Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Kempen dan Pengumuman

Notis Penting Mengenai
Perlindungan Berkaitan Pelaburan Anda

anak pokok

Lampiran Maklumat

Panduan Bagi Sijil Berkaitan Pelaburan

Soalan Lazim

A. Penyata Kemampanan (Sebagai sebahagian daripada Penyata Tahunan)

1. Apakah Kemampanan?

Kemampanan adalah berhubung dengan sijil berkaitan pelaburan. Ia merujuk kepada jangkaan jangkamasa perlindungan takaful pelanggan kita.

Terdapat dua cara untuk pelanggan menyemak dan mengesan kemampanan sijil mereka:

  1. Penyata Kemampanan (sebagai sebahagian daripada Penyata Tahunan)

  2. Penyata Kemampanan Perubahan Sijil (Certificate Alteration Sustainability Statement atau CASS)

2. Apakah Penyata Kemampanan?

Penyata Kemampanan menyediakan maklumat untuk membantu pelanggan kita memantau dan menguruskan perlindungan Takaful mereka. Ia memaparkan tempoh jangkaan perlindungan takaful dan tindakan yang boleh diambil oleh pelanggan untuk mengekalkan perlindungan mereka sehingga ke akhir tempoh kontrak.

3. Apakah faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi “Kemampanan Sijil”?

  • Membuat pengeluaran sebahagian daripada dana(-dana)

  • Tidak membayar sumbangan yang perlu dibayar pada masa yang ditetapkan

  • Tahap sumbangan semasa/nilai dana tidak mencukupi untuk mengekalkan sijil anda sehingga akhir tempoh sijil

  • Pulangan pelaburan tidak seperti yang dijangka

4. Adakah “Kemampanan Sijil” hanya merujuk kepada pelan asas sahaja? Adakah ia termasuk sekali dengan rider? Bagaimana pula dengan Manfaat Tambahan Sijil yang dikepilkan bersama Perlindungan Asas Sijil?

Sijil Kemampanan adalah untuk kesemua komponen di dalam Sijil Takaful. Sila ambil maklum bahawa pelan asas dan rider mungkin mempunyai tempoh kontrak yang berbeza.

5. Dimanakah pelanggan boleh memperolehi Penyata Kemampanan mereka?

Salinan penyata boleh didapati di dalam PruBSN Touch sebagai sebahagian daripada Penyata Tahunan.

6. Siapakah yang akan menerima Penyata Kemampanan?

Semua pelanggan yang mempunyai sijil berkaitan pelaburan yang masih aktif akan menerima Penyata Kemampanan pada tahun akan datang.

7. Adakah Penyata Kemampanan akan memaparkan semua sijil berkaitan pelaburan yang pelanggan ada dalam satu penyata?

Tidak. Penyata Kemampanan akan dikeluarkan mengikut sijil masing-masing.

8. Apakah yang perlu pelanggan lakukan apabila menerima Penyata Kemampanan?

Amat penting bagi pelanggan untuk membaca penyata tersebut dengan teliti supaya mereka boleh membuat keputusan yang akan membantu menguruskan perlindungan sijil mereka.

Pelanggan digalakkan (tetapi tidak wajib) untuk mengambil tindakan yang disyorkan yang mungkin tertakluk kepada penilaian daripada pihak syarikat. Sebagai alternatif, mereka boleh merujuk kepada Wakil Jualan/Perunding Takaful untuk semakan lanjut.

 

9. Adakah pelanggan perlu membalas kepada PruBSN mengenai Penyata Kemampanan dan adakah ada tarikh akhir yang pelanggan perlu patuhi?

Pelanggan digalakkan (tetapi tidak wajib) untuk mengambil tindakan berdasarkan langkah-langkah yang disyorkan di dalam penyata tersebut.

10. Bagaimanakah jika pelanggan tidak dapat mengambil tindakan segera untuk mengekalkan kemampanan sijil memandangkan sijil beliau telah luput ketika penyata tersebut diterima?

Pelanggan tersebut perlu menghidupkan semula sijil beliau dan Penyata Tahunan yang seterusya akan dikeluarkan untuk beliau.

