Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Tip Takaful

Takaful untuk Kehidupan: Fasa Dewasa Awal

seorang wanita di dalam kereta

Jika anda bukan seorang peserta takaful dan sedang menunggu waktu yang sesuai untuk mendapatkan perlindungan, jawapannya mudah sahaja: sekarang. Kemalangan dan kecemasan kewangan atau perubatan boleh berlaku pada bila-bila masa. Jadi, lebih awal anda memulakan persiapan untuk menghadapi kemungkinan sebegini, lebih kukuh perlindungan kewangan anda apabila kejadian sebegini berlaku.

Usia dewasa awal

Walaupun tiada definisi atau usia tetap untuk golongan dewasa awal, tetapi mereka lazimnya, dikategorikan sebagai individu dalam lingkungan usia lewat remaja hingga lewat 20-an yang telah menerima pendidikan menengah dan tinggi serta mula untuk menjadi individu yang berdikari dari segi kewangan. Golongan dewasa awal ini bersemangat dan berasa teruja mengenai masa hadapan mereka serta menikmati hubungan sosial dengan kumpulan rakan yang lebih besar. Sesetengah daripada mereka mempunyai hala tuju dan tahu matlamat yang mereka mahu capai dalam hidup dengan jayanya tetapi yang lain mengambil peluang ini untuk meneroka jalan hidup yang berlainan serta mencuba kerjaya berbeza untuk mengenal pasti kerjaya yang mana satu paling sesuai dengan diri mereka.

Sebagai seorang yang baru berkerjaya, gaji permulaan anda mungkin berada pada skala yang rendah, cukup untuk membayar pinjaman pendidikan anda, membeli kereta pertama anda, membayar bil peribadi anda, menampung perbelanjaan makan di luar sekali-sekala dan menyumbang pada bajet isi rumah anda. Selepas mengasingkan sedikit wang untuk simpanan anda, baki yang ada tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan lain.

Walau bagaimanapun, sumbangan takaful, bukanlah sesuatu yang anda patut pilih untuk ketepikan agar anda mempunyai wang lebih untuk dibelanjakan setiap bulan.

Walaupun golongan dewasa awal berada pada tahap kesihatan terbaik, mempunyai tubuh badan yang kuat, sistem imun yang lebih kuat dan kadar kematian yang rendah, mereka juga lebih cenderung untuk bersikap cuai dan melulu, dan sering kali melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan. Ini membawakan risiko kepada anda - baik dari segi perubatan, kemalangan mahupun kewangan. Bayangkan tulang anda patah kerana bermain futsal dan memerlukan rawatan atau pembedahan serta perlu dimasukkan ke hospital. Adakah pendapatan anda yang kecil dan simpanan yang terhad dapat menampung perbelanjaan perubatan anda? Jika anda meminta pertolongan ibu bapa anda, adakah mereka juga mempunyai kekangan kewangan juga?

Mulakan dengan PruBSN AnugerahPlus

PruBSN AnugerahPlus merupakan pilihan pelan takaful tahap kemasukan bagi golongan berusia 20-an yang ingin mengambil langkah pertama untuk mencapai kebebasan kewangan. Dengan sumbangan minimum sebanyak RM50 sahaja sebulan untuk pelan asas, pelan ini sesuai untuk golongan berpendapatan rendah.

Dengan pilihan tempoh perlindungan sehingga 100 tahun, PruBSN AnugerahPlus ialah pelan seumur hidup kerana pelan ini boleh berkembang bersama-sama anda. Tambahan pula, anda tidak perlu menunggu sehingga usia anda menjangkau 20-an untuk mula melanggan PruBSN AnugerahPlus. Sama ada anda berusia 16 atau 60 tahun, inilah pelan sempurna untuk mendapatkan perlindungan takaful asas pada harga berpatutan.

Daripada berasa risau tentang peristiwa yang tidak diduga atau langsung tidak memikirkan hal-hal sebegitu, nikmati usia muda anda tanpa kerisauan dengan melanggan PruBSN AnugerahPlus. Kami akan melindungi anda.