???key.cookie.filename1???
Pilih bahasa anda
close
Obesiti Lewat Dewasa Dikaitkan dengan Risiko
Kesihatan & Kesejahteraan

Obesiti Lewat Dewasa Dikaitkan dengan Risiko Demensia Lebih Tinggi

Satu kajian baharu yang dijalankan oleh Kolej Universiti London mendapati bahawa individu yang obes semasa berusia 50 tahun dan ke atas mempunyai risiko 31% lebih tinggi untuk menghidapi demensia berbanding individu yang mempunyai skor index jisim tubuh (body mass index, BMI) 'normal [1].

Kajian ini melibatkan 6,582 individu dari UK yang berusia 50 tahun dan ke atas . Hasil kajian mendapati golongan dengan BMI 30 dan ke atas di permulaan tempoh kajian ini menghadapi risiko hampir sepertiga lebih tinggi untuk menghidapi demensia dalam tempoh 11 tahun akan datang berbanding individu dengan BMIIJT normal (18.5 - 24.9) di permulaan kajian ini [2].

Wanita dengan obesiti abdomen (berdasarkan ukur lilit pinggang ) didapati mengalami risiko yang lebih tinggi (39%) untuk menghidapi demensia berbanding wanita yang tidak obes [2]

Demensia merupakan punca utama kehilangan keupayaan yang berlaku dalam kalangan individu berumur di peringkat global dan menyebabkan kemerosotan ingatan, keupayaan berfikir dan tidak mampu untuk melakukan aktiviti harian [3]. Salah satu bentuk demensia yang paling umum ialah penyakit Alzheimer.

Penulis-penulis kajian ini menyatakan harapan mereka agar hasil kajian ini dapat mencegah berlakunya kes demensia yang banyak melalui intervensi kesihatan awam . Pemakanan yang sihat, bersenam dan pengurangan pengambilan alkohol ialah faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam penurunan berat badan, termasuklah ketika fasa kehidupan lewat dewasa [1].

Rujukan:

1. McKee S. Obesity linked to higher risk of dementia [Internet]. PharmaTimes. 2020 [cited 6 July 2020]. Available from: http://www.pharmatimes.com/news/obesity_linked_to_higher_risk_of_dementia_1343249

2. Marshall N. Obesity in over-50s linked to dementia [Internet]. The Canberra Times. 2020 [cited 6 July 2020]. Available from: https://www.canberratimes.com.au/story/6804491/obesity-in-over-50s-linked-to-dementia/#gsc.tab=0

3. Dementia - Key Facts [Internet]. World Health Organization (WHO). 2019 [cited 7 July 2020]. Available from: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/dementia