Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Mengenai PruBSN

Jenama Kami

Kami percaya pada kualiti yang kami lakukan menghasilkan kualiti perkhidmatan kami kepada anda.

Jenama kami,
aset kami

Jenama kami membawa makna lebih daripada kecemerlangan produk. Ia adalah satu ukuran kualiti yang dibawa dalam setiap perkara yang kami lakukan. Jenama kami adalah semua yang kita lakukan dan segala apa yang kita katakan.

Semua jenama hebat didorong oleh satu minda yang serupa dengan janji jenamanya. Bagi kami di PruBSN adalah 'Takaful Untuk Semua. Untuk Kehidupan'. Ia mendorong kami untuk membangunkan dan menawarkan Produk takaful yang patuh syariah untuk semua tanpa mengira umur, bangsa atau agama.

Ia mentakrifkan komitmen jangka panjang untuk membangunkan dan membawa industri takaful di Malaysia untuk kebaikan ekonomi dan sosial, dengan azam memperkasakan kebebasan kewangan individu dan pertumbuhan sektor kewangan Islam.

Para pekerja mengibarkan Jalur Gemilang dengan gembira ke arah kamera

'We are the people that DO'

Kempen “We DO”/“Kita BOLEH” bertujuan meraikan kekuatan semangat manusia yang diilhamkan oleh pemikiran inovatif serta pandangan optimis generasi pelanggan hari ini.

Memperkenalkan syarikat induk kami

Prudential BSN Takaful Berhad adalah sebuah syarikat usahasama yang sebahagiannya dimiliki oleh subsidiari tidak langsung, Prudential plc, yang berpusat di United Kingdom. Prudential BSN Takaful Berhad mahupun Prudential plc adalah tidak berkaitan dalam apa jua cara dengan Prudential Financial, Inc., sebuah syarikat yang mana perniagaannya berpusat di Amerika Syarikat atau dengan Prudential Assurance Company, anak syarikat M&G Plc, sebuah syarikat yang diperbadankan di United Kingdom.