Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Tip Takaful

Dapatkan Perlindungan Takaful Berterusan

seorang wanita bertelefon

Sumbangan Takaful merupakan sejumlah wang yang anda setuju untuk dibayar kepada pengendali Takaful untuk memastikan anda dilindungi sepenuhnya oleh sijil Takaful pilihan anda, dan sijil anda kekal aktif. Konsepnya sama seperti pembayaran premium insurans.

Sumbangan dan premium dibayar mengikut dua jenis tempoh pembayaran – sekali setahun ataupun mengikut jadual berkala. Kebanyakan pelan Takaful atau insurans menggunakan kaedah pembayaran seperti ini. Sijil Takaful keluarga atau polisi insurans nyawa, kesihatan, pendidikan, persaraan dan sebagainya memerlukan pembayaran sumbangan atau premium yang berkala. Ramai pelanggan memilih untuk membuat bayaran secara bulanan, tetapi bayaran mengikut setiap suku tahun atau setengah tahun juga tersedia. Perlindungan atau polisi untuk jangka masa pendek, seperti insurans perjalanan atau insurans yang ditambah pada pembelian tertentu seperti komputer riba, telefon pintar, dan sebagainya, biasanya dibuat pembayaran satu kali. Insurans atau Takaful untuk kenderaan persendirian biasanya dibayar setahun sekali.

Jumlah sumbangan atau premium anda bergantung pada jenis sijil atau polisi yang dipilih dan faktor-faktor yang lain. Ini termasuk jenis manfaat yang akan diterima, umur, lokasi, dan tahap risiko anda. Semakin tinggi jumlah manfaat, umur dan tahap risiko anda, semakin tinggi bayaran sumbangan atau premium anda. Sijil Takaful atau polisi yang berlainan akan mempunyai syarat yang berbeza untuk menilai jumlah sumbangan atau premium anda malah jumlah ini boleh dinilai semula dan diubah sewajarnya. 

Kepentingan membuat pembayaran sumbangan tepat pada masanya
Sekiranya anda bersetuju menerima pelan Takaful yang dicadangkan, perlindungan anda akan berkuatkuasa setelah anda membuat bayaran sumbangan yang pertama. Pembayaran pertama ini sangat penting dan perlu dibuat dengan kadar segera untuk memastikan anda memperolehi perlindungan yang diingini. Tanpa pembayaran sumbangan ini, pengendali Takaful tidak diwajibkan untuk membayar sebarang tuntutan ataupun manfaat kepada anda.

Sumbangan yang tidak dibayar boleh menyebabkan sijil anda luput, dan jika perkara ini berlaku, anda tidak layak menerima sebarang perlindungan atau manfaat. Sekiranya anda terlepas atau lambat membuat pembayaran, pengendali boleh memberikan anda tempoh masa tambahan sehingga 30 hari untuk membuat pembayaran, di mana sijil anda masih berkuat kuasa sepanjang tempoh ini. Kegagalan untuk membuat pembayaran sebelum akhir tempoh masa tambahan ini akan mengakibatkan salah satu daripada dua perkara yang berikut:

  1. Sekiranya anda mempunyai dana lebihan dalam akaun pelaburan anda, pengendali Takaful boleh menggunakan dana tersebut untuk meneruskan penguatkuasaan sijil anda selama yang mungkin sehingga dana anda habis.

  2. Sekiranya anda tidak mempunyai jumlah dana yang mencukupi, ataupun lebihan dana anda telah habis digunakan, sijil anda akan luput dan anda tidak lagi dilindungi.

Oleh itu, penting untuk anda membayar sumbangan tepat pada masanya. Cara terbaik untuk memastikan perlindungan Takaful anda kekal berterusan adalah dengan mendaftar untuk pembayaran secara automatik. Dengan pilihan pembayaran automatik melalui kaedah debit terus daripada akaun simpanan atau akaun semasa bank pilihan anda, atau melalui kad debit atau kad kredit, PruBSN Touch memastikan bayaran anda diterima tepat pada masanya. Ini juga akan mengurangkan risiko sijil Takaful anda untuk luput.

Hubungi Ejen Takaful kami atau rujuk di sini untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran sumbangan secara automatik.