Semangat KITA BOLEH bermakna kami sentiasa komited untuk memberikan perlindungan terbaik kepada pelanggan kami. Oleh itu kami menawarkan Perlindungan Khas Novel Coronavirus (COVID-19) dengan bayaran sekaligus sebanyak RM5,000 kepada pelanggan Prudential* yang didiagnosis dengan jangkitan Novel Coronavirus (COVID-19) oleh hospital yang dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bayaran sekaligus sebanyak RM5,000 setiap seorang

Didiagnosis dengan jangkitan Novel Coronavirus (COVID-19) sepanjang tempoh kelayakan

*Semua pemegang polisi/sijil individu Jaminan Hayat/Orang yang Dilindungi termasuk ahli polisi/sijil Berkumpulan (cth: polisi/sijil MRTA/MRTT) yang dikuatkuasa oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad atau Prudential BSN Takaful Berhad. Perlindungan ini tidak layak untuk ahli pemegang polisi/sijil Berkumpulan bagi Manfaat Majikan-Kakitangan.

Apakah dimaksudkan dengan Perlindungan Khas? Bayaran sekaligus sebanyak RM5,000 bila didiagnosis dengan jangkitan Novel Coronavirus (COVID-19) sepanjang tempoh kelayakan.

Individu manakah yang layak? Semua pemegang polisi/sijil individu Jaminan Hayat/Orang yang Dilindungi 1 Februari sehingga 30 April 2020 termasuk ahli polisi/sijil Berkumpulan dari 21 Februari hingga 30 April 2020 (cth: polisi/sijil MRTA/MRTT) yang dikuatkuasa oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad atau Prudential BSN Takaful Berhad. Perlindungan ini tidak layak untuk ahli pemegang polisi/sijil Berkumpulan bagi Manfaat Majikan-Kakitangan.

Berapakah jumlah kos Perlindungan Khas ini? Tiada sebarang kos tambahan untuk perlindungan khas ini.

Bagaimana untuk saya mendaftar Perlindungan Khas ini? Tiada pendaftaran diperlukan.

Bagaimanakah untuk saya membuat tuntutan? Anda boleh hantarkan borang tuntutan yang lengkap sekali dengan laporan penyiasatan relevan dan laporan perubatan yang lengkap oleh doktor yang merawat melalui PRUServe Plus atau kunjungi mana-mana cawangan kami.

Adakah Perlindungan Novel Coronavirus (COVID-19) termasuk dalam Manfaat Penyakit Berjangkit PRUWealth/ PRUWealth Plus/ PRUWealth Max/ PruBSN WarisanPlus? Tidak. Walau bagaimanapun, kami akan terus memantau penyakit ini dan mempertimbangkan untuk memasukkannya dalam senarai manfaat penyakit berjangkit bagi polisi/sijil pada masa akan datang.

Bolehkah pelanggan membuat rawatan Novel Coronavirus (COVID-19) di mana-mana hospital? Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti hospital di seluruh Malaysia yang berfungsi sebagai hospital untuk merawat pesakit dengan Novel Coronavirus (COVID-19). Senarai hospital ini adalah tepat pada masa diterbitkan.

No. Hospital Negeri
1 Hospital Tengku Fauziah Perlis
2 Hospital Pulau Pinang Pulau Pinang
3 Hospital Sultanah Bahiyah Kedah
4 Hospital Langkawi Kedah
5 Hospital Raja Permaisuri Bainun Perak
6 Hospital Sungai Buloh Selangor
7 Hospital Kuala Lumpur Kuala Lumpur
8 Hospital Tuanku Ja'afar Negeri Sembilan
9 Hospital Melaka Melaka
10 Hospital Sultanah Aminah Johor
11 Hospital Raja Perempuan Zainab II Kelantan
12 Hospital Kuala Krai Kelantan
13 Hospital Tumpat Kelantan
14 Hospital Sultanah Nur Zahirah Terengganu
15 Hospital Tengku Ampuan Afzan Pahang
16 Hospital Queen Elizabeth Sabah
17 Hospital Sabah Women and Children Sabah
18 Hospital Duchess of Kent Sabah
19 Hospital Tawau Sabah
20 Hospital Lahad Datu Sabah
21 Hospital Keningau Sabah
22 Hospital Labuan Sabah
23 Hospital Awam Kuching, Sarawak Sarawak
24 Hospital Miri Sarawak
25 Hospital Bintulu Sarawak
26 Hospital Sibu Sarawak

Adakah manfaat lain (Contoh: Manfaat Hospital/Elaun Kemasukan Hospital/Hospital & Pembedahan) akan dibayar mengikut polisi/sijil sedia ada? Semua manfaat sedia ada akan dibayar mengikut terma dan syarat polisi/sijil.

Adakah terdapat pengecualian dan tempoh menunggu? Tiada pengecualian dan tempoh menunggu dalam Perlindungan Khas ini.

Sekiranya saya mempunyai sejarah kesihatan, adakah saya masih layak menerima Perlindungan Khas ini? Ya, anda layak untuk menerima Perlindungan Khas ini walaupun anda mempunyai sejarah kesihatan.

Bagaimanakah jika saya memiliki polisi/sijil lebih daripada 1, adakah saya masih layak untuk menuntut bagi kedua-duanya? Tidak, anda hanya layak untuk menuntut sekali sahaja.

Berapa lamakah tempoh bayaran sekaligus Perlindungan Khas akan dibuat? Selepas dokumen lengkap diterima, anda akan terima bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja. *Kami akan menawarkan Proses Penyerahan Segera melalui PRUServe Plus.

Siapakah patut saya hubungi untuk maklumat lanjut?

PAMB PruBSN
Khidmat Pelanggan 603-2116 0228 603-2053 7188
Emel customer.mys@prudential.com.my customer@prubsn.com.my
Back to Top