SIARAN MEDIA
Untuk siaran segera
Prubsn Umum Pemenang Bulanan Kempen ‘Pembayaran Berulang Melalui Pemotongan Auto’
KUALA LUMPUR, 18 APRIL 2023 – Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) mengumumkan pemenang bulanan kempen ‘Pembayaran Berulang Melalui Pemotongan Auto’ bagi bulan Januari 2023 di mana Pakej Umrah untuk dua
(2) orang telah disampaikan kepada Rohaizat Bin Sumadi selepas Cabutan Rezeki bulanan. Hadiah telah disampaikan oleh Azlin Arshad, Ketua Pegawai Pemasaran PruBSN dalam satu majlis tertutup di Menara Prudential.
Azlin berkata, “PruBSN ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang kempen ini. Di PruBSN, kami komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik buat pelanggan kami dan oleh itu, sebagai penyedia takaful terkemuka di Malaysia, adalah penting untuk kami memastikan pengalaman takaful yang tidak ternilai dengan menawarkan manfaat, perlindungan dan keistimewaan yang tiada tandingan khusus buat pelanggan kami.”
“Di PruBSN, kami berusaha untuk menyediakan perlindungan takaful yang baik serta membantu orang ramai untuk memanfaatkan kehidupan sepenuhnya dengan memastikan penjagaan kesihatan boleh diakses oleh semua. Berpegang pada prinsip ini, PruBSN akan terus memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang holistik untuk memenuhi keperluan industri penjagaan kesihatan yang sentiasa berubah seiring dengan perkembangan semasa.”
Bercakap mengenai kempen itu, Azlin berkata, “Kempen ‘Pembayaran Berulang Melalui Pemotongan Auto’ adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk menggalakkan pelanggan mendapat pengalaman pelanggan yang terbaik sekali gus memberikan ketenangan dalam urusan perbankan harian. Potongan automatik membolehkan pelanggan memastikan belanjawan bulanan mereka dapat dirancang dengan baik melalui deposit pembayaran secara automatik. Kesimpulannya, pelanggan boleh mendapatkan perlindungan takaful berterusan dan membiarkan urusan pembayaran dijalankan secara automatik.”
“Kami menyedari kepentingan perlindungan takaful berterusan, justeru tempoh kempen ini dijalankan sepanjang tahun, dari 5 Januari 2023– 31 Disember 2023 bagi memberi peluang kepada pelanggan yang mendaftar untuk menyertai kempen dan berpeluang untuk memenangi 11 cabutan bulanan Pakej Umrah untuk dua orang dan hadiah utama Pakej Haji untuk dua orang*. Pelanggan yang mempunyai sijil caruman yang aktif dan berminat untuk menyertai kempen ‘Pembayaran Berulang Melalui Pemotongan Auto’ boleh mendaftar melalui PruBSN Touch atau melalui gerbang pembayaran kami di www.prubsn.com.my.” tambah beliau
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Pembayaran Berulang Melalui Pemotongan Auto’, sila layari laman sesawang kami di www.prubsn.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 03-27757188
*Tertakluk kepada terma dan syarat - PruBSN_AutoDeductionRecurringPayment(Flyer_BM)_FA