11. Bagaimana pelanggan boleh melaksanakan Penambahan Sumbangan Tunggal (Single Contribution Top Up atau SCTU)?

Dengan mengemukakan:

  1. Borang Permohonan, Borang Permohonan untuk Pengeluaran, Pertukaran atau Penghalaan Semula Sumbangan

  2. Akuan Penyata Kemampanan Perubahan Sijil (CASS)

  3. Membuat bayaran dengan Tunai atau Cek di cawangan Prudential atau PruBSN.

Nota: Had penerimaan tunai harian di cawangan adalah RM10,000 bagi setiap sijil.

12. Bagaimana pelanggan boleh melaksanakan Penambahan Sumbangan Berkala (Regular Contribution Top Up atau RCTU)?

Dengan mengemukakan:

  1. Borang Permintaan Perubahan (ARF) – Tanda pada Akaun Takaful Saver

  2. Akuan Penyata Kemampanan Perubahan Sijil

  3. Slip Sebut Harga

  4. Membuat bayaran melalui Kad Kredit atau Cek di cawangan Prudential atau PruBSN (jika diperlukan)

Nota: Had penerimaan tunai harian di cawangan adalah RM10,000 bagi setiap sijil.

13. Adakah PruBSN akan mengeluarkan lagi Penyata Kemampanan jika pelanggan membuat keputusan untuk membayar jumlah yang dinyatakan dalam penyata itu pada tarikh kemudian?

Tidak. Walaubagaimanapun, kami akan mengeluarkan Penyata Kemampanan Perubahan Sijil (CASS) bagi permohonan penambahan.

14. Siapakah yang perlu dirujuk oleh pelanggan sekiranya mereka ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Penyata Kemampanan dan Penyata Kemampanan Perubahan Sijil?

Pelanggan boleh menghubungi Wakil Jualan/Perunding Takaful atau mana-mana saluran berikut untuk mendapatkan bantuan melalui saluran-saluran berikut:

  1. Pusat Panggilan: 03-20537111

  2. E-mel: takaful.sustainability@prubsn.com.my

  3. Mana-mana cawangan Prudential atau PruBSN

B. Penyata Kemampanan Perubahan Sijil (Certificate Alteration Sustainability Statement atau CASS)

 

1. Apakah Penyata Kemampanan Perubahan Sijil dan tujuannya?

Penyata Kemampanan bagi Perubahan Sijil menjelaskan tempoh jangkaan perlindungan takaful yang dikuatkuasakan sekiranya pelanggan menunjukkan hasrat untuk melaksanakan pilihan atau membuat perubahan kepada sijil, seperti pengeluaran separa, penambahan Pelanjutan Manfaat Tambahan, menaikkan tempoh Perlindungan Takaful bermula 1 Januari 2020 dan seterusnya. Pelanggan hendaklah mengesahkan penyata sebelum PruBSN meneruskan permintaan untuk membuat perubahan.

2. Kenapa Penyata Kemampanan Perubahan Sijil dikeluarkan untuk pelanggan?

Penyata Kemampanan Perubahan Sijil menyediakan maklumat sebelum dan selepas perubahan, untuk membantu pelanggan membuat keputusan yang cepat dan berhemah dalam memantau dan menguruskan perlindungan takaful mereka. Ia memaparkan tempoh jangkaan perlindungan takaful dan tindakan yang perlu diambil bagi mengekalkan liputan perlindungan mereka sehingga akhir tempoh kontrak.

3. Bolehkah pelanggan memohon untuk menjalankan ujian kemampanan tanpa sebarang pengubahsuaian?

Tidak. Penyata Kemampanan Perubahan Sijil hanya akan disediakan atas permintaan perubahan yang dipilih. Disamping itu, pelanggan akan dimaklumkan mengenai sijil kemampanan dalam Penyata Kemampanan.  

4. Adakah Penyata Kemampanan Perubahan Sijil akan disimpan dalam PruBSN Touch untuk rujukan di masa hadapan?

Tidak. Walaubagaimanapun, pelanggan boleh menghubungi saluran-saluran yang berikut untuk mendapatakan salinan Penyata Kemampanan Perubahan Sijil.

  • Wakil Jualan/Perunding Takaful atau

  • Pusat Khidmat Pelanggan PruBSN atau

  • Kunjungi cawangan yang berdekatan

 

5. Apakah pilihan yang ada untuk para pelanggan jika mereka tidak berpuas hati dengan keputusan Penyata Kemampanan Perubahan Sijil?

