Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Tip Takaful

Pilih Pembayaran Sumbangan Automatik
Selamat, Mudah & Senang

kad debit dan komputer riba

Sekiranya anda ingin memastikan diri anda terus dilindungi dengan sijil Takaful anda, pembayaran sumbangan mestilah dibuat dengan kerap serta tepat pada waktunya.

Di PruBSN, kami menawarkan pelbagai kaedah untuk anda membuat bayaran sumbangan, termasuk pembayaran wang tunai atau cek di kaunter cawangan kami. Jika anda ingin membuat bayaran secara dalam talian, pindahan wang boleh dibuat melalui portal PruBSN Online Payment.

Namun, jika bayaran dibuat secara manual walaupun menggunakan perkhidmatan dalam talian, kecenderungan untuk terlupa membuat bayaran itu selalu terjadi, terutamanya jika terlalu sibuk dengan pelbagai urusan penting yang lain. Kemungkinan untuk terlupa membuat bayaran sumbangan selama satu atau dua bulan sentiasa ada, dan perkara ini boleh menyebabkan sijil Takaful anda luput – bermakna anda akan kehilangan segala perlindungan.

Kita tidak boleh meramal bila kita akan sakit ataupun ditimpa kemalangan, tetapi sudah tentu kita ingin mengelakkan risiko untuk sijil Takaful luput, terutamanya jika disebabkan kealpaan diri sendiri.

Oleh sebab ini, kami mencadangkan supaya anda mendaftar untuk pembayaran sumbangan secara automatik melalui PruBSN Touch – ianya selamat, mudah dan senang. Anda hanya perlu mendaftar sekali sahaja untuk memastikan pembayaran sumbangan anda akan dibayar tepat pada waktunya. Pendaftaran adalah menggunakan nombor sijil anda serta butiran penting yang lain, dan buat pilihan kaedah pembayaran automatik yang sesuai seperti pendebitan terus dari akaun bank atau, melalui kad debit atau kad kredit pilihan anda.

Sekiranya anda seorang penjawat awam, anda boleh memilih untuk membayar melalui pemotongan gaji secara automatik. Ini merupakan cara yang mudah untuk membayar sumbangan dengan kerap dan tepat, kerana potongan dibuat dari gaji anda dan ini mengelakkan anda dari membelanjakan bahagian wang untuk membayar sumbangan dengan tidak sengaja.

Pembayaran automatik merupakan kaedah terbaik untuk menjamin transaksi pembayaran sumbangan yang cepat dan lancar serta mengurangkan risiko perlindungan Takaful anda untuk luput.

Gunakan e-wallet untuk kemudahan yang lebih
E-wallet merupakan kaedah pembayaran yang semakin popular, dan bilangan perniagaan dan kedai runcit yang memilih pembayaran tanpa tunai semakin meningkat. Lebih-lebih lagi dengan situasi pandemik COVID-19 ini, pembayaran menerusi e-wallet mengurangkan risiko jangkitan virus.

Setara dengan perjanjian kami untuk menawarkan pelbagai kaedah supaya anda boleh membuat pembayaran dengan tepat dan kerap, PruBSN kini menawarkan kaedah pembayaran sumbangan mnggunakan e-wallet Boost dan GrabPay yang boleh dilakukan melalui PruBSN Touch ataupun PruBSN Online Payment.

Walau apa jua kaedah pembayaran yang anda pilih, sentiasa ingat untuk membuat pembayaran sumbangan tepat pada waktunya. Marilah kita terus kekal melindungi diri sendiri serta orang tersayang sepanjang masa.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PruBSN Touch dan pendaftaran pembayaran sumbangan secara automatik, rujuk laman soalan lazim dan cara membuat pembayaran kami. Anda juga boleh menjumpai Perunding Takaful kami, atau hubungi talian Khidmat Pelanggan kami di 03-2053 7188 atau e-mel customer@prubsn.com.my untuk maklumat selanjutnya.