Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Connect Grow Succeed

Berhubung, Berkembang, Berjaya

Inilah intipati proposisi wargakerja kami untuk menjadikan PruBSN sebagai tempat kerja terbaik.
you to pru

ANDA dikuasakan oleh PRU

Sebahagian besar daripada proposisi kami adalah mempersiapkan anda untuk pekerjaan masa depan supaya anda berjaya di PruBSN dan di mana sahaja kerjaya anda membawa anda.
Lihat peluang kerjaya
pru to you

PRU dikuasakan oleh ANDA

Sebagai sebuah organisasi, kami seteguh apabila kami bersatu. Bayangkan potensi bila kita semua menonjolkan versi terbaik diri kita sendiri - dan secara kolektif pula, disokong oleh institusi iaitu PruBSN, untuk mewujudkan impak di dunia.
diversity inclusion

Kepelbagaian dan Inklusif

Kami akan mencapai matlamat kami dengan menerapkan budaya yang pelbagai dan inklusif untuk rakan sekerja, pelanggan dan rakan kongsi kami.
unleash your potential

Serlahkan potensi anda

Sentiasa fokus pada tindakan, wargakerja PruBSN sendiri adalah perubahan yang mereka mahu lihat. Apa pun cabarannya, kami melihat peluang, bertanggungjawab atas segala masalah, belajar darinya, dan terus mara kehadapan. Wargakerja kami digalakkan untuk memajukan diri ke peringkat antarabangsa bagi pemindahan kemahiran dan pengembangan kerjaya.
we put people first

Keutamaan terhadap wargakerja kami

Kami menyediakan pelbagai bentuk manfaat dan tawaran dari kesihatan & kesejahteraan, kesihatan mental, kesejahteraan kewangan hingga gabungan kehidupan-kerja untuk menyokong wargakerja kami agar mereka dapat berhubung, berkembang dan berjaya di tempat kerja dan dalam kehidupan mereka. Ini termasuk Program Bantuan Pekerja (Employee Assistance Programme) dan pelan PRUEmpire yang membolehkan pekerja kami menjadi pemegang saham.

Proposisi wargakerja

Warisan Kami

 

Kami telah menyaksikan pelbagai perubahan dalam hampir dua abad. Kami kini sedang dalam perjalanan untuk mengubah cara kami beroperasi di Asia dan Afrika.

 

Kami memastikan penjagaan kesihatan berpatutan dan mudah diakses, melindungi kekayaan dan mengembangkan aset, dan memperkasakan masyarakat untuk menabung demi mencapai matlamat hidup mereka.

 

Kami percaya bahawa potensi diri kita terserlah apabila kita menonjolkan diri - dan sekiranya kita terus berusaha, menerima kegagalan, dan belajar dengan cukup bersungguh-sungguh, yang bagus boleh menjadi hebat, dan yang hebat menjadi luar biasa.

 

Inilah yang mendorong dan memacu kami untuk menjadi lebih baik dan lebih berani setiap hari.

Memberikan Perkembangan

 

Anda ingin tahu tentang kami atas sebab tertentu. Sama ada anda teruja dengan strategi kami, terinspirasi oleh matlamat kami atau suka berhubung dengan rakan sekerja yang inovatif dan sealiran fikiran, kami memerlukan lebih ramai bakat seperti anda.

 

Dengan menyertai kami, anda dapat membantu kami bersiap sedia untuk masa depan dan menjadi sebahagian daripada perubahan ini untuk membantu wargakerja kami berhubung, berkembang dan berjaya.

 

Hari ini, industri kami sedang mengalami perubahan yang pesat. Ia merangkumi teknologi. Ia semakin tangkas. Ia meletakkan pelanggan sebagai keutamaan. Perubahan adalah prasyarat.

 

Yang berbeza adalah bagaimana kita melakukan sesuatu. Kami ingin menolong seramai mungkin masyarakat untuk memanfaatkan kehidupan mereka sepenuhnya.

 

Ini adalah peluang anda untuk membawa kemahiran, imaginasi dan cita-cita anda ke suatu tempat yang benar-benar memecahkan acuan konvensional.

 

Lihat peluang kerjaya