Bagi mengekalkan sijil pelanggan agar bertahan sehingga ke akhir tempoh kontrak, kami mencadangkan pelanggan untuk mengambil salah satu tindakan berikut:

  • Penambahan Sumbangan Berkala atau

  • Penambahan Sumbangan Tunggal atau

  • Mengkaji semula manfaat sijil seperti jumlah perlindungan, pilihan rider dan lain-lain untuk meningkatkan kemampanan sijil melalui Wakil Jualan/Perunding Takaful atau wakil Khidmat Pelanggan PruBSN.

6. Apa yang perlu dilakukan oleh pelanggan setelah menerima Penyata Kemampanan Perubahan Sijil ini?

a) Pelanggan perlu menyemak Kemampanan Sijil Semasa berbanding Umur Tamat Tempoh Sijil

Senario 1
Jika Kemampanan Sijil Semasa adalah lebih atau sama dengan Umur Tamat Tempoh Sijil, pelanggan boleh teruskan ke langkah C.

Senario 2
Jika Kemampanan Sijil Semasa adalah kurang dari Umur Tamat Tempoh Sijil, pelanggan disarankan untuk mempertimbangkan pilihan yang diberikan dalam Penyata Kemampanan Perubahan Sijil.

b) Pelanggan dikehendaki untuk meneliti sumbangan baharu yang dicadangkan selepas perubahan sama ada ia berada dalam lingkungan kemampuan mereka.

c) Pelanggan perlu mengesahkan penyata sebelum PruBSN meneruskan permintaan untuk membuat perubahan.

7. Apakah tempoh sah laku Penyata Kemampanan Perubahan Sijil?

Penyata Kemampanan Perubahan Sijil sah selama 30 hari kalendar daripada tarikh penyata dikeluarkan. Wakil Jualan/Perunding Takaful perlu menghantar salinan yang disemak semula jika ia melebihi tempoh sah.

8. Adakah ada perubahan ke atas keputusan jika Penyata Kemampanan Perubahan Sijil dihasilkan pada hari yang berlainan, sebagai contoh, hari ini berbanding hari esok?

Ya. Ia akan dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Sebagai contoh, harga unit dana yang mungkin akan berubah setiap hari dan sebagainya.

9. Bolehkah pelanggan menaksir sendiri maklumat yang ditunjukkan dalam Penyata Kemampanan Perubahan Sijil?

Ini tidak dibenarkan kerana pengiraan memerlukan pelbagai anggapan atau kadar yang digunakan.

10. Berapa lamakah tempoh masa yang diambil untuk menghasilkan Penyata Kemampanan Perubahan Sijil?

Anggaran 5 hari bekerja.

11. Bagaimana pelangggan boleh mendapatkan Penyata Kemampanan Perubahan Sijil?

Pelanggan boleh menghubungi Wakil Jualan/ Perunding Takaful mereka untuk mendapatkan Salinan atau hubungi pihak berikut untuk mendapat bantuan lanjut.

  1. Pusat Panggilan: 03–20537111

  2. E-mel: takaful.sustainability@prubsn.com.my

  3. Mana-mana cawangan Prudential atau PruBSN

12. Apakah yang akan berlaku jika pelanggan memilih untuk meneruskan perubahan Sijil (termasuk pengubahsuaian ke atas sumbangan) tanpa membayar penambahan yang dicadangkan walaupun kemampanan sijil semasa kurang daripada Umur Tamat Tempoh?

 

Mungkin akan terdapat risiko untuk Sijil luput sebelum Umur Tamat Tempoh Sijil. 

C. Proses Perubahan Sijil untuk Sijil Takaful

1. Apakah jenis-jenis pengubahsuaian yang tertakluk pada Ujian Kemampanan?

Senarai Pengubahsuaian Sijil yang memerlukan Penyata Kemampanan Perubahan Sijil adalah seperti dibawah:

Pengubahsuaian (Pengendorsan)/Endorsement

  1. Meningkatkan / Mengurangkan Sumbangan

  2. Penambahan / Pembatalan Manfaat

  3. Meningkatkan / Mengurangkan Perlindungan

  4. Penambahan / Pembatalan Takaful Saver

  5. Meningkatkan / Mengurangkan Takaful Saver

Perkhidmatan Perubahan/Certificate Servicing

  1. Pengeluaran Separa

  2. Penukaran Dana

  3. Penghalaan Semula Sumbangan

  4. Penambahan Sumbangan Tunggal

Nota: Senarai diatas mungkin akan dikemas kini dari semasa ke semasa.