruBSN”) kecuali polisi/sijil Manfaat Kumpulan Majikan dan Pekerja.

    Perlindungan ini bertujuan untuk pelanggan Prudential Malaysia, yang belum membuat tuntutan di bawah perlindungan yang disediakan di bawah Kempen ini.

  4. Prudential Malaysia akan memberikan Bantuan Tunai RM500 atas dasar prihatin bagi kemasukan hospital di Malaysia disebabkan kesan advers serius daripada imunisasi (“AEFI”) dalam masa 7 hari selepas menerima vaksinasi COVID-19 yang sah semasa Tempoh Perlindungan.

  5. Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19 ini tersedia untuk mana-mana vaksinasi berkaitan reaksi advers (juga dikenali sebagai kesan advers berikutan imunisasi “AEFI”) yang serius dan memerlukan kemasukan hospital (kemasukan hospital di Malaysia) dengan keperluan perubatan dalam masa 7 hari selepas menerima vaksinasi COVID-19 yang sah. AEFI dikira serius, jika AEFI tersebut adalah mengancam nyawa, boleh mengakibatkan kecacatan/ketidakupayaan yang ketara atau berterusan dan memerlukan kemasukan hospital beserta rawatan perubatan bagi mencegah kecacatan atau ketidakupayaan kekal.

  6. Vaksinasi, termasuk dos pertama dan dos-dos berikutnya mestilah diluluskan dan diberikan oleh pengamal perubatan berdaftar di lokasi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di Malaysia.

  7. Pelanggan Prudential Malaysia yang menepati sebarang kriteria di bawah akan didaftarkan secara automatik sebagai pelanggan Prudential Malaysia yang layak untuk Kempen ini:

    i. memegang kad pengenalan selain dari MyKad iaitu MyKid, MyPR, MyTentera dan sebagainya, yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia; atau
    ii. bukan warganegara Malaysia, yang tidak memegang sebarang kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia; atau
    iii. berumur 60 atau lebih dari 60 tahun; atau
    iv. berumur 17 atau kurang dari 17 tahun; atau
    v. dilindungi hanya di bawah polisi/sijil berkumpulan (cth. polisi MRTA / sijil MRTT / Credit Shield Plus / PRULoan Protect) dikuatkuasa dan diunderait oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad (“PAMB”) atau Prudential BSN Takaful Berhad (“PruBSN”) kecuali polisi/sijil Manfaat Kumpulan Majikan dan Pekerja; atau
    vi. produk individu insurans yang dibeli daripada Pulse by Prudential app (PRUShoppe) (cth. Infectious Disease Cover).

  8. Setiap pelanggan Prudential Malaysia yang layak hanya boleh membuat tuntutan sekali sahaja di bawah setiap Kategori Perlindungan, tanpa mengambil kira bilangan polisi/sijil yang dipunyai dengan Prudential Malaysia, kerana Kempen ini ditawarkan atas dasar prihatin dan berdasarkan setiap individu.

  9. Polisi/sijil yang layak untuk perlindungan ini mesti berkuatkuasa semasa didiagnosis, semasa sedang dirawat untuk COVID-19 dan penyerahan tuntutan.

  10. Kesemua dokumen tuntutan harus diserahkan melalui PRUServe Plus atau para pelanggan boleh menghantar e-mel ke customer.mys@prudential.com.my atau customer@prubsn.com.my. Para pelanggan juga boleh menyerahkan dokumen-dokumen tersebut melalui aplikasi Pulse by Prudential, jika fungsi telah tersedia.

  11. Prudential Malaysia mempunyai hak mutlak untuk memberi keputusan muktamad dalam apa-apa keadaan dan pertikaian.

  12. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di dalam dokumen antara versi Bahasa Inggeris dan BahasaMalaysia, untuk tujuan tafsiran dan pentafsiran, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

    SILA MAKLUM bahawa Kempen Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19 dan Kempen Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19 yang disediakan oleh Prudential atas dasar Prihatin telah tamat dan kini diganti dengan Perlindungan Pelan Perubatan COVID-19 bermula dari 6 Ogos 2021. Rujuk sini untuk maklumat lanjut.

Soalan Lazim
  1. Apakah Kempen Pasca Vaksinasi COVID-19?

    • Kempen Pasca Vaksinasi COVID-19 (“Kempen”) ini direka khas oleh Prudential Malaysia untuk membantu pelanggan Prudential Malaysia supaya kami dapat memberikan kebebasan kewangan dan ketenangan minda untuk menghadapi masa yang mencabar ini.

    • Kempen ini akan ditadbir berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan di bawah Kempen ini, Soalan Lazim serta kriteria kelayakan untuk Kempen ini.

    • Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19 di bawah kempen ini memberikan bantuan wang tunai apabila pelanggan Prudential Malaysia yang layak telah dimasukkan ke hospital disebabkan kesan advers serius dari imunisasi (AEFI) setelah vaksinasi COVID-19.


    Pelanggan Prudential Malaysia bermaksud semua individu yang mempunyai polisi/sijil Hayat/Orang yang Dilindungi termasuk ahli-ahli polisi/sijil berkumpulan (cth. polisi/sijil MRTA/MRTT/Credit Shield Plus/PRULoan Protect) yang dikuatkuasa dan diunderait oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad (“PAMB”) atau Prudential BSN Takaful Berhad (“PruBSN”) kecuali polisi/sijil Manfaat Kumpulan Majikan dan Pekerja. Polisi/sijil/pelan perubatan yang memenuhi kelayakan kempen yang disediakan di bawah Kempen ini mestilah berkuatkuasa pada masa diagnosis, kemasukan hospital dan penyerahan tuntutan.

