Perkongsian Lebihan

PruBSN Mutual Assistance_infogrpahic (BM)_FA

Umum

Sebagai Peserta pelan takaful kami, bayaran sumbangan anda disalurkan dan disimpan di dalam Akaun Peserta yang mana sebahagian daripada jumlah sumbangan akan ditolak dan dikumpulkan ke dalam Dana Tabarru' (atau Derma) bagi tujuan bantuan bersama di kalangan para Peserta. Agihan Lebihan yang terhasil adalah lebihan di dalam Dana Tabarru' selepas menolak kesemua tuntutan berbayar dan rizab. Sebaliknya, Agihan Lebihan tidak akan dibuat sekiranya tiada lebihan di dalam dana selepas menolak kesemua tuntutan berbayar dan rizab.

Pendapatan pelaburan yang diperoleh daripada Dana Tabarru' akan turut menyumbang dalam agihan kepada para peserta. Bergantung kepada tarikh sijil anda dikeluarkan, sijil-sijil yang dikeluarkan sebelum 5 September 2011 akan menerima Pendapatan Pelaburan secara berasingan daripada Agihan Lebihan yang dinyatakan di atas. Sijil-sijil yang dikeluarkan pada atau selepas 5 September 2011 akan menerima Pendapatan Pelaburan bersama-sama Agihan Lebihan yang ditetapkan di atas. Perbezaan ini adalah hasil pelaksanaan Rangka Kerja Operasi Takaful (Takaful Operational Framework atau TOF) oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Agihan Lebihan (jika ada) akan dikongsi sama rata antara anda dan PruBSN. Pendapatan Pelaburan akan dikongsi berdasarkan kepada kadar yang ditentukan di dalam dokumen sijil antara anda dan PruBSN. Agihan Lebihan dan Pendapatan Pelaburan yang diisytiharkan adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah PruBSN

Kelayakan anda untuk menerima Agihan Lebihan akan dipertimbangkan setiap tahun, dengan syarat sijil anda masih aktif pada 31 Disember pada tahun tersebut. Bahagian Agihan Lebihan anda akan bergantung kepada amaun Tabarru’ yang anda telah sumbangkan. Namun, sebarang tuntutan yang dibayar sepanjang tahun kewangan akan secara langsung mengurangkan Agihan Lebihan dana tersebut. Oleh itu, bahagian Agihan Lebihan anda akan turut dikurangkan/dikeluarkan hasil daripada bayaran tuntutan yang telah dibuat pada tahun tersebut.

Sekiranya jumlah tuntutan yang dibayar atau perlu dibayar kepada anda tidak melebihi amaun Tabarru’ yang dibayar pada tahun kewangan tersebut, anda layak untuk menerima Agihan Lebihan.

Nisbah Agihan Lebihan adalah berdasarkan perkadaran yang ditentukan dalam dokumen sijil anda.

Agihan Lebihan adalah lebihan di dalam Dana Tabarru’ selepas menolak kesemua tuntutan dan rizab yang perlu dibayar. Keuntungan Pelaburan adalah keuntungan yang Diperoleh daripada pelaburan Dana Tabarru’.

Dana Pemegang Saham PruBSN dimiliki oleh PruBSN yang bertindak sebagai Pengendali Takaful yang menguruskan operasi Takaful. Tiada Agihan Lebihan yang dibuat melalui dana ini.

Peserta tidak perlu membayar sebarang sumbangan tambahan akibat kemerosotan pulangan pelaburan Dana Tabarru’.

Agihan yang diterima oleh Peserta tidak tertakluk kepada cukai peribadi.

Proses pengagihan dan pembahagian Agihan dan Keuntungan kepada setiap Peserta mengambil kira aspek-aspek Syariah, ekuiti di kalangan Peserta, serta sama ada pengagihan yang dibuat adalah praktikal. Ini adalah berpandukan Rangka Kerja dan Polisi Pengurusan Agihan Lebihan dan Keuntungan Pelaburan Takaful Keluarga PruBSN, yang telah diluluskan oleh pihak-pihak yang berkenaan termasuk Jawatankuasa Syariah PruBSN.

Pembayaran Lebih

Bagi sijil-sijil yang telah berkuatkuasa, SMS akan dihantar kepada Peserta yang layak. Amaun Lebihan ini juga akan dinyatakan di dalam Penyata Kewangan Tahunan pada tahun berikutnya kepada Peserta.

Bagi sijil-sijil yang tidak lagi berkuatkuasa, Agihan Lebihan akan dibayar melalui e-kredit ke dalam butiran akaun bank terakhir atau surat akan dihantar kepada Peserta untuk meminta butiran akaun bank.

Maklumat tentang Lebihan akan dipaparkan di dalam laman web korporat PruBSN.

Bagi sijil-sijil yang berkuatkuasa, Agihan Lebihan akan dibayar kepada akaun pelaburan peserta; Akaun Unit Peserta (PUA), Akaun Khas Individu (ISA) atau Akaun MaxiShield (MSA).

Bagi sijil-sijil yang tidak berkuatkuasa, Agihan Lebihan akan dibayar melalui e-kredit ke dalam butiran akaun bank terakhir yang didaftarkan atau surat akan dihantar kepada Peserta untuk meminta butiran akaun bank. Sekiranya jumlah Agihan Lebihan kurang dari RM10, Agihan Lebihan akan disalurkan kepada badan kebajikan yang diuruskan oleh badan amal PruBSN iaitu PruBSN Prihatin, dan tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Syariah PruBSN.

Pembayaran Agihan Lebihan bagi sijil-sijil yang tidak berkuatkuasa akan dibuat melalui e-kredit ke dalam akaun bank Peserta yang mempunyai butiran bank. Peserta tanpa butiran akaun bank akan dihubungi untuk mendaftarkan butiran akaun bank mereka dengan PruBSN.

Back to Top