Adakah saya layak di bawah Langkah-Langkah Interim BNM ini?
Langkah-langkah ini terpakai kepada pemegang sijil yang terjejas oleh semakan perubatan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2024. Pek pemberitahuan yang dikemas kini yang memperincikan caj sumbangan baru akan dikeluarkan. Ketahui lebih lanjut.

Pilih bahasa anda
close
Kempen dan Pengumuman

'AMARAN SCAM'
Peringatan Penting

Pelanggan Yang Dihormati,

Sila berwaspada dengan kemungkinan panggilan telefon dan surat scam yang menggunakan identiti syarikat kami (nama syarikat, alamat dan wakil syarikat) untuk mendapatkan butiran peribadi dan perbankan anda.

PruBSN tidak akan meminta para pelanggan untuk memberikan atau mengemas kini butiran peribadi dan perbankan mereka melalui telefon atau melalui pihak ketiga.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan agar semua pelanggan kami:

  • Sentiasa berhati-hati terhadap sebarang komunikasi yang tidak dijangka termasuk dan tidak terhad kepada panggilan telefon, SMS dan e-mel

  • Elakkan daripada mengklik pada pautan atau memuat turun lampiran daripada e-mel atau SMS yang mencurigakan

  • Semak akaun bank dan penyata kad kredit anda secara berterusan untuk mengesan aktiviti yang mencurigakan

  • Jangan kongsikan kata laluan atau OTP (one-time password) dengan sesiapa

  • Jika anda mengesyaki bahawa kad kredit anda terjejas dalam apa jua cara, kami mengesyorkan anda terus menghubungi pihak bank untuk melakukan tindakan selanjutnya

 

Sila hubungi saluran rasmi kami untuk maklumat atau pertanyaan lanjut.

Pusat Khidmat Pelanggan: 03-2775 7188
E-mel: customer@prubsn.com.my