  2. Apakah kriteria kelayakan untuk perlindungan yang disediakan di bawah Kempen ini?
    Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19

    Jenis Pelanggan Prudential Malaysia

    Perlindungan yang Layak

    Tempoh Perlindungan

    Semua pelanggan Prudential Malaysia yang berdaftar di aplikasi Pulse by Prudential

    Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19

    8 Feb 2021 hingga 31 Dis 2021 atau apabila mencapai had tuntutan RM 1juta, yang mana lebih awal

  3.  Berapakah kos yang dikenakan untuk Kempen Pasca Vaksinasi COVID-19?
    Kempen Pasca Vaksinasi COVID-19 ini adalah percuma bagi semua pelanggan Prudential Malaysia yang berdaftar di aplikasi Pulse by Prudential.

  4. Bagaimana saya mendaftar untuk Kempen Pasca Vaksinasi COVID-19?
    Anda boleh memuat turun “We Do Pulse” dari App Store atau Google Play Store. Seterusnya, pergi ke “Tab Laman Utama”, “PRUShoppe”, cari “Kempen Pasca Vaksinasi COVID-19”.

  5. Kenapa saya perlu mendaftar di aplikasi Pulse by Prudential untuk Kempen Pasca Vaksinasi COVID-19?
    Aplikasi Pulse by Prudential merupakan aplikasi kesihatan AI yang menyeluruh yang memberikan akses mudah kepada peralatan kesihatan AI. Kempen ini dilancarkan dengan objektif untuk menyediakan bantuan tambahan COVID-19 kepada pelanggan Prudential Malaysia atas dasar prihatin, yang bertujuan untuk memberi sokongan kepada para pelanggan kami dengan bantuan kesihatan dan perlindungan holistik terutamanya pada masa yang diperlukan.

    Apabila pendaftaran berjaya bagi Kempen ini, para pelanggan boleh melihat butiran manfaat di dalam Pelan Saya dengan mudah. Kelebihan sebagai pelanggan Prudential Malaysia, para pelanggan boleh mengakses ciri rundingan doktor secara PERCUMA melalui panggilan video atau audio dari keselesaan rumah anda. Ataupun, akses kepada Pemeriksa Simptom untuk memahami keadaan kesihatan anda dan menjawab persoalan anda jika anda tidak pasti tentang simptom yang anda alami. Pengguna juga boleh mengakses pelbagai peralatan kesihatan dan kesejahteraan, komuniti dan kandungan menerusi Pulse untuk kekal sihat dan positif sepanjang masa.

  6. Bagaimana saya boleh mendaftar untuk Kempen Pasca Vaksinasi COVID-19 di aplikasi Pulse by Prudential untuk ahli keluarga saya?
    Ahli keluarga anda disarankan untuk memuat turun “We Do Pulse” di App Store atau Google Play Store untuk pendaftaran Kempen ini.

  7. Saya telahpun menghantar satu tututan sebelum ini di bawah Perlindungan Khas COVID-19 2021. Bolehkah saya menyertai Kempen ini?
    Ya, anda boleh menyertai Kempen ini dan kriteria kelayakan untuk pelan perlindungan ini adalah di bawah Kempen Pasca Vaksinasi COVID-19 ini tidak akan memberi kesan terhadap tuntutan anda yang terdahulu di bawah Perlindungan Khas COVID-19 2021.

  8. Adakah Hayat/Orang yang Dilindungi boleh mendapatkan vaksinasi COVID-19 di mana-mana sahaja?
    Vaksinasi ini, termasuk dos yang pertama dan dos berikutnya hendaklah mendapat kelulusan dan dikawal selia oleh pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi yang ditentukan dalam Malaysia.

  9. Bagaimanakah cara untuk menghantar tuntutan di bawah Pelindungan Pasca Vaksinasi COVID-19?
    Anda boleh menghantar dokumen yang diperlukan seperti di bawah melalui aplikasi Pulse by Prudential (jika fungsi itu telah tersedia) atau ke cawangan terdekat atau kepada ejen anda untuk penghantaran ejen melalui PRUServe Plus (“PSP”).

    Perincian untuk penghantaran borang tuntutan perubatan yang lengkap (untuk penghantaran     bukan-PSP) dan permohonan untuk pembayaran debit terus/e-kredit:

    i. Laporan Perubatan/nota discaj/kenyataan doktor dengan diagnosis lengkap dan pelan rawatan; dan

    ii. Rekod vaksinasi COVID-19 Penuntut dengan nama vaksin dan tarkih pengambilan vaksin (untuk kemasukan hospital disebabkan AEFI serius pasca vaksinasi COVID-19)

  10. Bolehkah saya menghantar tuntutan untuk Kempen Kemasukan Hospital untuk kemasukan hospital yang berlaku sebelum 6 Ogos 2021?
    Boleh, anda boleh menghantar tuntutan lagi dalam masa 3 bulan dari tarikh kemasukan hospital.

  11. Siapakah yang akan menerima bayaran setelah tuntutan di bawah Kempen ini diluluskan?
    Prudential Malaysia akan membuat pembayaran kepada pemegang polisi/sijil untuk polisi/sijil/pelan perubatan yang layak dilindungi di bawah Kempen ini atau individu yang layak untuk menerimanya.

  12. Siapakah yang boleh saya hubungi untuk penjelasan lanjut? 
    Prudential BSN Takaful Berhad: 
    603 2775 7188 / customer@prubsn.com.my
    Prudential Assurance Malaysia Berhad: 
    603 2771 0228 / customer.mys@prudential.com.my